2

659 9 2
                                    

Suasana di dalam kafe itu bingit dengan suara para siswa dan pelanggan luar. Di satu sudut kafe, terdapat tiga gadis yang rancak berbual. Sesekali tangan mereka bergerak kesana dan kesini di udara menggambarkan cerita mereka sungguh serious.

Seketika mereka diam dan menikmati pencuci mulut yang terhidang di hadapan mereka. Perempuan, makanan masuk mulut mesti auto diam.

Tiba-tiba Diana bersuara, "Eh Ari, kau tahu tak tadi pagi sebelum masuk kereta, ada orang nak mengorat Cik Arya kita ni" cerita Diana bersungguh.

Ayra mengecilkan mata memandang Diana. Ceh pagi tadi cakap janji tak ungkit. Hampeh betul minah ni

"Wah lelaki berani mati mana pulak ni nak try awek kita aduh tak boleh jadi ni" Ariana membalas sambil membetulkan kedudukannya. Nampak berminat nak tahu siapa jejaka yang berani hendak memikat hati gadis brutal disebelahnya ni.

"Alah mamat tu aku rasa fakulti lain sebab dia bawak kalkulator. Tiga beb kalkulator dia. Dia cakap macam ni, ehem ehem, hai awak ada exam jugak ke harini?" Bersungguh betul Diana bercerita siap mengeraskan suara. Konon-konon nak mengajuk suara lelaki tadi.

"Ha lepastu lepastu apa jadi? Dia kasi nombor tak? Instagram ke? Cepatla" desak Ariana.

"Lepastu si Ayra ni kau tahu la dia. Sah la dia jalan macam the flash lepas dengar laki tegur dia"

"Tah apa takut sangat tah dengan lelaki dia ni. Yang mengorat dia semua elok kot. Macam haritu budak medic final year hantar dm dia seen je" kata Diana sambil matanya menjeling Ayra di hadapannya itu.

Ayra hanya diam mendengar tanpa niat untuk mencelah perbualan dua ketul anak syurga itu. Nampak semangat sangat betul kita kena try tadi.

"Whatever la. Malas aku lelaki semua lebih kurang je. Dari rambut pun semua sejenis. Tak ada extension bumbung, rambut korea. Lepastu mesti playboy" kata Ayra malas. Matanya digulingkan keatas sambil tangannya ligat menyuap kek red velvet hak milik Diana.

Kek dia dah habis ok. Bukan sengaja.

"By the way, Ari mak kau handle program kemanusiaan lagi tak? Dah cuti semester ni aku malas la nak duduk rumah." Soal Arya kepada Ariana yang sebenarnya dituju kepada ibunda Ariana.

Memang selalunya waktu cuti Hasya Aryana diisi dengan aktiviti sebegitu. Selalu juga dia menyertai aktiviti kemanusiaan tidak kira anjuran NGO atau universiti semua dia sapu rata. Hobi, suka tolong orang macam tu la.

"Ada rasanya, tak silap aku misi bantuan banjir kat Terengganu. Kau nak ikut ke? Aku nak inform kat mak aku"

"Hm boleh jugak aku tengok berita semalam macam teruk juga banjirnya. Untung untung boleh makan kepok lekor" sahut Ayra sempat diselitkan lawak tak berapa nak jadinya di hujung kata.

"Bereh boh. Ha princess Diana tak jadi, nak ikut tak? Aku nak bagitau mak aku ni korang nak ikut pergi Terengganu." Tanya Ariana kepada Diana. Dia mengangkat keningnya berkali-kali tanda sedang menyoal.

"Ada abe ganu hensem tak? Kalau ada aku on!" Kata Diana siap menepuk meja dengan perlahan. Semangat dia kalau ada lelaki kacak berdekatan. Kontra kepada Ayra yang terus mencebir bibir mendengar penyataan Diana. Lelaki... makhluk yang bagi Ayra tidak begitu penting yang perlu wujud di atas muka bumi ini.






"Assalammualaikum" laung Ayra sebaik saja melangkah masuk kedalam rumah teres dua tingkat itu. "Ha Ayra balik dah kamu. Macam mana harini punya kertas peperiksaan? Ok ke K.o?" Tanya maksu Huda.

EquestrianWhere stories live. Discover now