22

177 4 4
                                    

Akhirnya, tamat sudah tempoh penggantungan Sofia. Bohong kalau tidak malu selepas membuat kesalahan. Di dalam hati Sofia hanya mampu berdoa agar kekal tabah menghadapi hari ini.

"Hi, dear!" Sapa seseorang.

"Dear kepala atok kau! Kau tak payah nak kacau aku."

"Tak suka ke? Come on senyumlah kan dekat sekolah ni. Tak perlu nak campur dengan masalah dekat rumah."

"Dah Rizqie. Tolonglah sekali je kau terima kenyataan. Kau tak perlu try hard untuk dapatkan hati aku. Hati aku ni untuk orang lain."

"Untuk siapa? Bekas pak cik kantin tu? Sofia, kau pun kena terima kenyataan. Hati dia untuk orang lain. Bukan untuk kau."

"Kau blah boleh tak? Sebab kau hidup aku merana tahu tak?!!"

"Ok, fine. I'm leave. Tapi ingat Sofia, jangan menyesal dengan kata-kata kau."

Rizqie lalu pergi meninggalkan Sofia sendiri.

--

Sudah seminggu Sofia tidak melihat Rizqie. Walaupun itu satu perkara yang bagus, tetapi dia juga ingin tahu ke mana perginya lelaki itu. Jika ingin bertanya kepada orang-orang di sekolah, dia tiada satupun kenalan di sana. Dia beranikan diri juga untuk bertanya.

"Emm, awak. Boleh saya tanya something tak?" Soal Sofia kepada seorang perempuan yang sebaya dengannya.

"Boleh. Nak tanya apa?"

"Awak tahu kenapa Rizqie tak datang sekolah?"

"Oh, pasal Rizqie. Saya dengar Rizqie dah pindah ke Australia dengan family dia."

"Pindah?!"

"Ye, pindah. Seminggu yang lepas."

Sofia sedikit terkejut. Sebab dia ke Rizqie pindah? Atau sebab family dia? Tapi baguslah dia pindah. Dah tak nak aku hadap muka dia.

--

Sejak perpindahan Rizqie, Sofia semakin hari semakin ceria. Dia sudah mempunyai rakan di sana. Mereka sedikit sebanyak mengajar Sofia jika Sofia kurang faham di dalam pembelajaran.

"Guys, petang kita lepak jom." Ajak Aulia.

"Ok jugak. Kita lepak dekat rumah anak yatim jom. Aku rindu Mika." Ujar Syerra pula.

"Eh, Mika aku punyalah." Kata Fara.

"Hmm, ok jugak. Lagipun aku dah lama tak ke sana." Kata Sofia.

Sofia yang mula-mula perkenalkan rumah anak yatim tersebut kepada mereka. Terakhir kali mereka ke sana adalah 2 bulan lepas. Rasa rindu kepada suasana di sana tidak dapat dinafikan lagi.

"Petang pukul 5 kita berkumpul dekat rumah Sofia. Siapa lambat kena tinggal." Aulia memberi arahan.

--

Seperti perjanjian, mereka berempat ke rumah anak yatim Al-Iman. Mereka melepaskan rindu terutama sekali kepada Mika. Habis budak tu dikerjakan.

"Kak Sofia. Haritu abang Helmi ada datang sini. Dia datang dengan girlfriend dia." Mika mengadu kepada Sofia.

"Kenapa pun? Biarlah dia datang dengan siapa-siapa. Itu hak dia, Mika."

"Tapi girlfriend abang Helmi jahat. Tak macam kakak Sofia. Baik, cantik. Dah la girlfriend abang Helmi tu muka dia macam hantu kak limah. Mika tak suka!"

Aduh! Pandai jugak Mika ni mengutuk. Mesti si Syerra ajar ni.

MY SENIORWhere stories live. Discover now