SEPASANG mata bundar milik Hasya Ayrana bertakung dengan cecair jernih. Bening matanya terasa hangat. Pandangan dihalakan ke luar tingkap.
Kesibukkan kota raya di bawah hanya direnung kosong.
Perutnya yang masih membukit dia usap perlahan. Bergetar bibirnya apabila dia rasakan kulit di bahagian abdomen hanya melembik.
Tidak seperti dulu, ada tendangan yang dapat dia rasakan. Kini hanya kosong.
Nyawanya, dahulu menumpang berteduh di dalam rahim miliknya.
"Ayra" Ariana menyentuh bahunya perlahan. Mematikan lamunan Ayra.
Hanya pandangan kosong yang dia berikan kepada kakak iparnya itu.
"Umi datang bawa bekal untuk kau. Kau nak makan?" penuh berhati-hati nadanya.
Ayra layang senyum nipis lalu dia kembali pusing menghadap cermin kaca.
"Ayra, janganlah macam ni. Dah nak dekat tiga hari kau tak jamah makanan. Makan sikit ya? Aku sebagai kakak ipar mithali, aku suapkan" Ariana mengambil tempat di kerusi sebelah Ayra.
Bekas makanan yang dibawa dia buka membuatkan satu bilik dipenuhi dengan aroma sup ayam.
"Ayra... makanlah sikit. Aku risau tau tengok kau macam ni. Makanlah sikit, nanti Aidan mesti sedih kalau dia tahu wife comel dia belum makan" Ariana masih cuba memujuk. Walaupun dia tahu Ayra takkan membalas sepatah pun. Ariana sempat menangkap bibir itu senyum tawar apabila nama suaminya meniti di bibir.
Ya... sejak Ayra sedar dari kesan ubat penenang tempoh hari, tiada satu pun butir bicara yang keluar dari bibir mugil itu. Hanya pandangan kosong sahaja yang dia pamerkan.
Hatta setitik air mata pun sudah tiada menitik di hadapan sesiapa.
Tangan Ayra di atas riba dia capai lalu digenggam "Ayra, aku tahu kau kuat. Tapi kalau kau nak sedih sedih, nak menangis, meraung, aku ada tau. Aku sentiasa ada"
"Jomlah makan sikit dengan aku. Tadi aku melawat abi, lepastu aku suruhlah abi bangun. Tak aci lah tidur lama-lama. Dulu dia selalu marah aku dengan Aidan sebab asyik tidur" omel Ariana. Tangannya sibuk menyusun hidangan yang dibekalkan oleh Puan Aisyah dan Maksu Huda.
"Assalammualaikum"
"Ha Waalaikumsalam. Lambatnya kau sampai, jalan jem eh?" laju kepala Ariana menoleh ke arah punca suara.
Ayra? Masih setia termenung kosong. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.
"Weh meh la makan dengan kitaorang. Kau ambil kerusi tepi katil tu" Ariana muncung bibir ke arah katil Ayra.
"Mantap! Sedapnya bau!" gadis itu segera bertindak bergabung dengan dua orang wanita di situ.
"Wah ini peha ayam ni mesti dah kena cop kan?" kata Diana sebaik sahaja dia melihat hidangan sup ayam rebus. Tahu sahaja sahabatnya itu gemar benar dengan bahagian itu.
"Ayra? Meh la makan dengan kitaorang. Aku ambil peha kau nanti kang" sambung Diana apabila Ayra masih belum juga berpusing menghadap pinggannya yang sudah diisi.
Diana melepas nafas. Dia bangun lalu berdiri lalu lututnya menyembah lantai di hadapan kerusi yang diduduki oleh Ayra.
Tangan mugil itu digenggam erat. Seolah ingin menyalur kekuatan buatnya.
"Ayra... dah tiga hari kau diam macam ni. Say something, please? Kitaorang semua risau tau tengok kau macam ni"
"Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab aku gagal jadi kawan kau. Aku minta maaf sangat" ujar Diana dengan jejeran air mata membasahi pipi. Pilu hatinya melihat keadaan sahabatnya.
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...