Tidak dapat dinafikan lagi, suasana di pagi hari raya adalah sangat indah. Pagi-pagi sahaja sudah diperdengarkan suara takbir raya daripada masjid. Baru saja hendak 'feeling-feeling aesthetic' , suara nenek Sofia merosakkannya.
"BANGUN, BANGUN. PERGI MANDI. NAK RAYA NI. BANGUN, BANGUN !!"
"Ishh, nenek ni! Bisinglah. Orang nak termenung sekejaaaaap je tak boleh jugak."
Sofia membebel sendirian. Dia bangun daripada katilnya lalu mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dia melihat adik-adik saudaranya sedang beratur menunggu giliran untuk mandi. Sofia kembali masuk ke dalam bilik dan mencapai telefon bimbitnya. Dia mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakannya.
Tidak lupa dengan Helmi.
Sofia tetap mengucapkan selamat hari raya kepada Helmi walaupun dia tahu lelaki tersebut tidak akan menjawabnya kerana dia telah menyekat nombor Sofia.
"Selamat hari raya Helmi. Maafkan aku kalau aku ada buat silap dengan kau. Kita kosong-kosong eh? Kau maafkan aku, ya? Kita jangan gaduh-gaduh."
"Helmi, apa tema baju raya kau tahun ni?"
"Aku teringin nak matching dengan kau."
"Tahun lepas pun tak boleh."
"Maklumlah kita kan tak kenal satu sama lain lagi."
"Helmi. Kau tak ada niat nak 'unblock' aku ke?"
"Aku rindu kau."
Masih tiada tanda-tanda Helmi ingin merespon mesej daripada Sofia.
Dia faham. Andai dia tidak rapat dengan Rizqie. Pasti sekarang dia senasib dengan Airen. Sebelum dia memesej Helmi, dia ada melihat 'status' Airen. Sekarang Airen benar-benar bahagia bersama Aiman, rakan kepada Helmi.
--
Sesi berfoto bersama keluarga telah tamat. Inilah waktu yang dinantikan. Penyerahan duit raya. Walaupun sudah remaja, namun itu bukan penghalang untuk mendapat duit raya. Masing-masing sudah beratur di hadapan nenek yang tercinta. Menunggu giliran untuk mendapat duit raya. Tiba giliran Sofia, neneknya tidak memberi duit raya kepadanya.
"Sofia dengan Sumayyah tak payahlah. Korang berdua puasa bukan penuh pun."
Mendengar ayat itu membuatkan kakak Sofia berasa geram. Tidak nenek. Ini tidak adil!
"NENEK!"
"TARIK BALIK! TARIK BALIK! NENEK! TARIK BALIKK!! MANA ADIL MACAM NI NENEK! MERAJUKLAH KALAU MACAM NI!"
Sumayyah menunjukkan riak muka ingin menangis kerana tidak dapat duit raya daripada neneknya.
"Nenek gurau je. Ni ambil la ni."
Nenek Sofia menghulurkan sampul duit raya kepada Sofia dan Sumayyah. Sumayyah yang ingin menangis tadi, bertukar menjadi gembira.
--
Selepas penat menjadi kanak-kanak riang, Sofia terus baring ke atas katilnya. Mengingat kejadian tadi membuatkan dia betul-betul malu. Menyesal pun ada kerana mengikut adik-adik saudaranya pergi beraya.
Flashback~~~
"Jom kita pergi raya dekat rumah yang selalu kita main tu." Salah satu adik saudara Sofia mengajak mereka bertujuh untuk beraya ke rumah yang selalu dia bermain di situ.
Tanpa menolak, mereka bertujuh terus ke rumah yang dikatakan tadi.
"ASSALAMUALAIKUM, KAMI DATANG NAK RAYA!!"
Jerit mereka. Tidak termasuk Sofia dan dua saudaranya yang lain.
"Waalaikumussalam, masuklah." Jerit tuan rumah dari dalam.
YOU ARE READING
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...