BAB 2 🪐

2.6K 173 2
                                    

Bahhar memakai topi sebelum keluar daripada rumah. Dia terus memulakan langkah ke kawasan bandar. Rata-rata penduduk di pulau itu hanya menggunakan basikal untuk bergerak. Malah mereka juga hanya berjalan kaki di situ.

Kenderaan seperti motor dan kereta hanyalah sedikit. Boleh dikira dengan sekali imbas.

Bahhar terus berjalan dan mencari di mana kedai roti. Dia masih belum biasa dengan jalan di situ. Oleh itu, dia hanya berjalan tanpa hala tuju.

Sedang dia berjalan, matanya terarah kepada sebuah kedai kek yang berada di seberang jalan. Dia terus berjalan ke situ. Jika kedai kek, pasti akan ada rotinya.

Bunyi loceng yang dipasang di pintu kedai itu menarik perhatian mereka yang berada di dalam. Semuanya memandang ke arah Bahhar yang melangkah masuk.

Terdapat juga bisikan-bisikan kecil tentang diri Bahhar. Pertama kali mereka melihat lelaki itu di pulau itu.

"Selamat datang. Cik nak beli apa?" Soal Aina dengan ramah.

"Saya nak beli roti," ucap Bahhar dan melihat beberapa roti yang diletakkan di dalam almari kaca itu.

"Roti apa ya? Dan Cik nak berapa?" Soal Aina dan segera mengambil dulang.

"Bagi semua roti ni," ujar Bahhar dengan tenang.

"Se.. semua?" Soal Aina dengan nada terkejut.

Bilangan roti itu terlalu banyak. Mampukah lelaki itu memakan semuanya.

"Ya," jawab Bahhar sepatah.

Dia terus memandang ke arah Aina yang berdiri kaku dengan dulang itu. Aina yang memandang ke arah mata Bahhar terus tersentak. Mata bewarna hijau itu menarik perhatiannya.

"Miss. Boleh cepat?" Tegur Bahhar apabila melihat Aina yang termenung.

Aina yang terkejut dengan suara Bahhar segera mengangguk. Dia terus mengambil roti yang diinginkan oleh Bahhar. Dua bungkus roti diletakkan di atas kaunter itu.

"Berapa semuanya?" Soal Bahhar.

"Dalam 200," ucap Aina serba salah.

Dia risau jika lelaki itu tidak mempunyai wang yang cukup. Melihat kepada pakaian lelaki itu, dia dapat mengagak yang lelaki itu bukanlah daripada golongan yang senang.

"Boleh bayar guna kad?" Soal Bahhar lagi.

Aina terus tersentak. Jarang orang di pulau itu menggunakan kad. Mujurlah kedai mereka menyediakan bayaran online kerana memikirkan pelancong luar.

"Sure."

Bahhar terus memberikan kadnya kepada Aina. Aina ternganga buat seketika. Kad hitam yang diberikan oleh Bahhar itu cukup diketahui oleh Aina. Kad itu tidak memiliki limit untuk mengeluarkan duit.

"Ini kad Cik. Terima kasih," ucap Aina dengan nada ketar.

Dia tersilap. Lelaki itu lebih kaya daripada mana-mana pelancong yang pernah singgah di kedainya.

Bahhar terus mengambil kadnya dan dua bungkus roti itu dan berjalan pergi. Aina pula termangu di kaunter itu. Daniel yang baru keluar terkejut melihat almari kaca yang sudah kosong itu.

"Mana pergi semua roti?" Soal Daniel.

Daniel menoleh ke arah Aina apabila soalannya tidak berjawab.

"Aina? Aina? Saya tanya ni?" Tegur Daniel.

"Huh? Apa dia?" Aina terus tersentak apabila namanya dipanggil.

"Awak ni kenapa? Macam nampak hantu," ucap Daniel dan meletakkan roti baru di dalam almari kaca itu.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now