10

339 8 7
                                    

Seawal jam 8 pagi lagi Ayra sudah berada di pangkin rumah mengambil udara segar. Matahari sudah mula menunjukkan dirinya dan hidupan di dalam rumah tumpangan ini juga sudah mula beraktiviti.

Sedang asyik Ayra melayan perasaan di kerusi batu itu, perhatiannya terkalih apabila melihat dua orang jejaka lagaknya baru balik dari jogging dengan kasut sukan dan jersey tanpa lengan.

"Hoi! Cuci mata tak ajak aku eh?" sergah Diana dari arah belakang menyentak Ayra.

"Ish kau ni, suka hati je cuci mata. Aku tengah kumpul vitamin c tau ni" balas Ayra menepuk kerusi batu di sebelahnya menyuruh Diana duduk.

"Alah kau usya diorang dua tu kan?"

"Kau nak yang mana? Kalau aku yang jersey hitam tak ada lengan tu" tunjuk Diana kearah Aidan yang rancak berbual sambil berdiri dengan beberapa orang sukarelawan yang baru bangun barangkali.

Ayra memerhati Aidan lalu dia pusingkan kepala ke arah Diana. Keningnya dikerutkan tidak percaya.

Reaksi Ayra mengundang tawa Diana, sah dia suka anak Puan Aisyah ni! "Lek lek aku gurau je. Tak ambik lah boyfriend dia"

"Boyfriend abah kau! Taknak aku, tah tah dia tu sebenarnya kaki pukul! Dah la jom mamak, aku teringin roti telur ah" ajak Ayra menepuk bahu Diana

"Ada mamak ke kat Terengganu ni? Sini kan Darul Iman"

"Habis mamak takde iman? Kita cari lah, harini kan free"balas Ayra. Tahu Diana malas nak bersiap sebenarnya.

"Sabar jap. Aidan!!! Sini jap" laung Diana kuat menyebabkan Ayra disebelahnya gelabah. Dah apahal kena panggil mamat ni?!

Aidan dan Daniel memalingkan muka ke arah punca suara. Aidan berjalan ke arah kerusi batu itu dengan muka blur apabila melihat dua sahabat itu berperang tangan secara diam. Kau tampar aku, aku tampar kau. Habis panggil aku buat apa?

"Kenapa ni?" soal Aidan apabila mereka tidak berhenti mengawangkan tangan ke udara sesama sendiri mereka pula tu.

"Ayra ni ha, dia nak ajak pergi cari kedai mamak. Jom la bawakkan kitaorang" aju Diana sambil tersengih.

"Ohh itu je? Jomlah, kitaorang pun lapar ni" sahut Daniel pula dari belakang Aidan.

"Jom, korang google la kedai mamak dekat dekat sini, nanti kita ikut waze je senang" balas Aidan bersetuju dengan ajakkan mereka. Crush ajak, gila tak setuju.




"Roti kawin satu, milo ais satu" pesan Aidan kepada pelayan kedai mamak itu. "Kau Niel?"

"Sama, roti kawin bagi banjir eh" laju Daniel memesan makananya. Lapar!

"Aku nak maggi goreng ah dengan neslo ais" pesanan Diana membuatkan Ayra berbelah bahagi. Nak roti telur, tapi maggi goreng mamak....

"Ayra? Cepat la aney tu tunggu kau je ni" desak Diana.

"Maggi goreng taknak sayur satu, nak teh tarik" pesan Ayra. Sejurus selepas pelayan itu meninggalkan meja mereka. Diana terus menyerang Ayra "Bukan mengidam roti telur? Apasal jadi maggi goreng?"

"Kau la, berbelah bahagi hati aku tadi tau. Maggi goreng mamak ni no counter beb!"

"Kan! Aku tahu mesti kau teracun lah kalau aku order maggi goreng mamak!" Diana menepuk meja makan itu menyentakkan dua jejaka di hadapan mereka. Oh lupa bukan dating dengan Ayra saja.

"Korang melantak maggi pagi-pagi buta ni tak kembung perut ke nanti?" soal Daniel dengan riak risau.

"Aku bukan apa, nanti kalau korang nak memerut jangan kentut dalam kereta eh?" kata Daniel mencetuskan kemarahan Diana.

EquestrianWhere stories live. Discover now