Sofia dan Mika sudah bersiap untuk pulang selepas saja mereka selesai makan tengah hari.
Mereka berdua bersalaman dengan ahli keluarga Helmi. Tanpa melengahkan masa, mereka terus memulakan perjalanan mereka untuk pulang.
Di sisi lain, Helmi yang baru saja habis menunaikan solat Zuhur masih terpinga-pinga selepas melihat semua ahli keluarganya berada di depan pintu rumah.
"Kenapa semua berdiri depan pintu rumah ni?" Soal Helmi. Semua tidak merespon. Semua orang kembali semula masuk ke dalam rumah.
--
Helmi yang seperti merasa satu kehilangan segera bertanya kepada emaknya.
"Mak, Sofia mana?"
Sambil membancuh kopi, Mak Milah menjawab, "dah balik tengah hari tadi." Naik berkerut wajah Helmi.
"Itulah sebabnya ramai-ramai berkumpul depan pintu tadi." Ucap hati Helmi.
"Ini kamu hensem-hensem ni nak ke mana?" Mak Milah menyoal.
"Nak balik. Ada hal. " Jawab Helmi.
"Iyalah. Drive elok-elok. Jangan fikir jalan tu bapak kamu yang buat." Pesan Mak Milah.
"Terima kasih mak. Ni apis nak gerak dah. Kirim salam dekat abang kakak eh. Assalamualaikum, mak." Helmi mencium tangan ibunya lalu meloloskan dirinya ke dalam kereta.
Dia memandang ke arah kirinya. Teringat kenangan dia bersama Sofia pagi tadi.
"Nama rancangan tu ialah “14 Hari Memikat Hati Helmi Hafiz.” so, ni day 1 cuba memikat hati Helmi Hafiz."
"Maknanya, kalau kita dah jadi mahram, kita boleh berdua selalu?"
"Gila budak tu." Kata Helmi lalu bergerak meninggalkan kawasan rumahnya.
--
Padah pulang sewaktu hari bekerja, Helmi tersekat di dalam trafik yang sesak. Ditambah-tambah lagi hujan yang sangat lebat membuatkan trafik semakin perlahan. Jadi, dia tidak mahu stres-stres, dia lalu mengambil telefon bimbitnya dan membuka aplikasi Whatsapp. Dia mendapat satu mesej daripada seseorang yang dia tidak kenali.
“For day 1, Helmi Hafiz terpikat tak?”
“I'm sorry, but siapa kau?”
“Sofia.”
“Macam mana kau boleh dapat number phone aku ni?”
“Macam aku pernah cakap, aku stalker berjaya. Aku boleh dapat macam-macam information kau dalam sekelip mata je😉😉.”
“Gila kau ni budak.”
“Back to the question, for day 1, Helmi Hafiz terpikat tak?”
“tak.”
“Besok aku cuba lagi. Masih berbaki 13 hari lagi kan?”
“Huh, cubalah kalau boleh.”
“Kenapa tak boleh? Sebab kita dah berpisah? Huh, di mana ada Helmi di situ ada Sofia.”
“Aku ada satu permintaan.”
“Anything for you, my senior.”
“Tamat je tempoh 14 hari tu, kalau kau berjaya pikat hati aku, aku terus pergi berjumpa dengan keluarga kau untuk kita bertunang. Tapi kalau sebaliknya, aku nak kau hilang daripada kehidupan aku. Pendek kata, jangan pernah tunjukkan muka kau depan aku. Get it?”
YOU ARE READING
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...