"Jadi isteri aku," ucap lelaki itu.
"Huh?!"
Felora mula mengerutkan dahinya. Dia agak keliru dengan kata-kata lelaki itu.
"Aku tak kenal kau. Dan aku tak kan jadi isteri kau. Lelaki gila!" Marah Felora dan menolak tubuh lelaki itu ke belakang.
Dia terus membuka langkah ke keretanya semula. Semakin lama dia di situ, dia boleh menjadi gila.
"Fel!!" Jeritan lelaki itu membuatkan langkah Felora terhenti.
Felora agak pantang apabila orang yang dia tidak kenal memanggilnya dengan nama itu. Hanya orang terdekat sahaja yang layak memanggilnya dengan nama itu.
Felora terus memusingkan badannya ke belakang. Memandang ke arah lelaki itu dengan mata yang tajam.
"Kau tak kenal dengan aku ke?" Soal lelaki itu dan membuka cermin mata hitamnya.
Saat itu, angin yang bertiup agak kuat sehingga rambut Felora bergerak ke depan. Matanya terus membulat saat melihat Bahhar di situ. Lelaki itu hanya memandangnya dengan pandangan kosong.
"Tak. Aku tak kenal kau," ucap Felora dan terus berjalan ke arah keretanya.
Bahhar mengeluh perlahan dan berlari ke arah Felora. Tetapi dia tidak sempat untuk menahan Felora kerana Felora dengan lebih laju mengunci keretanya.
Tanpa membuang masa, Felora terus memecut pergi. Dia juga tidak memandang cermin keretanya untuk memastikan keadaan Bahhar. Baginya dia tidak kenal dengan lelaki itu.
Bahhar mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Nombor Willy dicari dan ditekan laju. Hanya sesaat panggilan itu bersambung.
"Bagi aku alamat rumah Felora Inara," arahnya dan terus menamatkan panggilan telefon itu.
🪐
Pekerja yang berada di bahagian lobi Valine lantas menundukkan kepala saat melihat Felora. Mereka semua memberi ruang kepada Felora untuk berjalan ke arah lif. Wajah ketat Felora saat itu menggerunkan mereka semua.
"Kate. Masuk bilik I," arah Felora kepada setiausahanya di luar.
Kate yang terkejut dengan kehadiran Felora terus terpinga-pinga. Buku notanya terus dicapai dan dia terus berlari anak ke arah bilik Felora.
Di bilik itu, Felora sudah duduk di kerusinya sambil mengurut kepalanya. Dia berasa cukup marah dengan kehadiran lelaki itu. Sudah 3 tahun, mereka tidak berjumpa, tiba-tiba lelaki itu muncul di depannya dan mengajaknya berkahwin.
"Ya Miss," ucap Kate sambil berdiri di hadapan meja Felora.
"Duduk."
Kate terus menarik kerusi dan duduk. Dadanya terus berasa berdebar saat melihat wajah serius milik Felora.
"I nak you ambil alih meeting tengah hari esok. Esok I tak kan masuk office. Seharian. Kalau ada apa-apa masalah, minta Tom backup semua tu. Understand?" Ucap Felora dengan laju.
Kate terus mencatat segala yang disebut oleh Felora. Dia risau jika nanti dia tersilap langkah.
"Tapi esok meeting dengan Mister Jacob?" Soal Kate.
Mister Jacob merupakan orang terpenting bagi Valine. Malah Mister Jacob menjadi salah seorang pemegang saham terbesar di Valine.
![](https://img.wattpad.com/cover/335488611-288-k248162.jpg)
YOU ARE READING
BAHHAR'S [ C ]
RomanceXxx Hubungan yang tumbuh secara tiba-tiba dan lesap sekelip mata. Start : 9 Ogos 2024 End : 22 Ogos 2024