Felora berjalan dengan penuh harapan supaya Daniel tiada di kedai roti itu. Dia mahu bertanya kepada Aina tentang keadaan Aina itu. Risau jika Aina menerima luka selepas terlanggar Bahhar.
Pintu ditolak dan dia terus dapat melihat Aina yang sedang mengelap meja makan. Kakinya terus menuju ke arah Aina.
"Hai," tegur Felora dengan serba salah.
Aina yang sedang mengelap meja itu terus mengangkat wajah. Dia berasa sedikit terkejut dengan kehadiran Felora dekat situ.
"Hai Fel. Nak beli roti?" Soal Aina dan terus berjalan ke arah kaunter.
"Eh tak. Saya cuma nak tanya pasal awak."
"Pasal saya? Kenapa?" Aina berasa pelik.
"Semalam kan awak terjatuh, jadi saya risau kalau awak ada luka dekat mana-mana," ucap Felora dengan senyuman kekok.
Aina terpempan. Dia tidak sangka Felora sanggup ke situ semata-mata kerana ingin bertanya tentang dirinya.
"Saya okay je. Kan saya jatuh atas badan orang semalam," balas Aina dengan sebuah senyuman.
Felora yang mendengar ayat Aina berasa lega. Mujurlah Aina tidak menerima apa-apa luka.
"Fel. Saya nak cakap something sikit boleh ke?" Ujar Aina dengan nada sedikit berbisik.
Felora terus berasa pelik. Dari gaya Aina berkata, nampak seperti penting.
"Boleh je."
"Tapi bukan sekarang. Kita jumpa petang nanti boleh? Dekat tepi pantai," jelas Aina dengan ceria.
"Okay. Saya tunggu awak dekat sana."
Felora hanya menerima ajakan Aina tanpa berfikir panjang. Lagi pula, Aina bukannya seperti orang lain yang suka merendahkan dirinya.
Aina berbeza.
Selepas dipaksa oleh Aina untuk mengambil sebuku roti, barulah Felora berjalan untuk pulang. Hatinya pula tidak sabar-sabar untuk mengetahui tentang perkara yang ingin disampaikan oleh Aina.
Sedang dia berjalan, bahunya terlanggar dengan seorang lelaki. Dia dapat mendengar lelaki itu mendecit marah.
"Maafkan saya. Saya tak sengaja," pohon Felora dengan nada takut.
"Dah tahu gemuk. Jalan la tepi sikit. Kau ingat lorong ni kau punya jalan?" Tengking lelaki itu.
Belum sempat Felora membalas, lelaki itu terus berlalu. Hatinya terasa pedih apabila diperkatakan seperti itu. Dia sudah berjalan di tempat yang betul. Lagi pula, dia perasan keadaan lelaki itu yang agak terhuyung-hayang. Mabuklah tu.
🪐
Felora berjalan masuk ke dalam rumah dengan keluhan berat. Entah apa nasibnya tiba-tiba ditengking seperti itu. Terang-terang bukan salahnya.
Bahhar yang bersandar di kaunter itu memandang tajam ke arah Felora. Dari pagi dia menanti perempuan itu, rupanya Felora sudah keluar.
"Kau pergi mana?" Soal Bahhar.
"Kedai roti," balas Felora dan duduk di kerusi kaunternya.
"Buat apa?"
Felora memandang ke arah Bahhar. Aneh. Sebab Bahhar bukanlah seorang yang suka bertanya tentang dirinya.
"Saya berjumpa dengan Aina tadi."
"Aina?" Kerut dahi Bahhar.
"Perempuan yang awak langgar semalam," jelas Felora.
YOU ARE READING
BAHHAR'S [ C ]
RomanceXxx Hubungan yang tumbuh secara tiba-tiba dan lesap sekelip mata. Start : 9 Ogos 2024 End : 22 Ogos 2024