10

271 11 1
                                    

Berat sekali mata Sofia untuk memandang rakan-rakannya untuk kali terakhir. Selepas ini, Sofia akan bergerak ke Selangor dan memulakan hidup baru di sana. Airen dan Afikah sudah banjir dengan air mata. Tidak sanggup melihat kawannya yang satu ini berjauhan dengan mereka. "Nanti kirim salam dekat mak bapak korang tau." Ujar Sofia. Selepas itu, Sofia melangkah masuk ke dalam kereta. Diturunkan sedikit tingkap keretanya. Sofia melambai ke arah rakannya bersama satu senyuman manis.

--

"New place, new life, new crush. Eh, gurau-gurau. No more sad and no more Helmi Hafiz." Sofia membuat janji baru memandangkan dia sudah berpindah jauh daripada Helmi. Sofia mula menyusun barang-barangnya di dalam bilik baharunya. Dia menyusun barang-barangnya sambil membuat mini konsert.

"Oooh, terlalu besarku taruh harapan pada dirimu.. itu alasanku lama tanpa dirimu~~~

"Diam sikit boleh tak. Kalau nyanyi sedap tak pe la." Syafiq, abang kepada Sofia tiba-tiba sahaja muncul di pintu bilik Sofia sambil berpeluk tubuh. Sofia hanya memamerkan senyuman kambingnya.

"Dah-dah, ayah cakap besok dah mula sekolah. Nah, gosokkan baju aku." Syafiq mencampak baju sekolahnya tepat ke arah katil Sofia. Syafiq lalu meninggalkan Sofia yang masih di dalam keadaan terpinga-pinga. Sofia sedar ke realiti.

"Kurang ajar punya abang. Macam manalah ramai awek suka dia." Rungut Sofia.

Lalu Sofia meneruskan mini konsertnya.

--

Sofia memasuki perkarangan sekolah barunya, SMK Jalan Indah. Masih terpamit lagi kenangannya bersama rakan-rakan lamanya di fikiran. Sofia bersama abang dan juga bapanya berjalan menuju ke pejabat untuk membuat pendaftaran.

"Encik, saya selesaikan anak lelaki encik dahulu ye". Kerani yang memakai tanda nama Salina ramah menyapa mereka.

Setelah selesai bagi urusan pendaftaran Syafiq, tiba giliran Sofia. Selepas selesai, mereka dibawa ke dewan memandangkan pada hari itu ialah hari Isnin.

--

"Saya nampak macam ada wajah barulah dalam kelas kita ni. Kakak dekat belakang tu, tak nak perkenalkan diri ke?"

Cikgu Fauzi merangkap guru kelas bagi 2 Mawar menyuruh Sofia untuk memperkenalkan diri.

"Nama saya Sofia." Ringkas saja Sofia menjawab.

"Kakak, kalau awak nak kahwin nanti, bakal suami awak tak pakai nama Sofia je tau. Dia nak nama penuh. Manalah tahu, awak berjodoh dengan salah satu lelaki dalam kelas ni." Mulalah teman sekelas lelaki Sofia menunjukkan bakat-bakat yang mereka ada.

Sofia hanya tersenyum memandang mereka walaupun jauh dalam sudut hatinya, dia dah rasa meluat. "Nama saya Sofia Nadira binti Mohd Syahmie. Boleh panggil saya Sofia atau Nad." Cikgu Fauzi mengarahkan Sofia untuk duduk. Sepanjang sesi pembelajaran hari ini, Sofia tidak meletakkan sangat perhatian kepada pembelajaran. Sebaliknya dia seperti tertarik untuk mengenali seorang rakan lelaki sekelasnya.

--

Loceng menandakan waktu pulang sudah berbunyi. Pelajar-pelajar tidak sabar untuk pulang. Lagi-lagi Sofia. Dia sudah tidak tahan dengan sikap rakan-rakan lelaki sekelasnya yang suka mengganggu dirinya. Keadaannya yang sedikit gelabah kerana dia masih tidak tahu arah tuju sekolah ini. Tiba-tiba badannya terlanggar dengan seorang figura yang datang daripada arah bertentangan. "Eh, sorry sangat-sangat. Maafkan saya. Saya tengah gelabah cari mana arah nak balik ni. Saya bukan apa, memang tak de siapa sudi nak tunjuk kat saya. Yang nak pun, semuanya budak-budak rempit. Menyampah saya. Kalau saya dapatlah siku muka dorang semua memang saya bahagia untuk selama-lamanya."

"Ok-ok chill. Panjangnya bebel." Lelaki tersebut menghentikan bebelan Sofia. Kalau tiada dia, sampai berapa dekad lah si Sofia ni membebel.

"Wait, your face. Familiar lah. Ok, I dapat kenapa you tak tahu jalan kat sekolah ni. Awak new student kan?" Sofia mengangguk. Lalu lelaki itu menunjukkan arah ke pintu keluar.

"Thank you. Kalau tak, memang sampai sekarang aku sesat." Sofia mengucapkan terima kasih.

"By the way, your name?"

"Panggil aku Riz." Ringkas saja lelaki itu menjawab. Tanpa banyak cakap, Sofia terus meninggalkan lelaki tersebut.

"Comel je." Riz, ataupun namanya Rizqie tersenyum manis sambil melihat kelibat Sofia yang kian menghilang di penglihatannya.

MY SENIORWhere stories live. Discover now