Bahhar mengangguk-angguk kepalanya saat mendengar soalan daripada wartawan yang datang ke lobi Valine itu. Aaron di belakangnya hanya mendiamkan diri. James dan Willy setia dalam mengawal keselamatan lelaki itu.
"Boleh Tuan jawab soalan kami?" Soal seorang wartawan.
Semua soalan sudah diajukan kepada Bahhar. Tetapi Bahhar hanya mengangguk kepala sejak tadi.
Ruby yang berada di kawasan lif memandang geram ke arah lelaki itu. Dia cukup kenal dengan lelaki itu dan bagaimana liciknya lelaki itu dalam mendapatkan sesuatu. Tetapi dia tidak faham kenapa lelaki itu mengatakan bahawa Valine adalah miliknya.
Tiba-tiba pekerja yang berada di lobi mula berkata-kata sesama mereka. Suasana yang penuh dengan suara orang itu menarik perhatian Bahhar. Bahhar terus mendecit halus apabila matanya jatuh pada tubuh Felora.
Kamera juga terus berfungsi dengan galak. Mereka semua mahu mengabadikan kemunculan Felora saat itu.
Felora merenung tajam ke arah Bahhar. Dadanya bagaikan mahu pecah apabila melihat semua itu. Lelaki itu memang di luar jangkaannya.
"Miss Felora."
Felora terus menyilangkan tangannya dengan mata yang masih tidak lepas daripada membalas renungan Bahhar. Aaron terus tersenyum tipis apabila melihat dua insan itu.
Dua-dua memegang ego yang cukup kuat dalam diri mereka. Rasa tegang juga boleh dirasakan oleh mereka di sekeliling.
Ruby memandang pelik ke arah Felora yang hanya merenung tajam ke arah Bahhar. Dia mahu melihat bagaimana Felora mengawal situasi itu.
"Why are you here?" Soal Felora dan mempamerkan wajah seolah merajuk.
Mereka semua ternganga dengan wajah tegang Felora berubah kepada wajah yang monyok. Ruby juga terkejut dengan nada suara Felora saat itu. Barulah dia sedar bahawa Bahhar adalah lelaki yang menjawab telefonnya tempoh hari. Dan lelaki itu adalah suami kepada Felora.
Bahhar terus tersenyum sinis. Dia suka dengan nada suara Felora saat itu.
"Kenapa babe? You rindu I? Sorry I tinggal you sorang atas katil," balas Bahhar dan mengusap pipi Felora dan mengesat lipstick merah di bibir Felora.
Wartawan terus menekup mulut mereka kerana terkejut dengn situasi itu.
"Kenapa ramai-ramai ni? Nak temu ramah suami I ke?" Jeling Felora pada para wartawan itu.
"Err..."
Belum sempat mereka membuka mulut, muncul beberapa pengawal dan menarik mereka keluar. Malah James dan Willy juga menghempas kamera yang digunakan oleh wartawan itu.
Para pekerja yang lain juga mula beredar ke tingkat mereka. Masing-masing gerun selepas melihat mata tajam Felora itu.
Ruby mula menghampiri Felora dan Bahhar di situ. Felora hanya mempamerkan wajah biasa saat memandang ke arah Ruby.
"Betul ke baby, ni suami you?" Soal Ruby dengan wajah yang kecewa.
"You boleh dengar apa yang I cakap tadi Ruby. Excuse us."
Tangan Bahhar terus ditarik supaya mengikutnya naik ke tingkat atas. Ruby terus tergamam selepas mendengar jawapan Felora. Tiada langsung kata maaf daripada Felora buatnya.
Aaron hanya melemparkan senyuman ke arah Ruby sebelum masuk ke dalam lif. Begitu juga dengan James dan Willy.
Ruby mengetap giginya kerana berasa marah. Dia tidak akan izinkan Felora bersama dengan Bahhar. Lelaki itu terlalu berbahaya buat Felora.
YOU ARE READING
BAHHAR'S [ C ]
RomanceXxx Hubungan yang tumbuh secara tiba-tiba dan lesap sekelip mata. Start : 9 Ogos 2024 End : 22 Ogos 2024