50

137 9 1
                                    

"WEH JOM MAMAK" ajak Qabil kepada dua jejaka tinggi lampai di hadapannya. Kedua-dua mereka masih duduk di atas tunggangan masing-masing.

"Sekarang ke?" soal Aidan bersahaja.

"Lepasni la, sekarang kena bawak budak-budak ni parking dulu" celah Daniel. Sesekali dia membetulkan tali yang berada di dalam genggaman.

"Sorry la tapi aku tak boleh join kot. Ayra ajak aku pergi beli jelly viral harini" 

"Ai dah berisi ke Rara? Haritu kau cakap dia nak biskut, haritu lagi kau termenung nak beli daging rusa sebab Ayra nak rasa rusa bakar. Harini jelly pula?" komen Daniel. Badan kudanya ditepuk perlahan sebagai isyarat untuk berhenti.

"Entah, tapi tak besar pun perut bini aku" Aidan angkat bahu. Kini berjalan beringan bersama Qabil dan kuda mereka.

"Memang la, kau ingat mengandung terus perut besar ke gila" Qabil menolak bahu Aidan. 

"Entah, cuba kau siasat Rara. Mana tahu anak kau dah kena tiup masuk dalam perut"

"Hmm tapi tak muntah pun" Aidan berfikir sendirian sambil membawa Kamelia ke tempat beradu dan tempat membuang hajat Kamelia. Erti kata lain, kandang.

"Eh tapi pokok pangkalnya aku tak join tau lepak harini. Nanti baby aku merajuk" kata Aidan lalu dia terus capai beg persalinan serta kunci kereta. Dah lambat ni, nanti Ayra kita merajuk lagi!

"Haih orang berbini ni. Kabut betul dia" omel Qabil perlahan.

"Jom ah, milo tabur tambah kolesterol" Qabil pandang Daniel yang sibuk dengan telefonnya dari tadi.

"Err sorry do Bil. Aku ada hal la harini" kata Daniel sambil menggaru belakang tengkuk.

"Aik? Kau berbini juga ke? Kerja apa kau ada selain buang masa?" tanya Qabil sedikit hairan. Selalunya Daniel yang beria ajak kesana kesini bersamanya. Ni tiba-tiba ada kerja pula.

"Aku dah janji dengan Diana la"

Mulut Qabil terbuka dengan bunyi huruf vokal a. Tak lama, kemudian dia senyum sedikit selepas melihat kekalutan Daniel nak menjawab panggilan sekali gus nak kemas barang.

"Sorry Bil, aku gerak dulu" laung Daniel sambil berjalan meninggalkan Qabil berseorangan di kandang kuda mereka. 

Qabil hanya memandang bayang Daniel yang semakin mengecil sebelum lesap dari pandangan. Serta merta keluhan berat dilepaskan. "Haih makan sorang la macam ni" 

"Sorang berbini, sorang bergewe. Habistu aku? Penatnya single" omelnya sambil mengemas barang peribadinya. Sempat dia isi makanan kuda mereka hingga penuh sebelum berlalu. Malas pula nak makan mamak. Masak jela.








"CEPATLAH" gesa satu suara garau dari luar bilik.

"Kejaplah! Ni ha tak boleh ikat bagi tengah-tengah" Daniel keluar bersama dengan tali leher yang masih belum diikat digantung sahaja di lehernya.

Darriel menggaru kening lebatnya. Aih adik istimewa betul! "Sini aku ikatkan"

Tanpa bantahan, Daniel berdiri betul-betul di hadapan abangnya. "Muka tu paling sana. Geli" Darriel menolak rahang Daniel menoleh ke kiri.

"Siap"

"Pergh kejapnya!" kata Daniel teruja.

"Memang benda tu simple aje pun. Ni mana budak yang kau nak tolong tu?" tanya Darriel. Sebotol air mineral dicapai lalu dia teguk rakus. Bergerak-gerak halkumnya menelan air. Tanpa sedar, habis 350ml air mineral dalam sekali duduk.

"Taktahu, aku call dia dari tadi tak dapat" Darriel berkerut. Aik? Orang dah sudi nak tolong, tinggal pula. Ini yang Darriel tak suka dengan perempuan. Complicated.

EquestrianWhere stories live. Discover now