MATA cuba dipejam. Kantuk yang tak kunjung tiba tetap cuba dicari oleh seorang Hasya Ayrana. Manusia di sebelah dia tatap seketika sebelum merengus. Geram sebab Aidan tengah nyenyak tidur!
Dia nak tidur juga, tapi tidur tak mahu dengan dia.
Fikirannya kacau bercelaru berfikir pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku esok hari. Kedatangan Iqa, sepupu suaminya ke rumah ini sedikit sebanyak menggugat Ayra.
Malam tadi dia sendiri lihat bagaimana ibu mertuanya ceria melayan Iqa. Siap pegang-pegang tangan lagi.
Patutnya heret dia, si menantu bukannya Iqa!
Abi pula, sanggup temankan Iqa menjamah makan malam walaupun baru pulang dari masjid. Aidan turut sama ajak Ayra temankan Iqa makan sambil berbual dengan sepupunya itu.
Siap bergelak ketawa lagi mereka. Cerita tentang zaman kanak-kanak Aidan begitu begini. Tak dinafikan zaman kecil Aidan agak lucu apabila dicerita oleh umi. Tapi rembesan hormon endorfin Ayra bagaikan tersumbat. Tak boleh nak ketawa apabila sibuk berfikir mengenai kedatangan Iqa.
Apa memang sepupu Aidan sorang tu tak ada rumah sendiri dah ke?
Aidan pun satu. Bukan main lebar senyum dapat berborak dengan Iqa. Masa main game tadi tak ada pun nak ketawa suka macam itu. Tiba-tiba senyum lebar sakan bila berborak dengan si penyu tu. Dah macam jumpa kawan lama pun ada.
Sudah la hal gambar Aidan di story Iqa tempoh hari Ayra diamkan saja. Cuba besangka baik dengan suaminya.
Cemburu? Haah! Dia cemburu.
"Hey" mengeras tubuh Ayra apabila tiba-tiba ada suara garau memanggil. Segera minda Ayra kembali ke realiti.
"Kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Aidan dalam mamai.
"Tak boleh tidur" ringkas sahaja jawapan Ayra. Mata masih dihalakan tepat pada siling bilik. Tak betah nak pandang Aidan sekarang ni. Marah dan cemburu tapi malu nak tunjuk.
Tak banyak soal, Aidan panjangkan lengan mencari pinggang si isteri. Laju dia tarik masuk ke dalam dakapannya. Kepala Ayra ditarik merapat ke dada. Sempat dia hadiahkan kucupan di dahi bersih itu.
Bau Aidan sedikit sebanyak membantu untuk tenangkan jiwa bergelora tadi. Dengan usapan di belakang kepala lagi la terbuai.
"Tidur" rambut panjang Ayra dia usap perlahan.
"Awak" panggil Ayra perlahan. Mata yang hampir terpejam kembali dibuka. Cik Isteri panggil, mestilah bangun balik.
"Hm?"
"Awak betul sayang saya kan?" bisik Ayra perlahan.
"Sayang..." Aidan tundukkan kepala cuba intai wajah isterinya. Aik? Dah lelap dah?
Ayra hanya biarkan panggilan Aidan berlalu. Tak rasa nak menjawab, hanya biar dirinya tenggelam dalam gawang fikirannya malam ini.
"Manja kau ni sebenarnya sayang... Tidur kena peluk" komen Aidan.
Pelukkan dieratkan. Bau Ayra menyenangkan. Kehadiran Ayra mendamaikan. Bahkan deruan nafas Ayra kedengaran lunak di telinga lelaki itu.
Walaupun Ayra dah ada dalam pelukkannya. Dia rasa tak cukup!
Oh ini namanya cinta bukan?
Aidan senyum segaris.
"Awak jangan tinggal saya tau" mati senyuman Aidan tadi. Wajah Ayra dicari. Okay, pejam..?
Baju Aidan digenggam kecil, "Awak saya punya... Abang..." bisik Ayra. Makin aneh Aidan dibuatnya. Sekali lagi dia intai wajah Ayra.
Mamai rupanya...
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...