BAB 4 🪐

2.1K 156 3
                                    

Aina yang sedang menyusun roti memandang ke arah pintu. Bunyi loceng yang agak kuat itu mengalihkan fokusnya. Dia tersenyum saat melihat Felora melangkah masuk ke dalam.

"Hai Fel. Lama tak nampak," ucap Aina sambil tersenyum.

Seminggu juga dia tidak nampak Felora ke kedainya. Dia memikirkan yang Felora terasa dengan ejekan Daniel tempoh hari.

"Masih ada roti dekat rumah," luah Felora dan tersenyum kekok.

"Tapi Fel takde datang pun dekat sini. Fel buat roti sendiri ke?" Soal Aina pelik.

"Tak. Tak. Ada salah seorang penginap dekat situ beri roti dekat Nek Onnu. Jadi cukuplah kami makan untuk seminggu," jelas Felora.

Aina yang mendengar mula berasa tertarik. Setiap hari dia menunggu lelaki yang bermata hijau itu muncul di kedainya, tetapi hampa. Lelaki itu tidak pernah datang ke situ.

Tetapi selepas mendengar cerita Felora, hatinya mula terdetik. Adakah lelaki itu duduk di situ juga?

"Lelaki tu bermata hijau ke?" Soal Aina dengan penuh rasa ingin tahu.

"Huh?" Felora agak terkejut dengan soalan Aina. Pelik.

"Uhm. Takde apa lah. Lupakan je. Fel nak roti atau kek?"

Aina malas membuat Felora tertanya-tanya. Dia mahu lelaki itu untuk dirinya sahaja. Bukan pada gadis lain.

"Bagi saya dua kek pandan. Dan lima bungkus roti," pinta Felora selepas melihat beberapa roti yang masih hangat.

"Okay. Sekejap ya. Fel boleh duduk dulu," ucap Aina.

Felora terus mengangguk dan duduk di tempat duduk yang kosong. Matanya ralit memandang bingkai gambar yang digantung di dinding.

"Eh?"

Kemunculan Daniel yang baru sahaja masuk ke kedai menyentak lamunan Felora. Dia tidak suka dengan sikap Daniel itu. Suka mengejeknya.

Daniel meletakkan seguni tepung yang dibawanya ke atas lantai. Selepas itu dia berjalan ke arah Felora. Mahu mengusik gadis itu. Felora sudah resah apabila melihat Daniel berjalan ke arahnya.

"Lama tak nampak kau datang sini Fat? Kau apa khabar?" soalnya dan duduk di sebelah Felora.

Felora mula berasa tidak selesa. Beberapa pelanggan yang melihat mereka juga memandang dengan mata menghina.

"Sihat," jawab Felora sepatah.

Dia hanya berdoa supaya Aina menyiapkan pesanannya dengan cepat. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan Daneil.

"Kau mesti diet kan? Sebab tu tak datang sini," ucap Daniel dan ketawa besar.

Felora terus menunduk ke bawah. Dia terasa malu apabila pelanggan lain tergelak kecil dengan kata-kata Daniel.

"Eh Daniel. Saya dah cakap kan jangan ganggu Fel." muncul Aina dengan bungkusan yang ditempah oleh Felora.

Felora segera berdiri dan berjalan ke arah Aina. Dia mahu beredar dengan cepat daripada situ.

"Aku berbual dengan dia je. Bukannya sentuh dia ke apa. Budak gemuk macam tu bukan selera aku. Hilang selera ada lah," kutuk Daniel dengan nada selamba.

"Mulut awak kan. Celupar!" Marah Aina.

"Itu fact Aina. Lain la kalau badan dia macam awak. Barulah saya layan dia dengan baik," balas Daniel tanpa rasa bersalah.

Felora sudah cuba menahan air matanya daripada menitis. Dia benar-benar tersentap dengan kata-kata Daniel itu. Jijik sangat ke badannya.

"Saya pun tak hadap lelaki macam awak. Suka shaming badan perempuan lain. Lelaki miang!" Marah Aina dan merengus kasar.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now