"Mohd Naim Bin Abdul Ghani telah dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum 10 tahun dan denda sebanyak RM 10,000 di atas kesalahan percubaan mencabul kehormatan orang dan percubaan merogol."
Dan semua itu bagaikan mimpi. Kepala Naim tertunduk selepas hakim menjatuhkan hukuman ke atas dirinya. Dia tidak mampu lagi untuk melihat wajah kedua ibu bapanya. Sungguh rasa bersalah mula menyelubungi diri.
Keluar daripada mahkamah, semua cahaya daripada kamera menyasarkan wajah Naim. Semua wartawan bertanyakan pelbagai soalan, jurukamera yang tak berhenti melakukan kerjanya. Naim disuruh anggota polis untuk menutup mukanya.
--
Sungguh tempat yang Naim duduk ini sangat sepi. Walaupun ada banduan yang lain tetapi mereka hanya melakukan hal mereka sendiri. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa hidup di dalam 'pagar besi' ini merupakan kehidupan yang tidak diimpikan sesiapa pun.
Naim sedang bersandar di dinding. Masih berbaki seminggu sebelum dia pergi ke tempat yang sama dia berada minggu lepas untuk perbicaraan kesnya lagi.
Sudah tentunya dalam tempoh seminggu dia di sini ibu bapanya tidak datang melawat pun. Dia hanya bertemu peguamnya sahaja. Sedikit sebanyak membuatkan Naim berasa sangat sedih. Dia tahu, pasti ibu bapanya malu kerana ada anak seperti dia. Tambahan pula, pasti jiran-jiran telah bercakap tentang dirinya.
Ya Allah mengapa malam itu aku terlalu ikutkan nafsu? Jika aku berfikir waktu itu pasti semua benda ni takkan terjadi. Naim melepaskan keluhan berat.
Sedang Naim meratapi nasib, penjaga penjara memanggil namanya.
"Mohd Naim siapa?" Naim mengangkat tangan. "Ada orang nak jumpa, cepat keluar." Dia membuka pintu pagar besi itu lalu menguncinya kembali selepas Naim keluar.
Siapa pula yang mahu berjumpa dengannya? Mustahil ibu bapanya tapi boleh sahaja terjadi kan? Sampai saja Naim di tempat melawat, dia terus terpaku. Dia melihat tunangnya sedang tersenyum lebar melihat dirinya.
"Jannah Umairah." Sebaris nama itu keluar daripada mulut Naim.
"Ya, saya." Balas tunangnya, Jannah.
"Awak buat apa datang sini? Seorang ke?" Soal Naim.
"Saya datang seorang diri. Saya datang sebab nak jumpa awaklah. Saya nak tanya khabar awak, saya nak tengok muka awak." Naim terdiam sebentar. Masih ada yang menyayangi dirinya?
"Parents awak tak marah ke?" Soal Naim lagi.
"Tak, malahan mereka yang suruh saya datang, sepatutnya minggu lepas saya datang tapi saya busy sangat waktu tu. Minggu ni saya free, sebab tu saya datang jumpa awak." Kata Jannah.
"Awak kenapa kusut sangat ni? Tak handsome la kalau macam ni. Awak stres ke?" Kata Jannah lagi.
Naim menahan sebak. Masih ada yang peduli dan sayang dengan dirinya.
"Saya minta maaf, Jannah. Kalau awak nak cari lelaki lain pun saya redha. Pergilah cari lelaki yang lebih baik daripada saya." Naim menitiskan air matanya. Berat sebenarnya untuk melepaskan perempuan sebaik Jannah.
"Apa awak cakap ni? Selama mana awak dalam penjara ni saya akan tetap tunggu. Saya tak mahu lelaki lain, cukup hanya awak sahaja. Biarlah orang lain nak kata apapun. Saya tetap dengan pendirian saya, saya akan tetap dengan awak." Kata-kata Jannah itu membuatkan mata Naim terpejam. Tak mampu lagi untuk dia menahan tangisan.
"Lagipun saya nak ikat jamin awak. Saya akan bantu awak supaya awak cepat-cepat keluar daripada penjara." Kata Jannah lagi. Naim yang mendengar itu terkejut.
"Awak, tak perlu macam tu, mahal awak nak bayar. Mana awak nak cari duit? Jangan buat macam tu, Jannah." Kata Naim. Dia bertentang mata dengan tunangnya itu. Mata itu memandang dirinya dengan pandangan yang ikhlas ingin membantu.
"Banyak manapun duit saya keluar tujuannya untuk awak, saya tak kisah. Awak jangan risau eh?" Kata Jannah lalu dia tersenyum lebar.
"Masa melawat dah habis." Kata anggota polis yang menjaga Naim sedari tadi.
"Jaga diri Jannah. Assalamualaikum." Naim bangun dari duduknya lalu meninggalkan tempat melawat.
"Awak betul ke nak kahwin dengan saya?" Soal Naim. Dia agak terkejut kerana tunangnya itu datang berjumpa dengan dia.
"Awak, berjuta kali saya ulang, saya akan tetap kahwin dengan awak. Kenapa awak tak yakin nak berkahwin dengan saya? Awak tak suka saya ke?" Soal Jannah. Mukanya hanya polos menunggu jawapan daripada Naim.
"S-saya takut k-kita tak boleh bertahan. S-saya takut yang masyarakat benci awak sebab berkahwin dengan penjenayah." Naim menunduk.
"Dalam agama tak ada cakap pun haram berkahwin dengan penjenayah. Biasalah manusia, hati dan perasaan mereka memang tak pernah puas. Mulut mereka pulak tak boleh ditutup. Saya rela jalani hidup saya dengan awak, asalkan awak dengan saya, saya....dengan awak. Kita kahwin, ok?" Jannah tersenyum.
Naim yang menunduk tadi terus memandang muka tunangnya. Mereka berduka bertentangan mata, lama.
Naim tidak mahu mata yang dia tatap sekarang berubah hati dan pergi meninggalkan dirinya manakala Jannah hanya menunjukkan muka ikhlasnya untuk menjaga dan mengubah tunangnya itu.
"Pasal perkahwinan, awak jangan risau. Saya boleh settlekan, ibu ayah pun boleh tolong." Kata Jannah lagi.
"Terima kasih, sayang." Naim tersenyum malu selepas dia mengucapkan itu.
"Awak cakap apa tadi?" Jannah pura-pura tidak mendengar apa yang diucapkan oleh Naim.
"Tak ada apalah, saya tak nak ulang balik. Hihihihi!" Naim masih lagii tersenyum malu.
Sebulan berlalu, mereka melangsungkan perkahwinan mereka secara kecil-kecilan. Hanya saudara-mara dan rakan terdekat saja dijemput.
Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang cantik dan bijak. Nama diberikan sangat indah dan penuh makna, Naura Dahlia..
ANDA SEDANG MEMBACA
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...
