3

445 13 8
                                    

Sebelum hari sukan sekolah berakhir, semua pelajar dikumpulkan mengikut rumah sukan. Cuaca yang sangat-sangat terik membuatkan ramai merungut.

"Wehh, kau tengok tu!!" Teriak Afikah lalu menunjuk ke arah sesuatu.

Kelihatan Helmi didampingi oleh sekumpulan pelajar lelaki.

"Helmi pengsan ke?" Soal Airen hairan.

Memang sangat jelas yang Helmi pengsan.

"Angkat je angkat..lagi senang nak bawak." Kedengaran makcik-makcik menyuruh pelajar-pelajar yang mendampingi Helmi itu untuk mendukungnya yang sedang tidak menyedarkan diri.

Lalu Aiman Zafri, merangkap 'crush' Airen, menjadi salah seorang yang membantu Helmi, mendukungnya lalu berjalan secara pantas. Makcik-makcik yang melihat itu, bertepuk tangan. Entah mengapa fikiran Sofia dan Airen berfikir tentang perkara yang lain.

Ha kau fikir ape?

--

Meskipun tragedi Helmi itu sudah lama berlalu, Airen tetap mengingatkan Sofia tentang tragedi itu. Ada suatu hari di kelas Bahasa Inggeris, cikgu mereka bertanya tentang keadaan ketika hari sukan sekolah yang lepas. Lalu Airen mengatakan ada orang pengsan. Semua orang tidak memandang ke arah Airen, tetapi memandang ke arah Sofia yang tidak bersalah itu juga.

--

Perjumpaan antara kelab dan persatuan berlaku lagi. Kelab bahasa Inggeris, telah ditempatkan di surau sekolah pula.

Kali ini tugas ahli-ahli kelab tersebut ialah mencipta kad hari lahir. Sofia telah digandingkan bersama rakan seumurannya yang ada di kelab itu.

"Haihh..kenapalah kita kene buat birthday card pulak ni. Aku harap orang yang request for birthday card ni lupa nak cas handphone dia." Keluh Sofia.

Tanpa banyak bunyi lagi, Sofia bangun dari duduknya lalu pergi ke hadapan surau. Di sana, guru pembimbing kelab tersebut telah meletakkan barang-barang untuk menghias kad itu. Barang-barang itu terdiri daripada marker pen, pensel warna, highlighter dan kertas warna. Banyak lagi yang ada cuma malas nak menyenaraikannya. Sofia mengambil marker pen, highlighter dan pensel warna. Selepas itu, Sofia kembali semula ke tempat duduknya.

Sedang seronok menghias kad hari jadi, tiba-tiba seseorang datang menghalang sumber cahaya mereka. Baru saja Sofia ingin menegur, tetapi niatnya terbatal. Terkaku juga apabila kelibat yang dimaksudkan itu ialah Helmi.

"Weyy korang tengok sini, adik Syafiq buat, cantiklah." Helmi memanggil rakan-rakannya.

Zupppp..berdebar jantung Sofia bila Helmi memuji hasil kerjanya yang tidak seberapa itu. Ibarat lagu 'Casablanca'..

*Denyut jantungku berdebar..

Perkara itu hanya dipendam sendiri oleh Sofia. Kejadian bersama crush juga berlaku di kelab dan persatuan rakan-rakan Sofia, iaitu Airen dan Afikah.

Di kelab koperasi, Airen mendapat peluang menjadi sebahagian daripada kumpulan crush nya, Aiman Zafri. Yang menjadi keterujaan ialah apabila crush Airen sendiri telah memilih Airen untuk menjadi salah satu ahli kumpulannya.

Di kelab Bahasa Melayu juga begitu. Sepanjang Afikah menyimpan perasaan kepada Afiq Hakim, atau nama panggilan yang diberi daripada Afikah, "abang pendiam". Kalau lihat daripada nama panggilannya saja sudah tahu macam mana karakternya. Jadi menjadi satu keterujaan apabila hari itu ialah hari di mana pertama kali Afikah mendengar suara Afiq. Tambahan pula dapat melihat Afiq berlakon.

MY SENIORWhere stories live. Discover now