Sofia sangat gemar mendengar muzik sambil melakukan kerjanya. Tidak kiralah kerja apa sekalipun, yang penting muzik!
Sedang dia menyiapkan tugasannya sambil mendengar lagu, satu notifikasi datang daripada telefonnya.
Helmi .
“betul ke kau terima lelaki yang merisik kau tu?”
"Eh lelaki ni, tak de salam tak de apa tiba-tiba tanya soalan tu." Omel Sofia sendirian. Tangannya ralit menaip di papan kekunci telefonnya itu.
"Ya, aku terima dia. Ada apa masalah ke dengan kau??"
Terus Helmi menjawab..
“tak de apa la. Jangan tidur lewat tau. Bye bye.”
Sofia hanya membaca pesanan itu. Bagusla, Helmi sepertinya ingin menjauhi dirinya sejak dia dengar yang Sofia menerima risikan itu.
Sofia terus menyambung pekerjaannya yang tertangguh tadi.
--
2 minggu berlalu, tidak terasa hari ini Sofia akan menjadi tunang orang. Dia hanya membuat majlis secara kecil-kecilan sahaja. Dia hanya memanggil kawan terdekatnya. Pihak lelaki tidak tahula kerana majlis tunang dibuat di rumah Sofia. Pakaian, hiasan pada mukanya semua berkat daripada Airen dan Afikah. Merekalah yang membantu Sofia untuk bersiap.
"Cantiknya kau, nyahh!! Serupa macam Kim Sohyun!!" Kata Afikah memuji kecantikan Sofia.
"Lebihla macam Kim Sohyun." Namun, Airen membantahnya.
"Eleh, kau ni support la member sikit." Airen hanya ikutkan saja. Ha yela, serupa Kim Sohyun.
Sofia pula hanya diam sahaja. Satu kerana takut dan dua...dia terkenangkan tentang Helmi.
Flashback~~
Semalam, sepertinya dia ingin mengenakan Helmi. Jadi, dia memesej lelaki itu.
Helmi .
"Helmi, besok aku tunang. Jangan lupa datang eh. Aku nak kau tengok. Yela, kita kan kawan."
Namun, tiada sebarang respon dari Helmi. Balas pun tidak apa lagi membacanya.
"Helmi, jawab la."
Sofia masih lagi berusaha.
"Tak pela, yang penting esok kau datang."
Sofia mengagak yang Helmi akan membalas mesejnya pada hari esok.
End flashback.
Namun masih sama. Tiada sebarang respon dari Helmi.
ARGHH!! Sepatutnya dia tidak patut memikirkan tentang lelaki itu. Buat apa dia perlu risau tentang lelaki itu? Dia bukannya ada sangkut-paut dengan bakal tunangnya ini.
Omputih kata life goes on, maka dia harus teruskan saja. Takkan nak lari pula? Gila.
"Pihak lelaki dah sampai la!! Peah, kitorang keluar dulu! Goodluck, okay!!" Airen dan Afikah keluar meninggalkan Sofia sendirian.
"Ok, Sofia. You can do it! Terima je walau macam manapun lelaki tu." Sofia memberi semangat kepada dirinya sendiri.
"Boleh panggil pihak perempuan?" Kedengaran suara seseorang. Sofia yang mendengar itu tiba-tiba menjadi berdebar. Sekali lagi, Airen datang.
"Peah, jom aku bawak kau." Sofia melangkah perlahan-lahan bersama Airen untuk menuju ke tingkat bawah. Di situ terlihat ahli keluarga daripada pihak lelaki. Sofia dapat bertentang mata dengan salah seorang daripadanya. Seketika dahinya berkerut. Namun dia harus meneruskan langkahnya untuk ke pelamin.
YOU ARE READING
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...