-SPECIAL CHAPTER I-

79 7 8
                                    

Hari ini, pagi-pagi lagi Sofia sudah bertungkus-lumus memasak di dapur. Hari ini sarapan perlu disediakan awal. Tidak seperti biasa. Maklumlah hari ini cuti, jadi Sofia dan Helmi tidak ketinggalan untuk menikmati cuti ini.

"Abang, anak-anak dah bangun ke?" Kata Sofia sambil menaiki anak tangga menuju ke bilik anaknya. Tiada respon. Mungkin tidak dengar. Sampai di depan pintu bilik, Sofia mengintai sedikit untuk melihat perilaku suaminya. Betul, suaminya tidak dengar soalan yang ditanya tadi.

Helmi perasan akan kehadiran isterinya. "Sayang, Iman tengah mandi, tapi Ayash dia tak nak bangun." Kata Helmi yang sedang mengejutkan anaknya yang sedang tidur nyenyak.

"Tak pelah, awak pergi tengok Iman, biar saya kejut Ayash." Helmi mengangguk. Dia lalu bangun dan menuju ke bilik air.

"Ayash, bangun Ayash. Kenapa pahlawan mama yang sorang ni tak nak bangun?" Sofia cuba mengejut anaknya, Harraz. "No, Ayash still want to sleep. Mama go!" Kata Harraz. Sofia mengeluh.

Ini perangai anaknya yang seorang. Harraz An-Naufal Harith. Orang tidak boleh rosakkan jadual tidur dia. Baik tidur mahupun bangun, Harraz ada waktunya tersendiri. Jadi apabila orang bangunkan dia sebelum waktu yang dia tetapkan, dia akan mengamuk.

Berbeza dengan kembarnya, Hilman An-Nukman Harith, dia bersifat bebas. Dia tidak kisah apa yang orang lakukan kepada diri dia. Sebab itu Harraz yang akan menjaga Hilman walaupun Hilman merupakan abang awal 7 minit, tetapi Harraz lebih menunjukkan sifat matangnya berbanding Hilman.

Gila lah, author pun tak tahu mana author dapat inspirasi nama tu.

"Come on Ayash, bangun sayang. Kita nak jalan-jalan. Ayash suka jalan-jalan kan?" Sofia memujuk Harraz. "Ayash syuka, but kita nak pewgi mana?" Soal Ayash yang tiba-tiba sahaja bangun dan duduk di atas katil.

"That's why Ayash kena bangun, mandi and bersiap. Baru Ayash tahu kita nak pergi mana." Kata Sofia lalu mengusap kepala Harraz. "Buwkan Ayash tak nak bangun, mama dengan baba sepatyutnya kejut Ayash pukul 7 pagi." Kata Harraz lagi. Tersenyum saja Sofia melihat anaknya itu. Disiplin, teringat sewaktu dia kecil. Dia juga begitu. Apabila encik Syahmie kata harus bangun pukul 8, maka pukul 8 lah dia akan bangun.

"Ok, mama dengan baba say sorry. But hari ni memang special. Ayash dengan Iman memang kena bangun awal. Sebab macam yang mama cakap, kita nak pergi jalan-jalan." Kata Sofia lalu memeluk anaknya itu.

"Mama dengan Ayash kenapa hug together? Iman pun nakk!!" Kata Hilman yang baru sahaja selesai mandi. Dia memeluk Sofia dari belakang.

"Oklah, Ayash pergi mandi, Iman pergi pakai baju. Baju Iman mama dah sediakan dekat kerusi tu." Kata Sofia. Hilman mengangguk lalu mengikuti apa yang disuruh oleh Sofia begitu juga Harraz.

"Takkan peluk anak je. Abang? Sayang tak nak peluk abang?" Kata Helmi yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik air.

"Dih." Refleks Sofia kata begitu. Dia lalu meninggalkan bilik itu sebentar untuk pergi ke dapur.

"Susah jugak ada saingan. Haish untung saingan datang daripada diri sendiri." Kata Helmi sendiri.

--

"So mama and baba, kita nak pewgi mana ni?" Soal Harraz yang dari tadi ingin tahu ke mana mereka mahu pergi.

"Muzium Padi. Kita nak pergi tengok padi." Kata Sofia. "Takkanlah kita pewgi muziyum pawdi je?" Soal Harraz lagi.

"Ala Ayash ni, bishing la. Baik Ayash diam je tak pun Ayash tidur ke. Ni Iman nak tidur pun tak bowleh shebab Ayash bishing sangawt." Hilman terus memegang tangan kembarnya itu lalu membawa Harraz duduk di sebelahnya. Dia terus memejam mata dan memaksa Harraz agar ikut tidur dengannya.

MY SENIORWhere stories live. Discover now