Seperti baru sahaja semalam Sofia memasuki tingkatan 5.
Hari ini, sudah masuk tahun yang baru. Tahun baru dan kehidupan baru. Kehidupan orang dewasa.
--
Sofia, Airen dan Afikah pergi melihat bunga api. Maklumlah tahun baru. Setia mereka menunggu dari pukul 10 malam sehingga pukul 12 malam.
Tidak lupa juga budak lelaki yang sudah memasuki 10 tahun pada tahun ini. Mika juga mengikuti mereka bertiga melihat bunga api. Bosan katanya. Mereka bertiga hanya ikutkan saja karenah Mika.
"Tahun bahagia kita, Sofia."
"So, abanglah abang Rizqie." Mika menegur seorang lelaki yang berpakaian serba hitam itu.
"Kau siapa budak?"
"Saya takkan bagitahu siapa saya. Sekarang ni, abanglah abang Rizqie kan?"
"Kalau ya kenapa? Ada masalah ke dengan kau?"
"Jangan kacau kakak Sofia."
"Kakak? Kau adik dia ke?"
Rizqie ditinggalkan dengan 1001 persoalan di mindanya.
--
Baru sahaja memasuki tahun baru, namun pelbagai perkara buruk menimpa Sofia. Bermula daripada kucing kesayangan Sofia hilang lalu ditemui tidak bernyawa di pokok berdekatan rumah anak yatim Al-Iman. Lalu, Mika tiba-tiba jatuh sakit. Sofia dapat tahu dia mempunyai tekanan darah rendah dan banyak lagi. Sekarang ini, dia hanya berserah kepada tuhan.
Dengan semua perkara malang yang menimpa Sofia, Sofia kembali teringat semula dengan mimpi yang dia dapat 4 tahun yang lalu. Mimpi yang dia tidak dapat tafsir. Satu persoalan mula timbul.
Apa perkara yang paling malang yang akan Sofia hadapi? Entah.
Itu hanya membuatkan fikiran Sofia semakin berserabut. Jadi malas dia hendak fikirkan. Sepatutnya dia harus gembira kerana besok dia akan kembali menjadi pelajar SMK Pulau Jaya.
Ceritanya, Sofia bersetuju untuk memasuki tingkatan 6 bersama-sama Airen dan Afikah. Itupun setelah dipaksa banyak kali.
--
Welcome back to SMK Pulau Jaya!
Sofia teringat kembali saat pertama kali menjejakkan kaki di sekolah ini. Sekarang ini, dia kembali bersama semangat yang baru. Moga tiada perkara yang buruk berlaku.
--
Sesi orientasi tingkatan 6 berjalan dengan lancar pagi tadi. Sekarang waktu rehat, Sofia, Airen dan Afikah turun ke kantin untuk membeli makanan.
"Terubat sudah rindu aku dekat sekolah ni. HUARGHH!!" Ucap Sofia dalam nada kegembiraan.
"Over lah. Kawan kaulah ni, Fikah." Kata Airen sambil menepuk perlahan bahu Sofia.
"Kawan kau jugak." Afikah menjeling ke arah Airen.
"Korang." Sofia memanggil Airen dan Afikah. Mereka berdua memandang Sofia.
"Pekerja lelaki tu dah lama kerja dekat sini ke?" Sofia menunjuk ke arah seorang pekerja kantin yang sedang mengira baki seorang pelajar.
"Pekerja baru tu. Kenapa?" Afikah juga memandang pekerja itu. Tetapi hanya sekilas pandang.
"Tak ada. Ada eh lelaki nak kerja macam tu."
"Adalah. Kenapa tak ada. Dah, daripada fikir pasal dia, baik kita beli makanan. Aku lapar ni." Sampuk Airen.
--
"Nah, milo ais 3. By the way, boleh tak aku join korang?"
Ayat daripada pekerja kantin itu membuatkan Sofia, Airen dan Afikah memandang antara satu sama lain.
Kalau reject, takut terasa hati pulak. Jadi, mereka hanya membenarkan lelaki itu duduk bersama mereka.
"Boleh aku tahu nama korang bertiga?" Soal lelaki itu.
"Aku Airen, sebelah kiri aku ni Afikah dan sebelah kanan aku ni Sofia. Kau pula?"
"Aku? Aku Naim."
"Umur kau berapa? Dulu kau duduk mana? Single lagi ke? Eh!" Celah Sofia.
"Haha, aku sebaya korang. 18 tahun. Aku dulu duduk Mersing, mak bapak aku pindah sini atas urusan kerja. Dannn, aku single lagi, Sofia."
Saja-saja je tanya. Eh, dia pi jawab pulakk!
"Hehe, baguslah tu. Kena dengan Sofia ni. Dia ni masih bukan milik siapa-siapa." Airen menyiku bahu Sofia.
"Apa? Tak nak la. Tadi aku saja je tanya. Eh, pergi jawab betul-betul pulak."
"Kalau jodoh? Tak ke mana."
Sofia hanya gelak hambar. Jodoh? No. Tak mahu aku.
"Betul kata Airen tu. Daripada kau selalu tolak orang je, baik kau terima si Naim ni." Afikah menyokong pernyataan yang dibuat oleh Airen sebentar tadi."
Sofia menjeling ke arah kedua-dua rakannya itu. Selepas itu, dia melihat ke arah Naim.
"Apa kau? Suka la tu. Tampar kang." Lalu Sofia juga menjeling ke arah Naim.
YOU ARE READING
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...