AIDAN FATHI menggaru kening lebatnya sementara sebelah tangan lagi sedang sibuk memegang telefon bimbit rapat ke telinga.
Berkerunyut riak wajahnya. Jelas menunjukkan dia sedikit bengang.
"Macam mana?" tanya Encik Tarmizi.
"Tak boleh la abi, kena tunggu pomen sampai juga untuk tengok" jawab Aidan.
Tadi selepas selesai sesi fotografi, sempat mereka meluangkan masa dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan universiti Ayra. Kini, masa nak pulang tiba-tiba kereta Aidan tidak boleh dihidupkan pula.
Dengan cuaca terik begini, tak sampai hati pula dia untuk meminta Ayra menunggu. Sudah la sejak mengandung kulit isterinya itu sensitif terhadap peluh. Duduk rumah buka kipas pun berpeluh sampai ruam.
"Ayra, awak naik dengan umi dulu boleh?" Aidan capai tangan Ayra. Dapat dia lihat wajah wanita itu sudah dibasahi dengan peluh.
"Abang kena tunggu pomen tu datang dulu. Awak balik dulu ya, panas kalau nak tunggu dalam kereta" kata Aidan.
"Okay tapi abang tak apa ke tunggu sini sorang-sorang?" soal Ayra risau.
"Abang lelaki, tak apa. Awak naik dengan abi dulu tau. Abang tunggu sini dengan Qabil" muncung Aidan dihala kepada Qabil yang elok berdiri sambil bersilang kaki. Tak ambil kisah dengan pandangan wanita-wanita yang menoleh melihat jejaka itu. Sibuk matanya menaip sesuatu di dada skrin telefon bimbit.
"Okaylah Ayra pergi ni. Baik-baik tau abang. Ayra sayang abang tau"
Aidan senyum kambing. Tubuh gendut itu dia raih ke dalam pelukkan.
"Jaga baby baik-baik tau. Abang pun sayang Ayra" Aidan cium kepala Ayra yang berbalut tudung.
"Anak papa, duduk diam-diam tau. Jangan nakal nak tendang mama sendiri. Dosa tau naik tangan kat mak, apa lagi awak asyik naik kaki aje"
Tergelak Ayra dibuatnya. Lucu benar bait kata suaminya kepada anak mereka.
"Sayang anak papa. Muah muah muah" Aidan cium perut Ayra sepuas hati. Tak kisah dengan pandangan mata orang lain.
"Abang dah la kat public ni" Ayra cuba tolak kepala Aidan.
"Tak apa la, nanti abang rindu" sekali lagi tubuh Ayra dipeluk erat.
"Abang ni kenapa? Sekejap aje pun. Nanti balik rumah kita peluk peluk ya"
"Tahu lah. Tapi abang nak peluk juga, mana tahu lepasni tak boleh peluk angkakawan abang ni"
"Ish kenapa cakap macam tu! Takmau lah abang!"
Aidan cuma senyum segaris. "Dah pergi masuk kereta sana. Abang lobe you"
"Lobe lobe u too" balas Ayra dalam dialek buatan Aidan.
"Ihicks!" balas Aidan gedik. Diperhatikan isterinya itu berjalan menuju ke arah kereta bapanya.
Dada dipegang. Sejujurnya, dari tadi dia rasa tak sedap hati nak meninggalkan Ayra. Walaupun dia tahu adanya umi dan abinya. Tetap juga, hatinya gundah.
"Bil!" laung Aidan kuat.
"Pahal?" Qabil melangkah sambil membetulkan kaca mata hitam yang tergantung di hidungnya.
"Tolong ikut abi aku sampai rumah boleh? Aku rasa tak sedap hati la"
"Asal pula? Takkan abi dengan ummi kau nak culik bini kau kot" seloroh Qabil.
"Tak, aku rasa pelik. Tadi elok aje kereta aku. Ini tiba-tiba tak boleh hidup, bateri hilang. Entah siapa punya kerja aku tak tahu"
"Yela bateri kereta mahal, curi la beb"
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...