BAB 11 🪐

2.5K 187 3
                                    

Felora melepaskan sebuah keluhan lega. Dia sudah memberitahu kepada Nek Onnu tentang apa yang berlaku. Malah keputusannya untuk pulang juga diterima oleh Nek Onnu.

Suatu saat nanti, dia akan kembali semula ke situ. Tetapi semua itu hanya kerana Nek Onnu. Hanya Nek Onnu sahaja yang sudi menerimanya dengan ikhlas.

Bahhar yang kebetulan baru sahaja masuk ke dalam rumah terus terhenti. Dia memandang ke arah Felora yang sedang termenung di meja kaunter.

"Kau okay?" Soalnya dengan kekok.

Felora mengangkat wajahnya dan menatap mata Bahhar. Tiada riak di wajahnya tika itu. Bahhar juga berasa pelik.

Soalan Bahhar dibiarkan begitu sahaja. Felora juga hanya menyambung kerjanya semula. Bahhar terus mendekat kepada Felora.

"Kau marah aku ke? Sebab aku tolak kau?" Soal Bahhar.

Felora mengeluh perlahan. Dia tidak tahu kenapa Bahhar perlu mengungkit perkara itu walaupun dia tahu bahawa hatinya akan sakit.

"Tak," balas Felora dengan nada perlahan.

"Kalau tak. Pandang aku," arah Bahhar.

Felora terus memandang tepat ke arah anak mata Bahhar. Lelaki itu juga memandang kembali ke dalam mata Felora. Seolah mencari sesuatu.

"Puas?" Soal Felora.

"Belum," balas Bahhar.

Felora hanya merengus dan terus duduk di kerusinya. Dia malas hendak melayan Bahhar saat itu. Bahhar terus berjalan mendekat ke arah Felora.

Pemegang kerusi Felora dipegang kemas. Dia juga tundukkan badannya dan menatap wajah Felora. Felora mula berasa tidak selesa. Kedudukan mereka berdua terlalu hampir.

"Awak nak apa?" Soal Felora tanpa memandang ke arah Bahhar.

"Aku tahu kau tak okay. Pandang aku," ujarnya dengan nada seolah mengarah.

"Bila saya cakap saya okay. Means saya okay. Jangan nak desak saya untuk cakap benda yang saya tak nak! Awak bukannya kisah pun," balas Felora dan menolak tubuh Bahhar ke belakang.

Selepas itu dia terus berjalan naik ke tingkat atas. Dia penat untuk menghadapi semua itu. Luka di hatinya masih belum pulih.

🪐

Ketukan di atas meja membuatkan Felora mengangkat wajah. Dia melihat seorang lelaki sedang merenung ke arahnya.

"Ya. Boleh saya bantu?"

"Boleh saya tanya. Ada ke penginap bernama Bahhar?" Soal Aaron dengan nada serius.

Felora tersentak. Bahhar yang dicari oleh lelaki itu.

"Ya dia ada di bilik atas," ungkap Felora tanpa berfikir panjang.

Dia yakin pasti lelaki itu sudah mengenali Bahhar. Jika tidak, kenapa harus mencari di situ. Felora hanya mendengar Aaron yang memberi arahan kepada dua orang lelaki di belakangnya. Mereka berdua terus menapak naik ke atas.

"Lama dah ke dia dekat sini?" Soal Aaron dan menjenguk ke arah Felora yang sedang ralit menulis.

"Huh? Siapa?"

"Bahhar," jawab Aaron.

"Boleh dikatakan juga. Hampir sebulan." Felora hanya mengandaikan seperti itu.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now