BAB 20 🪐

2.4K 165 5
                                    

Bunyi tembakan kedengaran di dalam rumah agam itu. Malah di lantai juga sudah bertaburan pasu dan perhiasan kaca yang lain.

Beberapa anak buahnya hanya menunduk kerana berasa gerun dengan amukan Iskandar saat itu. Masing-masing tidak berani untuk membuka mulut.

"Cari Aleen sampai jumpa dan bawa dia ke sini semula. Sama ada masih hidup atau dah mampus, aku tak kisah. Bawa dia balik pada aku!!!' laung Iskandar dengan dada yang berombak hebat.

Dirinya cukup marah selepas mengetahui kehilangan Aleen di bilik bawah tanah itu. Selama 6 tahun gadis itu ditidurkan, tiba-tiba ada yang menculiknya.

"Aku nak Bahhar datang jumpa aku! Kalau Bahhar tak datang, korang semua akan jadi mangsa aku yang seterusnya!" Tekannya dengan wajah yang cukup bengis.

Mereka semua terus mengangguk dan berlalu pergi. Walaupun kebarangkalian mereka membawa Bahhar ke situ adalah tipis, tetapi mereka perlu usahakan juga. Mereka semua tidak mahu nyawa mereka diambil oleh Iskandar.

Qari melangkah masuk ke dalam ruang tamu itu dengan wajah yang tiada riak. Iskandar memandang dengan tajam ke arah pembantu kanannya itu.

"Apa maklumat terkini kau ada?" Soalnya dan meneguk rakus air busuk itu.

"Bahhar dah menikah..."

Kata-kata Qari saat itu cukup membuatkan darah Iskandar mengelegak semula. Satu berita yang cukup pantang untuk dia dengar.

"Siapa perempuan tu? Siapa yang ambil anak aku!" Marahnya.

"Felora Inara. Pemilik Valine."

Gelas yang berada di tangannya terus dicampak ke atas lantai. Dia terus ketawa bagaikan orang gila.

"Dasar perempuan sial! Dia fikir dia mampu rebut semua hak aku ke!"

Iskandar mengetap giginya dengan kuat. Dia berasa cukup marah dengan kemunculan penyambung Fredrick itu sejak 3 tahun yang lalu. Semuanya menjadi kucar-kacir buat Neptune. Ho yang telah dibina olehnya sejak bertahun.

"Panggil Mike untuk jumpa dengan aku. Aku ada tugas baru untuk dia," arah Iskandar.

Qari lantas mengangguk dan berjalan pergi.

🪐

Felora merenung ke arah pantai dengan pandangan kosong. Matanya sudah bengkak kerana puas menangis. Tangan Bahhar yang melilit tubuhnya terasa nyaman padanya saat itu. Kepalanya juga dilentokkan di bahu Bahhar.

"Aku akan bunuh lelaki tu. Itu janji aku," ucap Bahhar.

"Tapi dengan cara apa? Dia tu licik seliciknya manusia. Kau tahu kan itu ayah kau," balas Felora.

Dia juga baru sahaja tahu selepas Bahhar membuka sendiri kisah itu. Dia tidak sangka rupanya Bahhar adalah anak kandung kepada Iskandar. Tetapi dendam Bahhar itu muncul selepas kematian ibunya.

"Aku akan hancurkan Neptune. Ho tanpa tinggal sikit debu pun."

Felora mula berasa takut. Bahhar juga tidak seperti dulu. Mata lelaki itu sahaja sudah penuh dengan dendam. Dia risau jika semua itu akan menghancurkan diri Bahhar sendiri.

Felora terus menolak tangan Bahhar di tubuhnya dan berdiri. Dia baru teringat dengan pertemuannya dengan Ruby.

"Hantar aku balik."

"Kau nak ke mana? Nak jumpa dengan perempuan tu ke?" Soal Bahhar.

"Aku dah janji dengan dia. Jadi hantar aku balik. Nanti aku minta dia datang rumah aku," jelas Felora dan mahu berlalu ke arah kereta Bahhar.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now