BAB 29 🪐

2.1K 143 0
                                    

Bahhar menarik nafas sebelum menolak pintu bilik itu. Felora pula masih di bawah bersama Hanna dan Aaron. Hanna juga tampak kekok kerana mengenali diri Felora yang merupakan pemilik Valine.

Kaki yang melangkah masuk ke dalam bilik lantas berhenti saat memandang ke arah wajah seorang gadis. Aleen pula masih termenung sambil memandang ke luar balkoni bilik.

"Ehem," dehem Bahhar sekali.

Aleen terus berpusing dan tersenyum saat melihat Bahhar di hadapannya.

"Bahhar!" Ucapnya riang dan mendepakan tangan untuk memeluk Bahhar. Tubuhnya masih tidak berdaya untuk berdiri.

Bahhae lantas berjalan ke arah katil dan memeluk erat tubuh Aleen. Aleen juga mengemaskan pelukannya di tubuh Bahhar. Akhirnya dia dapat bertentang mata dengan lelaki itu.

"Kenapa lambat?" Soal Aleen dengan air mata yang mengalir ke pipi.

"Maaf. Aku ada benda nak kena uruskan. Kenapa kau lama sangat tidur?" Soal Bahhar saat pelukan itu dileraikan.

"Bukan pilihan aku," jawab Aleen dengan nada kendur.

Bahhar mengusap lembut pipi Aleen yang nyata cekung. Dahulu wajah Aleen agak chubby. Tetapi sekarang semuanya sudah lain.

"Dia masih ganggu kita ke?" Soalan Aleen menyentak diri Bahhar.

"Tak lama lagi semua ni akan berakhir. Kau jangan risau." Kepala Aleen diusap lembut oleh Bahhar.

"Macam mana? Aku sanggup jadi saksi. Aku sanggup untuk ingat semua kejadian tu kalau boleh masukkan dia dalam penjara," tutur Aleen dengan bersungguh.

"Aku tahu. Tapi buat masa sekarang, jangan lagi. Pihak polis masih di bawah kuasa dia. Kita kena tunggu seseorang untuk bantu kita tangkap dia."

"Siapa?"

"Nanti kau akan tahu. Tapi harini, aku nak kenalkan kau dengan seseorang," ucap Bahhar dan berdiri semula.

"Siapa? Aku kenal dia ke? Perempuan atau lelaki?" Soal Aleen.

"Dia isteri aku."

Aleen terus tenganga saat mendengar perkataan isteri disebut oleh Bahhar. Dia cukup terkejut dengan perkara itu.

"Sejak bila?" Soalnya dengan debar.

"Sejak dua bulan lepas. Maaf. Aku tak kenalkan dekat kau lebih awal," ucap Bahhar dengan senyum tipis.

"Asalkan kau bahagia, aku pun bahagia. Mana dia? Aku nak jumpa dengan dia." Aleen mula teruja.

Siapakah pilihan Bahhar iaitu satu-satunya abang kandungnya? Dia cukup yakin gadis itu pasti jelita. Tengok sahajalah abangnya setampan mana. Pasti pasangan Bahhar juga sama.

"Kejap. Aku turun bawah untuk panggil dia."

Aleen hanya mengangguk dan berasa berdebar. Dia mahu bertemu dengan kakak iparnya.

🪐

Mata Felora meneroka rekaan rumah Bahhar itu. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke situ selepas berkahwin dengan Bahhar.

Hanna memandang ke arah Aaron sebagai isyarat untuk memulakan perbualan. Tetapi Aaron hanya menggeleng tanda tidak tahu topik apa yang hendak dibualkan.

Kemunculan Bahhar membuatkan Hanna berasa lega. Suasana canggung di ruang itu sudah cukup menyesakkan dirinya.

"Jom naik atas. Aku nak kenalkan kau dengan dia. Aaron, kau ikut aku sekali," arah Bahhar.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now