Sofia terus memulakan kerja mengemas rumah. Mula-mula dia mencabut cadar katil di bilik Hawa lalu memasukkannya ke dalam bakul. Selepas itu, dia membawa bakul itu ke dapur. Sedang dalam perjalanan untuk ke dapur, Sofia terlihat Helmi sedang terbaring di atas sofa. Sofia meletakkan bakul tersebut lalu mencekak pinggang. Dia menghampiri Helmi.
"Oi." Helmi tidak memberi sebarang reaksi. "Helmi." Kali ini dia cuba memanggil menggunakan nama. Masih lagi tiada reaksi. Jalan terakhir. Sofia mengambil bantal yang Helmi sedang peluk lalu memukul muka Helmi sekuat hati menggunakan bantal itu. Helmi tersedar daripada lenanya.
"Aww, our sleeping prince dah bangun." Sindir Sofia.
"Kenapa kejut aku?" Helmi endahkan saja sindiran Sofia tadi.
"Kau dan aku DIAMANAHKAN untuk kemas rumah ni."
"Siapa yang duduk rumah ni? Kau kan. Jadi, kau sorang jela yang kena kemas." Helmi menunjukkan riak wajah bangga kerana menang perbalahan dengan Sofia.
"Kau tengah buat apa sekarang ni?" Soal Sofia kepada Helmi.
"Duduk." Jawab Helmi.
"Maknanya kau pun duduk dalam rumah ni. Dah, bangun-bangun. Tolong aku kemas rumah."
Helmi mengalah. Memang benar seperti orang kata, perempuan selalu betul. Dia lalu bangun.
"Aku nak tolong apa?" Soal Helmi kepada Sofia.
"Good question, cinta hati. Aku nak kau ambil bakul tu and masukkan cadar yang ada dalam bakul tu ke dalam washing machine. Then, kau tahu kan kena buat apa. Lepastu, kau vacuum karpet ni. Vacuum ada dekat dalam stor bawah tangga tu. Dah, itu je kerja kau."
Selepas menerima arahan daripada Sofia, Helmi terus lakukan semua kerja tersebut.
--
Selepas cadar-cadar selesai dibasuh, Sofia mengambilnya lalu meletakkan kembali ke dalam bakul tadi. Dia lalu menyarung selipar yang disediakan khas di belakang rumah lalu mula menyidai semua cadar tersebut. Sambil menyidai, dia mengadakan sedikit konsert.
Lirikan matamu menusuk ke jiwaku
Sekali ku pandang membuatku terpaku
Selalu terbayang akan wajahmu
Adakah kau merasa seperti dirikuSofia berpusing untuk masuk semula ke dalam rumah. Dia terkejut. Helmi sedang menepuk tangannya.
"Tak sangka kau ada bakat terpendam." Kata Helmi lalu tergelak. Sofia mencebik.
"Diamlah. Sibuk je." Sofia melangkah masuk tanpa menghiraukan Helmi. Sofia ke dapur. Dia memikirkan apa yang perlu dia masak. Tadi sebelum dia menyidai baju Mika sudah mengadu dirinya sudah lapar.
"Aku nak masak apa eh?" Soal Sofia kepada dirinya sendiri. Dia membuka almari yang menyimpan makanan-makanan segera. Dia berfikir. Takkan nak sediakan mi segera je? Sedang Sofia memikirkan apa yang perlu dia masak, seseorang datang mengejutkannya daripada belakang.
"MAK KAU!!" Sofia melatah. Orang yang menerjah Sofia tadi terus mentertawakannya.
"Helmi! Kau memang nak kena kan?!!" Sofia menjeling Helmi.
"Sorry-sorry. Ni aku tengok kau macam tengah fikir masalah rakyat. Kau sebenarnya fikir pasal apa?" Soal Helmi kepada Sofia.
"Aku nak masak. Tapi aku tak tahu nak masak apa." Sofia menggaru belakang kepalanya.
"Oh, kau fikir tu ke? Kalau macam tu aku suggest masak mi kari. Sedap." Sofia mengubah reaksi mukanya. Helmi yang perasan itu, terus menegurnya.
"Oi. Sofia?"
YOU ARE READING
MY SENIOR
Random𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂 𝑵𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂 || 𝑯𝒆𝒍𝒎𝒊 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛 "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau suka aku." -Sofia Nadira. suka senior bukanlah satu benda yang pelik. Tapi hadaplah sendiri cabaran...