SEPASANG mata bundar milik Hasya Ayrana bertakung dengan cecair jernih. Sebaik sahaja tubuh tinggi Aidan keluar dari bilik itu, air mata Ayra tak dapat ditahan lagi.
Tadi, baru sahaja dia menimang anaknya di dalam pangkuan.
Tadi, baru sahaja dapat dia lihat wajah anak syurganya.
Tadi, baru dia dapat mencium wajah kecil itu.Kini, dia kembali berseorangan.
Memang dunia ini seperti tidak mahu melihat seorang Hasya Ayrana bahagia.
Ayra merenung ke atas. Manusia yang ada di dalam wad peribadinya dia abaikan sepenuhnya.
Tidak semena bahunya bergetar.
Kenapa dunia ini kejam?
Kenapa Tuhan seperti tidak mahu dia tenggelam dalam lembah bahagia?
Kenapa perlu Dia rentap kebahagiaannya seperti ini?
Tidak layakkah untuk dirinya?
"Ayra" Puan Aisyah memanggil. Walaupun dengan tangan kanan dibalut dengan anduh. Itu tidak menghalang wanita separuh abad itu untuk mendapatkan menantunya.
Tanpa suara, Ayra muntahkan air mata. Harini dia bangun, hidupnya rasa kosong.
Biarpun Aidan ada dengannya sebaik dia buka mata, biarpun suaminya itu memastikan dia tidak tinggal berseorangan.
Hidupnya rasa... kosong.
Pagi tadi, sempat Aidan bawakan anak mereka untuk berjumpa buat kali terakhir.
Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa luluhnya hati seorang Ayra melihat insan yang bergelar anak.
Insan yang sepatutnya memanggilnya dengan gelaran 'mama'
Tangannya ligih ketika hendak menyentuh wajah bersih anaknya tadi.
Basah muka Ayra dengan deraian air mata.
Suram bilik itu dengan bunyi tangisan Ayra yang seperti tiada penghujung.
Diana, Ariana, Maksu Huda. Semuanya sudah hilang diksi mahu memujuk ibu muda itu.
AIDAN FATHI merenung kubur anaknya yang baru sahaja dia kebumikan. Lama dia tenung tanah yang masih merah itu.
Qabil hanya berdiri di samping tanpa kata. Daniel yang sedang menulis nama dan tarikh kematian di atas kayu dipandang sekilas.
Selesai semua urusan, kaki Aidan masih terpasak kukuh di situ. Matanya tidak terkalih walaupun seinci.
"Aidan" Qabil menepuk bahu lelaki itu.
"Sudah Dan. Kau kena redha" sambungnya.
"Kau redha, nanti anak kau boleh main kat sana. Kalau tak, mesti dia sedih juga tengok bapa dia macam ni"
"Muhammad Affan. Pandai kau pilih nama" sampuk Daniel.
Qabil angguk, "Mesti dia hensem macam uncle dia"
Aidan hanya memandang kosong wajah sahabatnya itu. Qabil senyum segaris lalu dia capai bahu Aidan untuk pusing meninggalkan tanah perkuburan itu.
Dia tahu Aidan hilang arah tuju.
Dia tahu Aidan perlukan bahu.
"Jom. Kita pergi tengok mama Affan pula" kata Qabil sambil mengiringi sahabatnya itu ke kereta.
"Tidur la Dan. Kau tak rehat pun dari semalam. Risau aku" pesan Qabil sambil memakai tali pinggang keledar.
"Ye do. Tidur la Dan, nanti sampai hospital kitaorang kejut" Daniel membetulkan songkok di kepala. Bersedia nak memandu.
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...