BAB 1 🪐

8.5K 261 10
                                    

Seorang kanak-kanak lelaki muncul di sebelah Felora. Pandangan hairan dilemparkan kepada budak lelaki itu. Lama dirinya ditenung oleh budak lelaki itu.

"Ya adik. Kenapa?" Soal Felora dengan nada kekok.

"Akak cantiklah tapi chubby," ucap budak lelaki itu dan terus melarikan diri.

Felora bungkam di tempat dia berdiri. Dia tidak pernah lagi ditegur sebegitu. Malah daripada budak kecil. Dirinya terus berasa malu kerana terdapat beberapa masyarakat yang lalu lalang di depannya turut menoleh ke arahnya.

'Ish. Aku jalan macam biasa je. Tak payah la toleh macam nak makan orang,' bebel Felora sendirian.

Kakinya di bawa laju ke arah sebuah kedai roti. Dia mahu membeli kek untuk Nek Onnu. Wanita itu sudah memberinya pesanan supaya singgah membeli kek sebelum pulang.

Bunyi loceng yang berbunyi kerana pintu dibuka menarik perhatian mereka yang berada di dalam. Ada yang memandang aneh kepada Felora dan ada juga yang tersenyum.

Felora malas mahu berlama-lama di situ. Dia tahu sikap penduduk di Pulau itu yang suka mengumpat. Pantang melihat seseorang yang aneh.

"Hai Felora. Lama tak nampak," tegur Aina apabila terpandang kepada Felora.

"Hehe. Saya kurang sihat sikit dua tiga hari ni..." dalih Felora.

Dia masih kekok dengan Aina. Walaupun Aina yang menghulurkan persahabatan itu. Sikap Aina yang lemah lembut itu membuatkan dirinya berasa kecil sahaja. Tambah pula paras rupa Aina cukup cantik. Ditambah pula dengan tubuhnya yang langsing.

"Fel nak beli kek ya? Nak kek apa?" Soal Aina dengan lembut.

"Uhm. Bagi saya kek pandan boleh?" Minta Felora.

"Itu je ke Fel? Tak nak yang lain?" Soal Aina dan meletakkan satu potongan kek ke dalam bekas.

"Itu je Aina," jawab Felora.

Dia mahu menguruskan badannya. Jadi dia berada dalam fasa cut sugar.

"Eh kau Fat. Lama aku tak nampak kau. Makin berisi aku tengok." Muncul seorang lelaki daripada bahagian dapur.

Saat itu, wajah Aina juga berubah tanda kurang senang. Felora yang mendengar panggilan namanya terus terasa. Sudahlah kuat, habis pelanggan di dalam kedai itu menoleh ke arahnya.

"Tak baik la Daniel," tegur Aina dengan garang.

"Apa yang tak baik. Bukan nama dia Fat ke? Kena dengan badan," ejeknya lagi.

"Nama dia Felora. Bukan Fat. Awak ni kenapa? Tak reti nak sebut nama orang elok-elok." Marah Aina.

Jelas terpancar wajah Aina yang ketat itu. Daniel yang melihat perubahan di wajah Aina hanya menelan air liur. Dia pula yang dimarahi oleh pujaan hatinya itu.

"Aina. Saya beli ya. Saya pergi dulu..." ucap Felora dengan laju.

Cepat-cepat dia mengambil plastik yang berisi kek pandan itu. Dia berasa mahu menimbus mukanya di dalam tanah kerana rasa malu.

"Fel. Kejap!!"

Aina terus mengejar Felora yang sudah keluar daripada kedai. Daniel hanya menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Sedikit pun dia tidak merasa bersalah.

Felora yang mendengar namanya dipanggil menoleh ke belakang. Dia terus berhenti saat melihat Aina menuju ke arahnya.

"Ambil ni. Hadiah daripada saya."

Satu plastik yang berisi roti dihulurkan kepada Felora.

"Eh. Saya tak perlukan roti ni, Aina. Saya beli kek sahaja." Tolak Felora dengan laju.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now