DIANA hanya menguntum senyum kepada orang ramai yang lalu lalang sambil memerhati meja mereka bertiga.
Ariana pula sibuk menenangkan Ayra yang masih menangis teresak-esak sambil muka disembamkan ke atas meja.
Idea untuk berjumpa di kedai mamak pada waktu ini adalah sangat tidak sesuai. Idea siapa? Semestinya idea Diana. Sebab dia suka breakfeast kat kedai mamak.
"Dah la we nangis macam tu, nanti orang ingat kitaorang dera kau pula" pujuk Diana. Secawan milo ais ditolak mendekati Ayra yang masih tak angkat wajah. "Nah aku belanja milo ais, air mahal ni kat mamak"
Ariana menjeling Diana yang masih cuba berjenaka ketika ini. Macam masalah besar ni kalau sampai lari dari suami sambil menangis. Entah macam mana rupa Aidan mencari Ayra semalaman.
Semalam elok saja mereka menuang teh panas di dalam gorup WhatsApp, pagi ini, tiba-tiba saja Ayra membuat panggilan telefon secara kumpulan. Angkat panggilan, suara tangisan yang menerpa koklea telinga. Haru biru masing-masing.
"Dah dah menangis. Cuba kau cakap dengan aku, Aidan buat apa kat kau" pujuk Ariana sambil mengelus kepala Ayra lembut.
"Ha apa mamat senget tu buat dekat kau, cuba cakap kat aku. Biar aku ajar dia, berani sangat buat kawan aku nangis" sambung Diana. Aura gangster dia dah keluar.
Ayra angkat kepala, air matanya dikesat. Bibirnya masih melenkung kebawah, hidung merah, mata bengkak. Masih teresak "Aidan..."
Perhatian mereka kini hanya kepada Ayra. Walaupun Ayra masih belum dapat membentuk satu ayat ringkas menyatakan mengapa dia menangis, namun sebagai sahabat yang supportive mereka kena pandai menyusun perkataan yang bakal keluar kelak.
"Aidan..." adu Ayra. Baru sebut nama dah kembali keluar air matanya. Cengeng.
"Ha kenapa dengan adik aku? Dia buat apa? Aku tahu dia salah tapi apa salah dia?"
"Aidan... hiks hiks"
"Iqa" terus dua kepala berbalut tudung itu kedepan apabila nama lain yang keluar dari mulut Ayra.
"Iqa? Iqa sepupu aku?" soal Ariana. Hasya hanya angguk sambil lap air matanya menggunakan hujung baju. Diana pula hulurkan tisu mamak yang entah keberapa helai Ayra gunakan untuk pagi ini.
"Aidan... hiks hiks... Iqa... hiks... love you"
PAP!!
Laju Diana dapat menangkap maksud Ayra. Ditamparnya meja besi mamak sampai menarik perhatian beberapa pelanggan lain.
"Maksud kau Aidan curang dengan kau ke?" tanya Diana ingin kepastian.
"What?!" tempik Ariana pula. Terkejut.
Ayra hanya angguk kepala. Bingkas bangun dua sahabat itu daripada kerusi besi itu. Pergerakan mereka pantas, sepantas mulut mereka yang tengah mengomel.
"Stand up Ayra kita ada perhitungan nak buat dengan adik taguna aku" arah Ariana. Lengan Ayra ditarik supaya berdiri dengan kadar segera.
"Entah, laki kau ke adik kau ke, tunggu la aku settle mamat macam ni. Ada yang lunyai nanti tapi bukan pisang nak buat cekodok" sambung Diana. Lengan Ayra dia capai memaksa kawannya untuk bangun.
"Anney duit bawah cawan milo!" jerit Diana semasa berjalan keluar dari kedai tersebut.
"AIDAN FATHI BIN AHMAD TARMIZI! Kau turun" memetir suara Ariana memecah kesunyian malam rumah agam milik Encik Tarmizi. Tak ada salam tak ada pendahuluan, terus saja menonong masuk.
"Kenapa ni along jerit-jerit? Adik kamu tu memang kat situ dah pun" bibir Puan Aisyah memuncung tunjuk kelibat Aidan yang elok duduk di atas sofa.
"Kau cakap dengan aku, apa yang kau dah buat kat Ayra" terjah Ariana.
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...