"Tertuduh, Mohd Hamdi bin Abdullah"
"Khamis, 24 Ogos 2023. Sebuah rumah teres dua tingkat di Putrajaya telah dipecah masuk oleh Encik sendiri bersama dengan seorang rakan subahat bernama Hakim Hamka bin Zainal. Boleh terangkan apa motif encik menyerang rumah tersebut?" soal Naura Aliya selaku peguam cara bagi pihak Ayra.
"Yang arif, saya dapati OKT tidak mempunyai sebarang niat untuk merompak rumah tersebut. Segala harta benda selamat termasuk barang berharga. Tetapi mengikut keterangan mangsa atau penghuni rumah, tertuduh juga telah mengikat mereka menggunakan tali rafia hingga menyebabkan kecederaan di pergelangan tangan dan kaki"
"Saya tanya sekali lagi, apa motif anda menyerang rumah yang didiami oleh adik ipar dan keluarganya?" Naura Aliya meletakkan tangannya betul-betul di hadapan kandang OKT. Wajah Hamdi direnung dalam.
"Tiada sebab, melawat keluarga sendiri perlukan sebab?" Hamdi membalas renungan mata Naura Aliya. Mukanya disiniskan.
"Baiklah, tiada sebab yang kukuh" Naura Aliya berpaling menghadap hakim sebelum sambung,
"Jika begitu, boleh terangkan kandungan dadah yang didapati ada selepas kes serangan berlaku dalam tubuh plaintif?"
"Mengikut laporan kesihatan yang telah diperoleh, plaintif atau mangsa pengsan setelah dipercayai diserang dengan objek tumpul. Kemudiannya kami dapati ada ubat pelali dalam badannya."
"Boleh terangkan bahagian ini pihak defendan?" fail laporan kesihatan Ayra diangkat tinggi sebelum diberikan kepada para hakim.
Aidan yang duduk di barisan hadapan kerusi orang awam hanya diam memerhati kes dibicarakan. Matanya tak lepas memerhati Hamdi yang duduk di dalam kandang perbicaraan orang kena tuduh. Dia risaukan Ayra yang duduk di kerusi plaintif hanya diam menundukan kepala. Dia risaukan mental gadis itu.
Hari ini hari perbicaraan sulung bagi kes pecah rumah tempoh hari. Itu pun dikira lambat juga sebenarnya kerana mahkamah perintahkan supaya menunggu pihak plaintif bersedia barulah keluar tarikh perbicaraan kes ini.
Yang paling kalut semestinya Aidan, kehulur kehilir dia dengan peguamnya sampai tergendala kelas menunggang buah hati. Ini pun kalau dikira sebenarnya Ayra enggan hadir, tapi dah dipujuk Aidan bahawa dia akan bagi Ayra front seat masa perlawanan berkuda nanti automatik jadi hadir.
"AYRA, kau okay je kan?" tembak Aidan tak sempat keluar dari dewan perbicaraan pun lagi. Baru sahaja Ayra keluar dari kandang perbicaraan selepas tamat sesi kalini. Mukanya jelas terpancar riak kerisauan. Siap peluh dingin macam dia yang kena jawab soalan tadi. Maklum lah Ayra terpaksa berdepan dengan bapanya hari ini.
"Saya okay je tapi lapar" Ayra hanya berjalan melepasi pintu dewan. Tak payah buka sebab Aidan dah bukakan. Ini yang dia suka bila keluar dengan Aidan, semua Aidan buatkan sampai rasa macam princess. Tak percaya? Handbag dia pun bersilang di badan Aidan sekarang ni.
"Okay jom makan. Kau nak makan apa?"
"Taknak makan dengan awak"
"Hah? Alaaa habistu aku nak makan dengan siapa?" Aidan menjatuhkan bahu. Habis hilang semangat nak hidup sebab buah hati taknak makan dengan dia.
"Dengan gegels saya la" balas Ayra sambil matanya masih kepada telefon bimbitnya.
"Okay jom"
"Eh apa jom jom? Pergilah balik, saya dah tempah grab. It's a girls luncheon mister jangan menyibuk. Shuh sana"
"Hello, nama I Fatihah okay" Aidan meraup rambut two blocknya ke belakang. Tangan memegang tali handbag Ayra sambil kakinya dikepit sikit.
"Hai haritu bangkang sangat nama dia Fatihah, mengaku pula dah?"
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...