Hasya Aryana memakirkan Myvi hitamnya di pekarangan rumah maksu Huda. Tak sempat dia menjejakkan kaki ke dalam rumah, namanya diseru dari dalam. "Ayraku sayangg, jom keluar makan dengan aku"
Ayra terpinga-pinga apabila lengannya tiba-tiba dipaut Diana. Eh? Ni bukan rumah Maksu aku ke? Kenapa makcik ni ada kat sini?
"Ayra, dengar tak permintaan sahabatmu yang comel ini?" tanya Diana. Tangan Ayra digoncang ingin mendapatkan perhatian kawannya yang masih merenung wajahnya. Otak tengah proses la tu.
"Malas la aku baru je balik. Bagi la aku masuk rehat ke tidur ke" eh lain pulak mulut ni berbicara. "Alah takpe maksu kau pun nak keluar tadi dia cakap nak beli barang dapur, kau jadi kitaorang driver eh?" pinta Diana sambil mengerdipkan matanya laju. Ceh!
"Mana maksu aku tak payah menipu aku nyah kau dari rumah ni syaiton" halau Ayra sambil menolak bahu Diana.
"Aih apa bergaduh kat luar pulak tu? Ni Ayra maksu nak pergi beli barang dapur ni boleh tak bawakkan maksu?" tanya maksunya sambil memakai kasut. Oh betul la maksu nak keluar. Ingatkan tipu-tipu. Hehe
"Boleh je kejap Ayra kuncikan pintu. Diana, kau hidupkan enjin kereta aku!" Arah Ayra. Kunci keretanya dicampakkan sahaja kepada sahabatnya yang satu itu.
"Ayra nanti bawak maksu dekat tempat yang ada jual aaa...apa nama buah tu" kata maksunya apabila kereta yang dipandu Ayra mula bergerak meninggalkan taman perumahannya.
"Hm buah? Semua tempat pun ada buah maksu" balas Ayra tenang sambil perhatiannya masih tertumpu di jalan raya. Petang-petang ni kereta banyak.
"Alah ni ha donat peach! Diana bagitau maksu buah ni viral itu maksu nak cuba juga" tutur Maksu Huda. Dia suka benda viral ni, wajib cuba! Baru tak tertinggal bas.
Mencerlung Ayra memandang Diana dari rear view mirror terkulat-kulat sahabatnya di kerusi penumpang belakang. Pandai kau menghasut maksu aku eh. Siap kau Diana kejap lagi!
"Ayra dengar tak maksu cakap ni?" Maksu Huda bertanya apabila Ayra hanya diam memandang hadapan.
"Dengar maksu boleh je kita pergi Jaya Grocer lah situ ada. Kan Diana?" Ayra menekan suaranya di akhir ucapanya. Ayra menjeling Diana di belakang.
Diana melarikan matanya apabila perasan pandangan maut Ayra kepadanya. Tangannya dipandang lalu digosok satu persatu jarinya. Cantik pula jari aku ni huhu. Takut cheq. Hasut maksu dia sikit pun tak boleh tch!
"Eh Ayra ni apa? Kek ke?" soal Diana apabila matanya tertancap pada sebuah kotak kecil di sebelahnya. Alang-alang ubah topik sekali, dia tak sanggup kena cubitan Ayra. Berbisa!
"Hah? Kek?" soal Ayra. Hairan.. kek dalam kereta dia. Tiba-tiba dia teringat jejaka pagi tadi. Pft lawak pula jika diingat kembali bagaimana jejaka itu mengejarnya sampai ke kereta. Terlepas tawa kecilnya.
Berkerut dahi Diana melihat respond Ayra. Hmm ini aneh.
Laju tangannya menguis bahu Maksu Huda, isyarat mata diberikan kepada Maksu Huda. 'Tuh anak maksu tu kenapa'
Maksu Huda hanya mengangkat bahu sebagai balasan 'taktahu'
Mereka berdua mencebik bibir. Berharap salah seorang dari mereka bertanyakan persoalan mereka kepada Ayra. Hampa, dua-dua sama saja. Takut nak tanya.
"Ana, aku rasa aku dah tangkap cintan la" luah Aidan bersahaja. Tangannya sibuk memasang kasut but dikakinya, bersiap untuk menunggang"
Hari cutinya disiakan begitu sahaja kerana dia tidak betah untuk duduk dirumah. Fikirannya asyik terbayang akan gadis yang ditemuinya pagi tadi.
Comel! Garang pulak tu.
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...