8

286 10 7
                                    

Debaran makin terasa bagi diri Helmi. 20 Februari merupakan hari pertama bagi peperiksaan SPM. Malam itu, Helmi dengan tekunnya belajar. Sebelum ni, dia tidak sedikit pun terfikir tentang pembelajarannya. Namun setelah dinasihat oleh guru-guru dan juga Sofia, dia nekad untuk berubah. Sofia juga tidak lupa untuk mengucapkan good luck kepada Helmi.

Keesokannya Helmi bangun awal untuk membuat persediaan terakhir. Pada pukul 6.30 pagi, Helmi telah bersiap untuk ke sekolah.

"Mak, abah. apis pergi sekolah dulu ye. Doakan apis dapat jawab paper dengan tenang. apis gerak dulu. Assalamualaikum." Lalu Helmi mencium tangan ibu bapanya.

Motosikal berjenama Y15 milik Helmi berjalan menuju ke sekolah.

--

Peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1 berjalan dengan lancar. Rasa gelisah Helmi menghantui dirinya. Dia teringat akan kertas tersebut kerana dia tidak dapat menyelesaikan muka surat terakhir kerana kesuntukan masa. Helmi merasakan ada sesuatu yang menitis di seluar sekolahnya. Setitis demi setitis. Lalu bergegas Helmi ke pondok berhadapan kelasnya. Dia duduk termenung di situ. Bunyi hujan yang sedikit lebat itu menenangkan hati Helmi yang sedang gelisah.

Seseorang datang ke Helmi lalu menghulur sebungkus roti dan satu botol air mineral.

"Ambiklah. Makan. Jangan biar perut tu masuk angin. Nanti bertambah pulak masalah awak."

"Thanks, but I'm full." Helmi sambung memandang ke arah luar pondok.

"Oh, macam tu ke? Kalau macam tu, awak makanlah waktu awak lapar."

Wanita tadi meletakkan roti dan minuman tersebut bersebelahan Helmi lalu meninggalkan Helmi seperti sedia kala. Helmi mengambil roti tersebut. Pada bungkusan plastik tersebut terdapat sticky note. Helmi membacanya.

"Hi, Hafiz. HEHE Dania memang suka panggil awak pakai nama Hafiz. It sounds more mature than Helmi. Oh, actually I have a crush on you. Dania tak harapkan balasan pun. Tapi kalau Hafiz nak balas, apa salahnya kan? Haha. Roti ni Dania beli semalam. Dania beli sebab everytime Dania tengok roti ni, Dania mesti teringatkan Hafiz. Jangan lupa makan tau. Don't worry. Dania ikhlas sangat-sangat bagi dekat Hafiz. Goodluck kat paper 2 nantii. Bye Hafiz <33 "

-Dania..

Helmi tersenyum. Dia meninggalkan pondok itu lalu mencari kelibat Dania, figura yang memberi roti dan minuman kepada Helmi. Ketika Helmi menjumpai Dania, dia sedang membaca buku di bangku yang berhadapan dengan dewan perdana. Helmi datang mendekatinya.

"Baca apa tu, nia?" Soal Helmi.

"Baca apa-apa jela. Mana tahu masuk exam nanti." Jawab Dania selamba.

Helmi lalu merampas buku tersebut daripada Dania. Dia meletakkan buku tersebut di atas meja. Helmi menyoal Dania.

"So, awak nak ke tak nak?"

"Nak tak nak apa?" Hairan Dania.

"About this." Helmi menunjuk sticky note yang diberi oleh Dania tadi.

"Kalau awak nak, saya okey je." Tersipu-sipu Dania. Mulai dari saat itu, mereka pun menjadi sepasang kekasih.

--

"Betul jugak, kenapa awak accept saya ni?" Tiba-tiba sahaja Dania bertanya.

"Sebab yang paling utama sekali ialah sebab awak panggil saya Hafiz. Selalunya, keluarga saya je yang panggil saya Hafiz. Tapi dengan tiba-tibanya, ada seorang bidadari dunia ni panggil saya Hafiz." Ucap Helmi sambil memandang wajah Dania dengan penuh perasaan.

"Apa nama budak tu ya? Ermmm.. Ha! Sofia. Sofia tak marah ke?" Helmi tersentak selepas mendengar nama Sofia disebut.

"Kitorang tak de apa-apa hubungan pun. Kenapa pulak dia nak marah."

MY SENIORWhere stories live. Discover now