Bilik menjadi satu-satunya tempat Sofia duduk sepanjang tempoh dia digantung sekolah. Ibu bapa Sofia amat risau dengan keadaannya kerana dia betul-betul jarang keluar daripada biliknya. Waktu makan Sofia juga tidak teratur. Kadang-kadang sehari dia hanya makan sekali sahaja. Itupun belum tentu dia menghabiskan makanannya.
--
Sudah seminggu berlalu untuk tempoh penggantungan sekolah Sofia. Dia tidak putus-putus memohon ampun kepada tuhan dan menunjukkan kebenaran di sebalik semua tuduhan yang dia hadapi.
"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah dosa-dosaku. Dosa kedua ibu bapaku serta ampunkanlah dosa-dosa kaum kerabatku. Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah. Maka, kau bantulah aku untuk menghadapi semua cabaran di dalam hidup ini. Ya Allah, kau tunjukkanlah kebenaran kepada penuduh-penuduh yang menuduh perkara yang aku tidak lakukan. Sesungguhnya engkaukah yang paling berkuasa di dalam hidup ini..."
Sofia termenung selepas menghabiskan doa sebentar tadi. Dia baring di atas sejadah sambil perlahan-lahan matanya tertutup. Sofia tertidur di atas sejadah.
--
Sofia terjaga selepas mendapat satu mimpi buruk. Dia menafsir maksud mimpinya sendiri.
Sofia sedang duduk seorang diri di taman permainan. Entah mengapa dia duduk seorang diri sambil tidak melakukan apa-apa perbuatan. Sedang dia bermain dengan jari-jemarinya, dia didatangi oleh seorang lelaki yang melindungi separuh mukanya menggunakan pelitup muka.
"Sofia Nadira, nama yang indah namun bukan orangnya HAHAHA."
"Apa maksud kau cakap macam tu? Aku dah la tak kenal kau. Kau tiba-tiba datang cakap nama aku sedap tapi tak kena dengan orang. Kau jangan macam-macam. Kita garang tau."
"Kau muda lagi. Kau mungkin akan setuju dengan perkataan aku ni pada fhejfka tahun lagi."
"Apa? Kurang jelas."
"fhejfka tahun lagi."
"HA??"
"Pekaknya perempuan ni. Berapa tahun dia tak korek telinga dia? Parah ni."
"Apa??"
"Diam. Tengok tangan aku."
Sofia hanya menurut sahaja. Lelaki tersebut telah menunjukkan empat jari yang bermakna 4 tahun lagi. Barulah Sofia faham.
"Bang, ada apa dengan 4 tahun lagi?" selamba Sofia bertanya.
"Nak aku pertontonkan sedikit?"
"Boleh jugak tu. Lagipun aku betul-betul curious ni."
Lelaki tersebut menghayun tangannya dan membentuk bulatan. Tiba-tiba keluarlah seolah-olah sebuah skrin yang berukuran sederhana. Pada awal dia melihat sahaja Sofia sudah tidak tahan.
"Itu baru sedikit. Nak lihat yang paling malang?"
Sofia hanya mengangguk. Dia melihat ke arah skrin tersebut. Sofia menjerit.
DAN JERITAN TERSEBUT MENYEDARKAN SOFIA DARIPADA LENANYA.
*tak pelik ke? Sendiri jerit sendiri tersedar.
"Apa yang aku mimpi tadi? Astaghfirullah." Ucapnya sendirian. Dia juga ada terfikir tentang lelaki tersebut. Meski wajahnya dilindungi dengan pelitup muka, dia seolah-olah kenal dengan lelaki itu.
"Mata dia macam Helmi."
"Ish, apa yang aku kata ni? Sedarlah. Orang dah tak sudi. Takkanlah masih nak masuk mimpi kita kan?"
"Eh, apa kena mengena? Lantaklah."
Sofia bangun lalu ke bilik air untuk mengambil wuduk lalu menunaikan solat Maghrib.
--
Selepas selesai menunaikan solat Maghrib, Sofia bergegas turun ke ruang tamu. Dia mencari keberadaan bapanya. Selepas dia melihat bapanya sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen, Sofia lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan bapanya.
"Ayah, nak tanya boleh?"
"Tak boleh. Kalau nak tanya jugak satu huruf 10 ringgit."
"Ish, orang betul-betul ni."
"Tanya apa?"
"Besok kan ayah cuti. Boleh tak bawa Nad pergi sekolah lama Nad? Nad nak jumpa seseorang."
"Kalau lambat, ayah cancel."
"Uish, siyes ah? Thank you. Love you 3000.
Sofia bangun lalu ke biliknya semula. Encik Syahmie hanya melihat saja kepergian Sofia.
"Haih, anak dara aku sorang. Ada aja benda yang nak dibuat." Ucap encik Syahmie sendiri.
Hehe 😁😁
YOU ARE READING
MY SENIOR
Casuale𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...