Sofia dan Helmi duduk di sebuah kafe. Sofia memandang keadaan sekeliling kafe itu, cantik! Tidak hairan juga ramai pelanggan di sini.
"Mana kau jumpa kafe ni?" Soal Sofia. Jujur, dia sangat kagum kerana kafe ini mempunyai konsep yang cantik.
"Erghh, Aiman suggest kan tempat ni. Katanya kafe ni service dia laju, harga pun bagus. Kenapa? Awak tak suka ke kafe ni? Kalau tak kita cari kedai lain." Kata Helmi. Jantung Helmi sedang berdegup dengan kencang kerana dia takut Sofia tidak suka dengan tempat yang dibawanya.
"Eh tak, aku suka." Kata Sofia. Seorang pelayan datang ke arah meja mereka dan memberi menu makanan. Selepas mereka habis memilih, pelayan itu mengambil semula menu makanan tadi.
"Kenapa awak tiba-tiba ajak saya keluar ni?" Soal Helmi. Baru saja Sofia ingin menjawab, pelayan datang menghantar minuman yang mereka pesan tadi.
"Thank you." Ucap Helmi lalu memalingkan mukanya ke arah Sofia kembali.
"Aku...aku...ish. Macam ni la, can we start from beginning? Aku rasa janggal kalau kita macam ni. So, kita start dari awal." Ragu-ragu Sofia ingin menyatakan sebab dia mengajak Helmi keluar. Pelayan yang sama datang untuk menghantar makanan yang mereka pesan.
Ya, pelayan pun paid actor.
"Maksud awak?" Soal Helmi selepas pelayan tadi sudah pergi.
"Kita lupakan semua yang terjadi dulu termasuk waktu aku kata aku takkan terima kau. Ikut hati aku memang macam tu tapi, kau dah jadi tunang aku. Takkan aku nak minta putus tunang pulak?" Kata Sofia.
"Dan, kita start kenal each other macam apa yang kau suka, apa yang aku tak suka, boleh?" Kata Sofia lagi.
"Kalau macam tu, should I....... introduce myself?" Soal Helmi. Sofia mengangguk.
"Hi, saya Helmi. Umur saya 31 tahun dan saya bekerja sebagai seorang peguam."
"Macam interview kerja la." Sofia tergelak.
"Cepatla, awak pulak perkenalkan diri awak." Helmi pula berasa malu selepas Sofia gelakkan cara dia bercakap.
"Nama aku Sofia. Umur, 27 tahun dan aku pun bekerja sebagai seorang peguam. Selamat berkenalan." Sofia memberi senyuman manis kepada Helmi. Setelah sekian lama dia tidak tersenyum di hadapan lelaki itu.
"Saya bukan nak kongkong awak tapi...boleh tak kita guna awak-saya? Kita praktikkan start sekarang."
"Aku eh, saya cuba." Kata Sofia sambil bermain dengan straw minumannya. Malu pula dia ingin melihat muka Helmi.
--
"Ok man, rilek je. Jangan nervous." Kata Helmi sambil memasangkan butang baju Melayu Aiman.
"Siap. Jap, bagi aku tengok sikit." Helmi melihat Aiman dari atas sampai ke bawah. Selepas itu, dia mengangkat ibu jarinya menandakan Aiman sudah bersedia.
"Ok now, practice dengan aku. Bayangkan aku ni tok kadi. Ehemm." Helmi bersalam dengan Aiman.
"Aiman Zafri bin Zaidi" Helmi menyebut nama panjang Aiman.
"Saya." Jawab Aiman.
"Aku nikahkan dikau dengan Airen entah apa namanya dengan mas kahwinnya 4000 ringgit tunai." Kata Helmi lagi.
"Aku terima nikahnya, Airen Zakira binti Mohd Jamaie dengan mas kahwinnya 4000 ringgit tunai."
"Mantap dho member aku. Dah jom, gerak ke rumah si dia, pencuri hati member aku ni." Usik Helmi. Malu Aiman dibuatnya.
--
"Sabar man, tenangkan fikiran kau." Helmi menenangkan Aiman. Bohong jika Aiman sekarang berasa tenang kerana sudah tiga kali Aiman tersasul melafazkan akad nikahnya. Seketika Helmi berfikir, beginikah dia ketika hari pernikahan dia dengan Sofia nanti?
YOU ARE READING
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...