"Aku harap apa yang Afikah sarankan dapat bantu aku." Sofia membuka 'chat' nya bersama Helmi lalu menaip sesuatu.
"Helmi, ni aku Sofia. Aku nak minta maaf pasal hal dekat kantin hari tu. Aku nak explain pasal hubungan aku dengan Rizqie."
Sofia menghantar kepada Helmi.
Lantas Helmi menjawab.
"No, Sofia. Tak payah explain dekat aku. Sama ada kau dengan dia ada hubungan atau tak, aku tetap juga tak mahu bercakap dengan kau. Aku dah tawar hati. Tak ada dah perempuan nama Sofia Nadira dalam hati aku."
"Aku dengan kau ni macam orang yang ada relationship kan? Padahal tak ada pun. Aku faham perasaan kau. Sorry ya. Aku pun akan cuba buang nama Helmi Hafiz dalam hati aku."
"Good. Mulai sekarang, kau dan aku memang dah tak ada apa-apa. Right now, we are stranger."
Helmi menyekat nombor Sofia. Terkedu. Salah dia ke Helmi berubah?
"Sorry Sofia. Tapi aku nak tengok kau bahagia. Jangan kerana aku, kau curang dengan Rizqie."
--
BUKK!!
Pintu dibuka kasar oleh Tiara, ibu tiri Rizqie. Ruang tamu dituju lalu mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan televisyen. Rizqie yang melihat itu sedikit terkejut kerana tiba-tiba sahaja ibunya itu muncul bersebelahan dengan dia.
"Mama kenapa marah-marah?" Soal Rizqie dengan lembut.
"Siapa mama kau? Panggil aku puan. Kau tu anak mak lama kau."
"Ok, sorry puan. Kenapa puan marah-marah ni?"
"Tak ada apa-apa. Ada masalah dekat tempat kerja je."
Rizqie hanya mengangguk menandakan dia faham lalu mengalihkan semula pandangannya kepada televisyen. Tiara menegur anak tirinya.
"Tapi, kalau kau nak aku anggap kau sebagai anak aku, kau kena kerja."
"Kerja apa?"
"Besok kau ikut aku."
"Papa tak mar-"
"Tak. Kalau dia nampak kau tengah kerja and dia nak marah, cakap je aku yang suruh."
Rizqie mengangguk sekali lagi.
--
Tidak dinafikan yang sekolah sewaktu bulan puasa sangat memenatkan. Hari ini sudah masuk hari ke 14 berpuasa.
Sofia sedang mengemas mejanya dan memasukkan buku ke dalam beg memandangkan jam sudah menunjukkan waktu untuk pulang. Sedang dia mengemas, dia ditegur oleh seseorang.
"Sofia."
"Apa?"
"Dah lama kita tak berbual berdua kan?"
"So? Ada nampak macam aku dah nak mati ke kalau dah lama tak berbual dengan kau?"
"Ok, sorry-sorry. Jom balik sama-sama?"
"Tak nak. Sekarang aku dah tahu semua jalan dekat sekolah ni. So aku boleh jalan sendiri tanpa peneman."
Sofia terus pergi meninggalkan Rizqie di dalam kelas. Rizqie mengejar langkah Sofia. Dia dapat mengejar lalu dia berjalan bersebelahan dengan Sofia.
"Am I do something wrong to you?"
"Buat tak tahu pulak. Ish, malas aku nak cakap dengan kau."
Sofia melajukan lagi langkahnya.
YOU ARE READING
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...