18

274 5 6
                                    

"Mana Ferarrinya Aidan?" soal Ayra kepada Aidan apabila Aidan memakir kenderaan di hadapan sebuah kafe.

Cantik juga kedai ni betul betul di kawasan sawah padi, betul-betul kafe healing dia bawak aku ni. 

"Kita kan nak healing, sini la tempat healing. Boleh makan lagi tau kat dalam ni, spaghetti dia sedap tau" ujar Aidan tanpa bersalah laju tangannya membuka pintu kereta buat dirinya. 

"Ayra sini! Berdiri sini aku ambikkan gambar kau" ceria Aidan mengajak Ayra membututinya ke tepi petak sawah padi itu. 

Tersenyum kecil Ayra melihat teletah Aidan yang benar-benar menceriakan hatinya. "Sini, ok kau statik eh 1 2 3!" Aidan menghalakan kamera ke arah Ayra yang sudah berdiri menghadap kehijauan sawah padi 

"Pusing sini senyum pula" arah Aidan, tak kisah bahangan matahari yang menyebabkan bajunya basah peluh.

"Okay peace!" arah Aidan apabila Ayra berpaling memandangnya.

"Cantiknye dia tu~ Senyum cepat 1 2 3!" pujian Aidan secara tiba tiba-tiba itu membuatkan bibir Ayra automatik tersenyum lebar. Entah mengapa, dia sukakan momen sebegini.

Hanya dia dan Aidan, terasa seperti dilindungi dan disayangi. 

Terasa lupa akan semua beban dan masalah yang melilit otaknya ketika ini. Dia rasa gembira apabila lelaki ini muncul menceriakannya. Bibir Ayra menguntum senyuman ikhlas. Suka? Mungkin. Mungkin juga selesa berkawan dengan jejaka ini. Entah dia juga tidak tahu.

"Blah la perempuan!" jerkah seorang lelaki berunifom itu kepada seorang wanita di muka pintu kafe. Suaranya yang kuat itu telah menarik perhatian beberapa pelanggan lain disitu.

"Abang! Abang jangan buat saya macam ni, anak-anak kita macam mana bang!" rayu wanita itu memegang lengan suaminya. 

Turut melihat 'drama' tersebut Ayra dan Aidan yang baru sahaja nak melangkah masuk ke dalam kafe, terhenti langkah mereka melihat pergaduhan rumah tangga itu.

"Kenapa tu?" bisik Aidan memegang tali beg tangan Ayra. Nak pegang tangan tak boleh, pegang tali beg la.

"Entah, ini kalau tak curang laki tu buat masalah" balas Ayra bersahaja sambil meneruskan langkah. Nak masuk duduk, letih dah main ootd dengan Aidan.

Tanpa kata Aidan hanya membututi Ayra sambil tangannya tak lepas dari tali beg gadis itu. Takut hilang ke apa? Matanya masih memerhati pergaduhan yang berlaku itu. Perhatian penuh pula tu.

"Hey perempuan! Apa yang kau hamak sangat dekat laki aku ha?!" jerkah wanita itu mengejutkan Aidan dan Ayra. Uish ini marah betul. Sah kes curang ni!

"Apa masalah kau?" lelaki beruniform itu segera menarik lengan wanita mengandung itu lalu pergi meninggalkan kawasan tersebut. Selesaikan pergaduhan mungkin. Meronta-ronta wanita mengandung itu apabila ditarik suaminya. 

Aidan hanya ternganga dan mengelengkan kepalanya melihat drama tidak berbayar hari ini. Bini mengandung pun buat hal. Ayra dihadapannya dipandang sekilas, macam tak ambil bahagian saja mukanya. 

Diam Aidan menikmati pemandangan cantik yang terhidang dihadapannya. Sebaik sahaja Ayra mengangkat muka, Aidan buat-buat main buzzer kafe. Malu.

"Here's your chicken grill beautiful lady" kata Aidan meletakkan sedulang makanan yang berisi makanan Ayra dan Aidan.

"Thank you mr gorgon" balas Ayra mengukir senyuman buat 'pelayan' tadi.

Tak puas hati riak Aidan, cemberut mukanya mendengar nama panggilan Ayra. Kita puji cantik dia balas gorgon kat kita hmph! 

Ketawa Ayra menlihat wajah cemberut itu. Pikir comel? Memang macam gorgon ada la.

"Dah la nama tu memang sesuai dengan awak la. Tak payah buat muka macam tu, macam bangla hutang tau" kata Ayra sambil tangannya memotong ayam lalu dimasukkan kedalam mulut.

EquestrianWhere stories live. Discover now