49

167 7 3
                                    

"WEH TENGOK NI!" Daniel menghulurkan beberapa keping kertas tepat di hadapan wajah Diana. 

Diana yang tadinya kusyuk membelek laman sesawang mencari kerja kini memberi tumpuan penuh kepada Daniel.

"Apa?"

"Ni kan bapak kau?" sekeping gambar bersaiz poskad dihulur. 

Gambar seorang lelaki berbaju formal bersalaman dengan seorang lelaki melayu turut berpakaian formal. Berdasarkan pakaian dan latar belakang, mungkin ini gambar baru. Diambil di sebuah hotel ternama.

Ya. Itulah wali sah Diana Carrissa. 

Gambar lelaki kacukan Ireland itu ditenung. Lama.

Daniel hanya diam memerhati renungan mata Diana. Ini bukan renungan rindu seorang anak kepada bapanya, tetapi lebih kepada renungan dendam. 

"Kenapa tunjuk jantan ni kat aku?"

"Aku nak make sure je. Sebab nama dia macam nama bapak kau"

"Mana kau jumpa dia? Dia bukan bapak aku by the way"

Daniel hela nafas berat. "Laki ni, abang aku, Darriel" Daniel tunjuk kepada seorang lelaki tinggi di dalam gambar. Kacak...

"Dia owner Elysian Empire, alah yang buat rumah orang-orang kaya tu" cerita Daniel.

Diana taktahu nak terkejut dengan berita yang mana satu. Yang abang Daniel berjumpa dengan bapanya atau Daniel sebenarnya kaya maulana. Iyalah, nampak macam tiga suku aje budak ni, rambut pun kadang-kadang tak sikat.

"Jadi?"

"Jadi semalam aku menyibuk kat rumah abang aku, then aku jumpa gambar ni dekat phone dia. Aku print la sebab nak tunjuk kat kau, betul ke tak"

"Kau tahu? Pakcik ni dah kaya raya dah. Yet he still claims that he got no family" cerita Daniel. Ini bukan auta yang dia reka, tapi fakta yang Darriel cerita semalam semasa makan.

Diana hanya mendengar, dia tahu berita mengenai bapanya, tapi tidak pula dia jumpa cara untuk bertentang empat mata dengan lelaki itu.

"Kau nak jumpa dia?" soal Daniel mematikan lamunan Diana.

"Niel... Kalau aku boleh jumpa dia, dah lama dah aku jumpa. Aku nak tuntut semua yang dia dah buat kat aku dengan mak aku. Tapi tak boleh Niel"

"Tak boleh sikit pun aku nak bercakap depan-depan dengan dia, dulu aku kecil, ya dia boleh tipu aku hidup-hidup. Tapi semakin aku membesar, semakin aku tahu dia sendiri yang elak dan memang tak bagi aku jejak pun dekat syarikat dia"

"Eh belum cuba belum tah-"

"Aku dah cuba Niel!"

"Kau nak aku pergi mana? Syarikat dia? Dah aku pergi, tapi kena halau. Rumah? Haram taknak buka pintu. Hatta pagar pun dia tak kasi buka"

Daniel diam berfikir. Tak sampai seminit, dia senyum segaris. Lalu dia lepaskan tawa kecil.

Diana memandang aneh, "Kau pahal gelak tiba-tiba?"

"Apa guna kau ada aku?" Daniel mengigit bibir.

"Kita pakai benda famous la nak setentang mata dengan dia"

Diana angkat kening menyoal. Jangan yang bukan-bukan sudah lah.

"Kita pakai cable. Abang aku." 











"MENUNG APA TU?" tegur Aidan.

Ayra yang duduk di balkoni bilik hanya menjeling tajam. Marah ni.

EquestrianWhere stories live. Discover now