BAB 19 🪐

2K 164 5
                                    

Bunyi kereta Felora mula mengaum kuat. Dia agak terkejut apabila melihat kereta Bahhar di belakangnya. Saat itu rasa takut mula menrajai hatinya. Kenapa lelaki itu berubah seperti itu?

Felora cuba untuk kekal dan memandu selaju yang mungkin di lebuh raya itu. Tetapi kereta milik Bahhar lebih pantas dan terus menyekat laluan Felora. Felora yang terkejut dengan kehadiran kereta Bahhar terus membelok ke kiri dan berhenti secara mendadak. Kepalanya juga terhantuk di stereng kereta kerana tersentak.

"Lelaki ni gila ke?!" Marahnya sambil mengusap dahinya yang berasa sakit.

Ketukan di cermin kereta dijeling tajam oleh Felora. Dia dapat melihat wajah serius Bahhar di situ. Lelaki itu juga mengetuk tanpa henti cermin tingkapnya itu.

Felora terus mendecit halus dan mengeraskan tubuhnya. Dia tidak mahu keluar dari keretanya. Dia mahu melihat sejauh mana tahap kesabaran Bahhar.

Lama Felora berkeras di dalam kereta sehingga bibirnya tersenyum sinis. Dia melihat Bahhar yang sudah berlalu ke arah kereta miliknya. Tetapi senyumannya mati apabila dia melihat Bahhar mengeluarkan kayu golf dari keretanya.

Mata Felora terus membulat saat dia melihat senyuman di wajah lelaki itu. Dadanya terus berdebar hebat. Bahhar pula menghayun kayu golf itu seolah sedang memeriksa kelajuan kayu golf itu.

Felora terus menekan hon keretanya dengan cukup lama. Dia cukup marah dengan cara Bahhar saat itu.

Gila! Lelaki itu memang gila!

Bahhar hanya berlagak tenang dengan tangan yang masih memegang kemas kayu golf itu. Felora terus menjerit sekuat hati kerana berasa sebal.

Dia terus membuka pintu dan melangkah keluar. Hatinya juga berasa sakit kerana tiada kereta yang sudi membantunya saat itu. Semuanya sudah memecut di lebuh raya itu.

"Apa masalah kau?!" Jerkah Felora.

Pintu keretanya masih dibuka sebagai langkah berhati-hati. Dia akan masuk ke dalam keretanya jika Bahhar menyerangnya.

"Ikut aku," ucap Bahhar dan berjalan setapak demi setapak ke arah Felora.

"Aku ada hal dengan seseorang. Boleh tak kau jangan nak menyibuk!" Cercanya dengan hati yang cukup membengkak.

"Jangan beri aku hancurkan kereta kau. Ikut aku!" Tutur Bahhar dengan mata yang tajam.

Felora menarik nafas sedalam mungkin sebelum melepaskan dengan cukup kuat. Dia berasa sesak dengan apa yang berlaku. Dengan rasa bengang, dia terus mencapai handbagnya dan berjalan masuk ke dalam kereta Bahhar.

Saat Felora yang masuk ke dalam kereta Bahhar, dia terdengar bunyi hentakan yang cukup kuat. Felora terus memandang cermin kereta Bahhar.

Matanya membulat dan langkah terus dibuka untuk keluar. Mulutnya tercengang apabila melihat lamborghini venenonya hancur di bahagian hadapan.

Bahhar juga seolah-olah puas saat menghancurkan muka depan kereta mewah miliknya itu. Saat itu tubuh Felora menggigil. Dia sudah tidak kenal dengan lelaki yang dulunya cukup baik di matanya. Liur ditelan berulang kali apabila dia melihat wajah serius Bahhar.

"Masuk dalam kereta," arah Bahhar dengan mata tajamnya.

Felora dengan rasa debar terus berjalan masuk ke dalam kereta milik Bahhar. Air matanya terus menitis kerana berasa takut.

Bahhar masuk ke dalam keretanya dan terus memecut pergi. Suasana yang hening di dalam kereta itu membuatkan Felora berasa tertekan.

🪐

Ruby menanti kehadiran Felora sejak pukul 2 petang. Dia mula resah dalam menanti kehadiran gadis itu. Selalunya Felora tidak lambat seperti ini. Sudah sejam masa berlalu.

Ruby cuba menghubungi nombor Felora buat kali ke 10. Sejak tadi nombor itu tidak mengangkat panggilannya. Tiba-tiba panggilan itu bersambung, Ruby terus berasa lega.

"Ini siapa?" Soal Ruby saat mendengar satu suara yang agak garau. Hatinya mula berdebar.

"Jangan tunggu dia lagi. Dia takkan datang," ucap Bahhar dan tersenyum melihat Felora yang sudah lena di sebelahnya.

"Kau siapa? Mana Felora!" Bentak Ruby. Dia sudah tidak menghiraukan pandangan orang sekeliling.

"Aku suami dia. Ada masalah?" Balas Bahhar dengan tenang.

"Suami? Kau mengarut apa ni? Dia tak kahwin lagi. Beri telefon ni pada Felora. Aku nak cakap dengan dia sendiri!" Marah Ruby.

"HAHAHA. Kau yakin dia tak kahwin lagi? Jadi aku ni siapa? Senang cakap je lah Miss. Dia dah jadi milik aku sepenuhnya. Jadi aku takkan izinkan dia untuk berjumpa dengan kau lagi. Bye-bye young lady," tutur Bahhar dan menamatkan panggilan tersebut.

Ruby terus mengetap giginya kerana berasa marah dengan cara lelaki itu bercakap. Dia cuba untuk tenang tetapi tidak berjaya. Segala rahsia Felora dia sudah tahu, mustahil Felora mendiamkan diri tentang hal sepenting itu.

Sedang dia cuba mencerna situasi yang berlaku, telefonnya berdering sekali lagi. Ruby merenung nama si pemanggil sehingga panggilan itu mati.

Tangannya terus memegang kepalanya tanda dia tertekan. Dia perlu mencari Felora di mana. Dia tidak boleh membiarkan orang lain merebut Felora.

🪐

Felora membuka matanya perlahan-lahan. Lehernya juga terasa sengal kerana tertidur di dalam kereta. Pemandangan pantai yang berada di hadapan matanya membuatkan dia bingung. Dia terus menoleh ke sebelah dan nyata kosong.

Felora mengesat matanya dan mengikat semula rambutnya yang agak serabut. Selepas itu, matanya jatuh pada susuk tubuh Bahhar yang sedang berdiri menghadap air laut itu.

Satu keluhan dilepaskan oleh Felora. Jujurnya dia menyesal kerana bersetuju untuk berkahwin dengan Bahhar. Lelaki itu mempunyai topeng yang pelbagai. Dan dia mangsa yang tertipu dengan topeng itu.

Pintu dibuka dan Felora melangkah keluar. Angin pantai yang sejuk itu membuatkan Felora memeluk tubuhnya. Rasa dingin itu juga seolah menampar pahanya yang terdedah itu.

"Aku nak balik," ucap Felora saat berdiri di belakang Bahhar.

"My chucky wife dah bangun," balas Bahhar dan tersenyum. Felora mula berasa jijik dengan senyuman itu.

"Kau mesti sejuk kan?"

Bahhar terus menanggalkan jaket kulit hitamnya dan disarungkan ke tubuh Felora. Felora hanya mengeras bagaikan batu. Hanya matanya sahaja yang mencerlung tajam ke arah Bahhar.

"Aku nak kita berbincang secara serius. Tentang dendam yang ada dalam diri kau dan juga diri aku," ucap Bahhar dengan serius.

"Jadi apa rancangan kau? Apa rancangan hebat kau sekarang ni? Kau dah dapat aku. Aku dah serahkan diri aku pada kau, jadi apa yang kau nak buat untuk hancurkan manusia iblis tu!" Bentak Felora tiba-tiba.

"Chills my wife. Calm down okay. Aku nak tahu sebab kau benci dengan lelaki tu dulu. Adakah dendam kita ni sama atau tak?" Kali ini Bahhar berdiri sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Dia manusia yang paling tak berhati perut yang pernah aku jumpa. Dan kau pun sama dengan dia," balas Felora dengan rasa marah yang membuak.

"Apa yang dia dah buat pada kau?"

Lama Felora mengunci mulut. Air matanya mula menitis saat teringat dengan kisah buruk yang pernah berlaku dulu. Rasa sakit kehilangan itu masih utuh dalam jiwanya.

Tiba-tiba tubuhnya dipeluk oleh Bahhar. Felora cuba untuk menolak tubuh Bahhar tetapi tidak berjaya. Pelukan Bahhar itu cukup kemas pada tubuhnya.

Dan dia hanya mampu menangis teresak-esak.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now