43

187 6 7
                                    

Hawa perasan sejak dia dan Sofia pulang, Sofia menjadi agak pendiam. Tak banyak berkata. Bila ditanya sepatah, hanya sepatah juga yang dijawab.

"Sofia, kau okay?" Soal Hawa. 

"Aku okay, kenapa?" Bohong Sofia.

"Aku tahu kau tipu. Besok kau tak payah la join study tour tu."

"Tapi Hawa, kan nama aku dah ada dalam list tu. Kan nanti orang kata buruk pasal aku. Mana aku nak letak muka?"

"Tak pe. Nanti aku kata kau tak dapat datang sebab ada urusan penting."

"Tak payah la, aku okay je. Dah la, baik tidur. Kang masing-masing bangun lambat pulak." Sofia terus meninggalkan Hawa. Hawa juga begitu. Dia sudah masak dengan perangai Sofia. Bukan dia tidak mahu membantu Sofia. Sofia yang tidak mahu dirinya dibantu orang lain.

--

Hari ke 2, Sofia kurang bersemangat. Tapi demi pelajaran, dia gahkan dirinya untuk berjumpa dengan orang yang telah menghina dirinya.

"Morning, class!!" Kata Aqil. Namun tiada sahutan.

"Lemau nya korang pagi-pagi ni." Kata Aqil lagi.

"Tak pela, lemau la lagi. Semua mesti teringin nak menari 'chicken dance' ." Tiba-tiba seisi kelas semua tertawa. Wajah Sofia terus bertukar menjadi merah. Malu kerana teringat kejadian semalam. Dia hanya menunduk dan memutar-mutar bajunya.

"Mohon jangan terasa." Kata Amanda. Sofia yang mendengar itu hanya menahan diri agar tidak bertindak di luar kawalan.

"Ok, focus everyone. Kita mulakan pelajaran kita." Aqil terus memulakan pengajarannya.

--

Di kafeteria, Sofia mengambil makanan yang telah dia beli tadi. Sedang menuju ke meja tempat dia duduk bersama Hawa, dirinya disekat oleh Amanda.

"Hello, Sofia." Sapa Amanda. Sofia masih berdiam diri.

"Sombongnya. Cakap la hi balik." Kata Amanda lagi.

"Nevermind, aku just nak bagi warning, tak payah beria nak dekat-dekat dengan Helmi. Dia tu suka aku je." Kata-kata Amanda masih lagi diabaikan.

"Dah jadi bisu ke? Atau pekak? Sebab direject encik pujaan hati?" Sofia tidak memberi sebarang reaksi. Amanda menjeling tajam Sofia sebelum mendekatinya. Dia lalu mengambil air yang dipegang rakannya dan menyimbah Sofia dengan air tersebut.

"What the-" kata-kata Sofia tergantung. Kini, tudungnya sudah basah kerana terkena air.

"Lah, ada suara rupanya. Ingat dah bisu." Sindir Amanda. Kerana geram, Sofia menarik kasar rambut Amanda lalu menghentak kepala Amanda di meja berdekatan.

"Aku ni sabar je dengan perangai kau. Tapi sekarang ni kau dah lebih limit tau." Bisik Sofia ke telinga Amanda. Kepala Amanda yang dihentak Sofia tadi perlahan-lahan mengeluarkan darah.

Helmi yang kebetulan ke kafeteria terlihat kejadian itu. Dia berlari ke arah Sofia dan Amanda.

"Amanda!! Ya Allah!!" Helmi membantu Amanda untuk bangun semula.

"Sofia, kau buat apa ni?!!" Soal Helmi. Dia masih tidak percaya gadis yang berada di hadapannya ini mencederakan orang.

"Kenapa kau jadi macam ni? Sebab kau tak boleh terima kenyataan ke yang aku reject kau? Wake up Sofia!! Dengan cara macam ni kau takkan pernah dapat pun hati aku la!! Only Amanda can win my heart." Kata Helmi. Tipu kalau kata-kata itu tidak menyayat hati Sofia. Melihat Helmi menyokong Amanda tanpa mendengar penjelasan daripada pihaknya.

MY SENIORWhere stories live. Discover now