HASYA AYRANA memandang belakang tubuh Puan Aisyah yang ralit menggoreng ayam masak kunyit untuk makan malam. Masuk malam ini, sudah dua malam dia tinggal bersama orang tua suaminya. Sepanjang dua hari itu, Ayra masih tidak berbual secara langsung dengan Encik Tarmizi a.k.a. ayah Aidan a.k.a. bapa mertuanya.
Bukannya dia tidak mencuba untuk berinteraksi dengan orang tua Aidan, tapi dia rasa janggal. Janggal dengan panggilan 'abah' yang perlu digunakan. Janggal dengan kehadiran seorang bapa yang selama sudah lama terpadam dalam hidupnya.
Encik Tarmizi pun satu, tak ada nak berbual dengan menantu baru dia. Yang ada hanyalah jika mereka duduk berborak beramai-ramai. Hanya, hm, ya, baik. Itu sajalah yang Ayra dengar dari mulut lelaki separuh abad itu sepanjang menjadi sebahagian dari keluarga ini.
"Ayra? Dah siap susun pinggan?" soal Puan Aisyah menyedarkan Ayra kembali ke dunia realiti. Sibuk tangan tua itu meletak pelbagai lauk pauk untuk hidangan makan malam mereka sekeluarga. Banyak betul masak sambut menantu. Semalam mereka semua kepenatan selepas melayani tetamu di majlis persandingan, balik saja ke rumah semua terus masuk dijemput sang mimpi.
"Dah umi, tinggal nak makan je ni" balas Ayra sambil merampas bekas bujur berisi ikan masak Thai.
"Iyelah, kalau macam tu Ayra tolong umi panggilkan diorang boleh? Umi nak sediakan makanan kak Ari kamu" arah Puan Aisyah, menolak lembut bahu menantu barunya suruh Ayra ke ruang tamu.
Baru sahaja Ayra nak aturkan kaki, sosok tubuh Encik Tarmizi kelihatan. Dia berdeham kecil bagi menyedarkan Ayra dengan kehadirannya.
Ayra mengemam bibir erat apabila dia bergerak ke kiri untuk keluar dari ruang makan, Encik Tarmizi juga bergerak ke kiri untuk masuk ke ruang makan. Cari isterinya mungkin.
Ayra ke kiri, Encik Tarmizi juga bergerak ke kiri.
Pantas Encik Tarmizi bergerak ke kanan, Ayra juga bergerak ke kanan.
"Umm... Aaa" tutur Ayra tak jelas. Dia pejam mata erat, mengawal rasa gugup. Aduh nak cakap macam mana ni?
"S... saya lalu dulu" kata Ayra laju lantas terus bergerak melepasi Encik Tarmizi yang masih berdiri di laluan antara ruang makan dan ruang tamu.
"Awak!" laung Ayra tidak begitu kuat tidak juga terlalu perlahan. Cukup sekadar menarik perhatian lelaki yang sedang sibuk agah bayi yang usianya tak sampai setahun. Aidan pandang Ayra sekilas sebelum perhatiannya kembali kepada puteri sulung Ariana.
"Awak, umi panggil makan" Ayra duduk di atas sofa belakang Aidan. Matanya menyepet apabila lihat pemandangan Aidan mendukung anak saudaranya dari belakang tubuh sasa itu.
"Baby~~ tengok ni. Ini maksu" Aidan tiba-tiba buat slot taaruf. Tangan tembam bayi itu dia angkat lalu dia awang-awangkan ke udara seolah menegur Ayra.
Tergelak kecil Ayra mendengar suara halus dibuat-buat oleh Aidan. Hodoh betul bunyinya. Terus dia turun duduk di sebelah Aidan lalu menyambut tangan kecil itu.
"Hai baby, saya Ayra" Ayra memperkenalkan diri sambil mengoyang tangan kecil itu. Tak sedar ucapannya mengundang jelingan maut Aidan.
"Apa Ayra Ayra? Kau maksu dia kan"
"Yelah saya maksu dia, tapi nama saya Ayra. Awak ada masalah ke dengan nama saya?" sesi perkenalan ringkas tanpa penamat itu berakhir dengan pergaduhan laki bini pula dah.
"Ada!!"
"Apa? Apa masalah dengan nama saya? Tak cukup sedap ke?"
"Masalah lah sebab-" tak sempat Aidan nak habiskan ayatnya, nama mereka berdua dah diseru oleh maam besar rumah, Puan Aisyah. Laju Ayra tekup mulut sang suami sambil menarik tangannya ke ruang makan. Tahu laki dia bukan nak cakap benda penting pun. Mesti mengarut aje.
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...