"Ayra... makan sikit ni maksu buat untuk Ayra" pujuk Maksu Huda yang entah kali keberapa dia sudah tidak tahu. Masuk harini, sudah 4 hari Ayra sedar. Namun makanan yang masuk ke dalam trakea Ayra boleh dikira menggunakan jari sahaja. Hal bercakap pula, jika ditanya sepatah, sepatah jugalah Ayra membalas.
Ada Ayra pesan dia tidak mahu menerima sebarang pelawat. Katanya biarlah dia bersendirian buat sementara waktu. Tidak dinafikan dia sedikit takut melihat homosapien yang membawa kromosom XY sekarang. Melihat pada lengan berurat saja dia terbayang akan tangan tua yang menyentuhnya tempoh hari. Sebab itu lah dia membuat permintaan itu dengan maksunya.
Kawan-kawannya ada juga datang nak melawat, tapi semuanya Maksu Huda yang layan. Dia hanya selesa diam dan termenung melihat awan bergerak mengikut angin.
"ASSALAMMUALAIKUM SAHABAT!" laung Diana sebaik sahaja tiba. Sudah la pintu dikuak dengan kasar. Tangan dilayangkan keudara sebelum bergerak ke arah Ayra yang duduk di birai katil sedang membaca novel pemberiannya tempoh hari.
"Alololo baca buku ye shayang? Meh sini amin kakak cantik ni" tangan dihulurkan termuncung-muncung bibirnya bercakap pelat. Ada nak kena hempuk dengan buku ni.
Ayra hanya menjeling sebelum meneruskan bacaannya. Tak dihirau Diana yang sudah mencebik kerana dipalau.
"Maksu bawak apa harini? Fulamak ayam masak kicap! Beb kau serious taknak? Aku caras kang!!" Diana cuba memancing perhatian Ayra yang duduk membaca itu. Tiada respond. Memang telinga dia hilang ke apa?
"Ayra, ummm"
"Ummm" terasa lama menunggu Diana nak sambung bicaranya Ayra terus mencantas "Apa?"
"Aidan..." mendengar nama itu meniti dari bibir Diana tubuh Ayra sedikit mengeras. Lama dia tak dengar sebaris nama itu. Riak cuba dikawal cepat supaya tidak tertangkap. Diana ni bukan boleh kira sangat.
Kening diangkat tanda bertanya kenapa.
"Dia nak bagi kau hadiah, tapi dia takut nak jumpa kau. Dia cakap takut kau tak selesa dengan dia"
"Aidan?" Ayra menyoal meminta kepastian. Mana tahu lelaki itu sudah tak mahu berkawan dengannya. Iyalah mereka berdua dah lama tak berbalas khabar. Dari sebelum kejadian lagi.
"Haah, dia suruh aku bagi dekat kau. Daniel pun kasi hadiah tau" kalau tadi Ayra tertanya tanya kalini Ayra terkejut mendengar nama itu pula.
Kalau dikira tahap terkejut, tahap paling tinggi sekali. Level terkejut beruk! Daniel?
Dua buah beg yang diletakkan di atas meja dipandang. Tak sempat Ayra nak tanya, Diana cakap dulu
"Yang beg merah ni Aidan bagi. Yang beg toy r us tu Daniel bagi" jelas Diana sambil tangannya sibuk mencedok kuah ayam masak kicap yang asalnya buat Ayra.
Tanpa pertanyaan lebih lanjut Ayra mengambil beg kertas merah daripada Aidan. Dikeluarkan isinya. Berkerut dahi Ayra melihat pemberian lelaki itu.
Musical carousel itu dibelek dengan penuh tanda tanya. Kenapa Aidan bagi mainan? Diana yang sedap melantak nasi masakan Maksu Huda itu dibiarkan. Tumpuannya hanya pada carousel di tangannya.
"Kau yakin Aidan yang bagi?"
"Haah, tadi dia pass kat aku. 4 hari kau masuk hospital 4 hari la dia duduk kat kerusi luar tu. Tunggu apa taktahu"
"Itulah, haritu masa Ayra tak bangun lagi maksu ajak masuk jenguk. Dia tolak pula duduk aje dia kat kerusi tu. Malu katanya" Maksu Huda mencelah. Turut sedap bersantap bersama anak saudara cilok dia.
Penjelasan Diana dan Maksu Huda membuatkan kerutan di dahi Ayra lebih ketara. Amende mamat ni? Ingat style ke main hantar mainan macam ni?
Dibelek lagi musical carousel di tangan. Punat 'on' ditekan lalu dipusingkan kunci yang ada dibelakang mainan tersebut. Secara langsung patung kuda itu berpusing mengikut alunan musik.
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...