MEJA yang diduduki oleh dua jejaka itu sunyi sepi selepas mendengar laporan daripada Doktor Afrina tadi.
Air teh panas yang terletak elok di atas meja tidak juga diusik dari tadi. Kedua mereka hanya diam tenggelam dalam dunia sendiri.
Nash merenung Aidan yang hanyut dalam fikirannya. Entah apa dia fikirkan taktahu. Tapi nampak dalam sungguh sampai berkerut kening berfikir.
Jujur, sedikit sebanyak Nash meragui lelaki yang tiba-tiba muncul di rumah tadi menyelamatkan mereka daripada Hamdi dan Hakim.
Bagaimana dia tahu? Kenapa on time je dia datang? Setahunya tadi telefon Ayra mati di tingkat atas. Itu pun dia tahu selepas dimaklumkan oleh pihak berkuasa yang datang selepas Aidan.
Mungkin Aidan yang telefon? Entah dia musykil.
Nash berdeham sedikit kuat untuk menarik perhatian Aidan yang masih termenung.
"Macam mana kau tahu rumah kitaorang kena serang semalam?" soal Nash tak berdolak dalih. Sejujurnya dari mata kasar lelaki ini nampak macam boleh dipercayai.
"Firasat" mudah jawapan Aidan.
"Encik tahu dia dari mana atau apa yang dia makan sebelum kejadian?" Doktor Afrina menyoal. Mata dihalakan ke arah dua jejaka di hadapannya. Masing-masing membisu.
Senyum tipis dibuang apabila melihat lelaki berbaju t kelabu itu menggelengkan kepala tidak tahu. "Baiklah, macam ni encik, tadi lepas saya buat pemeriksaan menyeluruh. Kami ada ambil sampel darah cik Ayra"
"Kemudian kami dapati ada bendasing dalam darah dia. Selepas pemeriksaan lanjut, kami dapati ianya adalah sedatif. Jadi dia ada cakap pening atau mengantuk sebelum pengsan?"
Nash dan Aidan masing-masing terkebil kebil mendengar penerangan dari Doktor Afrina. Apa tif?
"Aaa jadi maksudnya apa doktor?" Nash menyoal mulutnya masih sedikit ternganga. Terkejut mungkin.
"Sedatif, atau nama common dia ubat pelali. Boleh juga jadi ubat tidur. Itu saya tanya encik ada tahu kat mana dia makan atau dapatkan pil pelali tu?"
"Sebab dos yang dia terima boleh tahan kuat juga. Mungkin encik ada perasan dia cakap tak telus atau lalok?"
Jeda. Nash dan Aidan menanti penerangan lebih lanjut dari Doktor Afrina. Tak ada niat nak mencelah walau diajukan soalan.
"Tapi syukurlah tubuh dia tak ada apa-apa selain sedatif. Kami dah check, tak ada kesan simen langsung di tubuh Cik Ayra. Jadi encik berdua jangan risau, nanti saya hantarkan laporan kesihatan kepada pihak bewajib ya" sambung doktor itu apabila kedua jejaka di hadapanya bagai tugu negara saja. Tak berbunyi langsung.
"Umm sedatif tu... bahaya ke untuk tubuh dia?" soal Aidan tiba-tiba mengamit perhatian doktor. Ada pun soalan! Digaru belakang kepalanya ketika bertanya.
Doktor Afrina senyum segaris, "Tidak, sedatif dadah terkawal. Dan jenis yang dia dapat itu pula ubat berdaftar, mungkin alprazolam. Biasanya ubat macam tu boleh dapatkan dari pihak psikiatri"
"Jangan risau dalam 7 hingga ke 9 jam nanti inshaAllah dia sedar. Mungkin petang atau tegah hari nanti."
"KAU rasa kerja siapa masukkan ubat macam tu?"
"Entah, tak ada idea. Sebab orang tua tu kat rumah kau. Macam mana pula dia nak masukkan ubat tidur dalam air ke makanan Ayra?" balas Aidan. Serius mukanya menatap Nash yang bertentang dengannya.
"Tapi aku musykil... Macam mana kau tahu Hamdi serang Ayra?" kepala dibawa kedepan. Mood polis pencen dah sampai.
"Ayra call aku, lepastu aku dengar dia jerit and then plup hilang" cerita Aidan sambil tangannya digerakkan ketika bunyi plup.
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...