"Mika, sini kejap." Sofia memanggil Mika yang sedang melukis.
Hari ini Sofia mengikuti lagi bapanya ke rumah anak yatim Al-Iman. Niatnya ialah banyak. Salah satunya ialah ingin melihat Helmi lagi. Cuci matalah orang kata.
"Kenapa kak?" Soal Mika.
"Akak nak tanya, abang Helmi baik tak dengan Mika?" Mika memandang wajah Sofia.
"Kenapa? Ada apa-apa ke dekat muka kakak?" Sofia membelek mukanya. Mika hanya menggeleng.
"Akak, akak pun suka abang Helmi ke?" Mika pula bertanya. Hah sudah, cuak dah Sofia. Tak mampu berkata apa-apa. Cepat betul Mika dapat. Sofia menyuruh Mika untuk merahsiakan perkara ini kepada ibu bapanya. Mika hanya menurutinya.
--
Besoknya, Sofia ke sekolah seperti biasa. Hatinya tidak sabar-sabar lagi ingin rehat. Lapar satu. Lagi satu nak usya abang kantin. Hokhokk..
Loceng rehat pun berbunyi. Sofia sudah tidak sabar ke kantin. Namun, cikgunya masih tidak melepaskan kelas 2 Mawar untuk keluar rehat. Setelah cikgu keluar daripada kelas, semua murid kelas 2 Mawar bergegas keluar. Sofia sedang mengemas barang-barangnya. Sedang Sofia mengemas, Rizqie datang menyapanya.
"Hey princess, jom makan dengan aku." Sofia menjawab ringkas.
"Not today." Lalu meninggalkan Rizqie.
"Kalau bukan sebab jantan tu, tak de nya kau jadi macam ni." Gumam Rizqie.
--
"Ye cik, nak beli apa?" Usik Helmi.
"Macam biasalah." Sofia menjeling Helmi. Baru saja tangannya ingin menghulur duit kepada Helmi, seseorang datang menghalang Sofia.
"Tak pe hari ni saya belanja awak." Secara tiba-tiba Rizqie muncul lalu membayar makanan Sofia.
"Siapa ni?" Soal Helmi lalu menerima duit daripada Rizqie.
"Dia-,"
"I am Sofia's boyfriend." Sofia memandang Rizqie. Helmi pula memandang Sofia dan Rizqie silih berganti.
"Sejak bila-"
"Tak perlu ada kepastian kot. Sebab korang berdua bukan ada hubungan." Rizqie menyampuk lagi. Helmi hanya tersenyum nipis.
"Dah, jom sayang." Sofia teragak-agak. Akhirnya dia mengikuti Rizqie.
"Awak buat apa tadi?" Soal Sofia dalam nada yang keras.
"I said the truth." Selamba Rizqie. Amarah Sofia membuak-buak selepas melihat Rizqie masih tenang.
"Awak tahu tak betapa susahnya saya nak jumpa balik dengan Helmi?" Rizqie mengangkat bahu menunjukkan yang dia tidak tahu.
"Dah lah Riz. Sampai sini jelah persahabatan kita. Mulai saat ni, aku benci kau." Perkataan benci sedikit ditekankan oleh Sofia. Dia lalu meninggalkan Rizqie seorang diri.
"Semua salah kau sial!" Rizqie memandang Helmi dengan wajah yang tidak puas hati.
Keesokan harinya, keadaan berjalan seperti biasa di SMK Jalan Indah. Begitu juga waktu rehat. Namun, satu kejanggalan dapat dilihat oleh Sofia. Dia mulanya kekok ingin bertanya kepada pekerja kantin yang lain. Tapi dia tetap memberanikan dirinya untuk bertanya.
"Kak, boleh tanya?" Pekerja kantin itu hanya mengangguk.
"Pekerja lelaki yang baru masuk tiga hari lepas tu, mana ye?" Sofia bertanya.
"Helmi, dia dah tak kerja sini. Dia kata sebab nak sambung belajar. Kalau dia balik pun, dia kerja dekat kantin sekolah lain." Terang pekerja kantin itu. Sofia mengucapkan terima kasih kepada pekerja kantin itu lalu duduk di meja kantin seorang diri.
Sepanjang dia makan, fikirannya penuh tentang mengapa Helmi berpindah tempat kerja.
--
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah habis. Sofia hanya berjalan seorang diri menuju ke kelas. Baru sahaja Sofia ingin duduk selepas memasuki kelasnya, dia perasan yang atas mejanya di tampal satu sticky note yang berwarna kuning. Sofia membaca isi kandungannya.
لاتخزن إن الله معنا..
Q.S At-Taubah .
-your abang kantin <3
Sofia ingin menitiskan air matanya. Namun masih dia tahan. Sofia faham pemberian sticky note itu sebagai tanda selamat tinggal untuk Sofia daripada Helmi.
"Aku takkan lepaskan kau."
Yes pendek .
Macam pendek je. Tak pelah. Halal. Otak ni dah kering dah.
YOU ARE READING
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...