40

214 7 12
                                    

Pada waktu malam begini, tidak banyak kerja yang perlu dilakukan. Jadi, banyak waktu kosong. Untuk memanfaatkan waktu-waktu yang kosong itu, Sofia membaca novel. Sedang dia membaca, pintu biliknya diketuk.

"Masuk!" Pintu bilik itu dibuka. Kelihatan Mika berada di sebalik pintu.

"Mika, kenapa ni?" Soal Sofia.

"Mika nak tanya sikit boleh?" Sofia mengangguk menandakan dia memberi kebenaran untuk Mika bertanya.

"Besok sekolah buat hari terbuka. Boleh tak kalau kakak datang sekolah besok sebagai penjaga Mika?"

"Kenapa suruh akak? Kenapa tak suruh kak Jiha?"

"Tadi Mika ternampak adik-adik yang lain datang dekat kak Jiha lepastu bagitahu besok ada hari terbuka. Jadi, Mika tak nak tambah lagi beban kak Jiha. So, Mika cari akak la."

"Emm, boleh la. Pukul berapa kena datang?" Mika bersorak kegembiraan.

"Akak datang pukul 11 tau. Yes, thank you akak! Love akak banyak-banyak." Mika memberi 'flying kiss' kepada Sofia.

Kalau diberi kepada orang lain, sudah tentu menggila anak orang.

--

Sofia bersiap untuk ke sekolah. Menjadi wakil bagi Mika. Sempat lagi dia berlatih untuk bercakap dengan guru. Kejap senyum. Kejap serius. Pelik-pelik je.

Setelah itu, dia masuk ke dalam kereta kak Jiha. Mereka pergi bersama-sama. Apa salahnya tumpang? Dapat mengurangkan pencemaran udara.

--

Sampainya mereka di SK Jalan Permai, Mereka terus berpecah. Kak Jiha ke kelas 1 Orkid manakala Sofia ke kelas 6 Anggerik. 

Setelah Sofia sampai di kelas 6 Anggerik, dia melihat sudah ramai ibu bapa beratur menunggu giliran. Sofia duduk lalu membuka telefon bimbitnya. Buka saja aplikasi di dalam telefon bimbitnya itu. Nak menghilangkan rasa janggal. Maklumlah, dia mana reti buat kawan. Orang kena tegur dia dulu, barulah dia bercakap. Hehe, introvert problem.

Masih ada lagi yang baru sahaja tiba. Sofia merasakan seseorang datang lalu duduk di sebelahnya. Seorang lelaki yang memakai baju berwarna hitam sama seperti Sofia. Macam merancang pulak. Sofia memberanikan diri memandang wajah lelaki itu. Selepas dia melihat wajah lelaki itu, dia terkejut lalu menegur lelaki tersebut.

"Cinta hati!" Lelaki itu memandang wajah Sofia. Lelaki itu juga turut terkejut.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal lelaki itu.

"Aku datang sebagai wakil Mika. Kau?" Jawab Sofia lalu bertanya kembali kepada lelaki tersebut.

"Aku datang sini sebagai wakil anak buah aku."  Jawab Helmi yang merupakan lelaki yang duduk di sebelah Sofia. Sofia mengangguk faham.

"Macam jodoh pulak. Dah la pakai baju warna sama, datang pun beza 3 minit je."

Helmi menjeling. Malas nak layankan perangai gila Sofia.

Minit demi minit berlalu, kini tiba giliran Sofia. Sempat dia menghadiahkan senyuman kepada guru kelas Mika sebelum dia duduk. Guru itu pula lelaki, memang dia terpesona la dengan senyuman Sofia itu.

"Jadi, awak ibu kepada Zaki Mikael?" Soal cikgu tersebut.

"Tak, saya kakak dia." Sempat Sofia berkata di dalam hati. 'aku ni nampak tua sangat ke sampai panggil aku ni mak si Mika?'

"Oh, sorry-sorry. Perkenalkan, saya cikgu Nukman. Guru kelas 6 Anggerik.

Sofia hanya tersenyum. Di dalam hatinya berkata, 'Tak tanya pun. Kisah apa aku.'

MY SENIORWhere stories live. Discover now