Tahun baru, suasana baru, kelas baru. Tanpa sedar, Sofia sudah masuk ke tingkatan 2. Walaupun baru tingkatan 2, namun beban sangat terasa. Beg yang semakin berat dan buku yang makin menebal. Mujur saja seminggu persekolahan, kerajaan mengumumkan tiada sesi pembelajaran.
"Asal aku rasa sendu eh?" Soal Airen.
"Maybe sebab abang Aiman dah habis sekolah kot." Airen memuncung selepas Afikah memberi jawapan tersebut.
"Sesendu kau ni, sendu lagi member kau yang lagi sorang ni. Kau kenapa ni, muram semacam je. Tak excited ke first day school. Oooopsss." Afikah menutup mulutnya sendiri.
Dia terlupa yang Sofia juga mengalami nasib yang sama seperti Airen. New year without favourite senior.
"Tapi muram kau ni lain macam. Ada something terjadi ke sepanjang cuti sekolah haritu peah?"Sofia mengangguk.
Lalu Sofia menceritakan segala-galanya.
--
"Lelaki memang tak cukup satu eh?" Geram Airen. Sofia tersenyum pahit.
"Ada satu benda lagi aku nak bagitahu. Lalu Sofia menarik nafas panjang.
"A-aku nak pindah." Afikah tidak mampu berkata apa-apa. Dia terus memeluk Sofia.
"Lagipun aku suka jugak. Aku dapat duduk jauh daripada semua masalah kat sini. Aku dapat duduk jauh daripada Helmi." Sofia tersenyum pahit.
"Tapi, tulah kita kena berjauh." Selepas Afikah menyebut ayat tersebut, dia terus bangun dari duduknya. Lalu membasuh muka di bilik wuduk.
Sofia dan Airen mengikuti langkah Afikah yang sedang berjalan menuju ke kantin.
--
Keesokannya, Afikah menjalankan rutin hariannya di sekolah. Dalam mereka bertiga, Afikah lah yang selalu datang awal ke sekolah. Hari ini, Afikah datang dengan wajah yang suram. Masih dia teringatkan lagi tentang berita sedih Sofia itu. Afikah berjalan menuju ke kantin seorang diri. Selepas membeli sedikit kuih, dia duduk di pondok kantin. Sekali pandang, makan. Dua kali pandang, makan lagi. Tiga kali pandang, termenung. Kali terakhir pandang, tertidur pulak. (Gurau-gurau) Dia masih lagi termenung memikirkan masalah yang perlu dia hadapi. Sehingga dia tidak sedar seseorang datang menegurnya.
"Dik, adik hidup lagi ke ni?" Suara garau tersebut membuatkan Afikah tersedar daripada lamunannya.
"Hidup lagi." Ringkas Afikah menjawab. Afikah masih lagi tidak memandang lelaki tersebut.
"Ok tak ni, adik nampak macam muram je. Kalau ada apa-apa jangan duduk termenung sorang-sorang, nanti orang fikir adik kena rasuk or something else." Nasihat lelaki tersebut.
"ABANG, ABANG NI DAH TAK DE MATA KE? NAMPAK TAK SAYA NI OK? SAYA NI TERMENUNG JE. SAYA TENGAH TUNGGU KAWAN SAYA. BUKAN MACAM ABANG, MENUNGGU ORANG YANG TAK PASTI!! DASAR SINGG.." baru sahaja Afikah ingin menghabiskan amarahnya, dia terkaku selepas memandang siapa yang menegurnya.
Afiq, yang kebetulan lalu di situ risau akan keadaan Afikah yang seperti pesakit jiwa. Jadi dia datang untuk mengetahui sama ada Afikah itu Ok ataupun Ko.
Dalam beberapa saat mereka berdiam diri, Afiq lalu menyoal Afikah.
"Kau ni, adik Haiqal 5 Lekir tu kan? Garang betul. " Lalu Afiq tergelak.
Afiq terus meninggalkan Afikah yang masih lagi tidak percaya yang Afiq menegurnya hari ini.
Biarlah dia pendek. Janji dia bahagia kan?
YOU ARE READING
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...