BAB 23 🪐

2.4K 176 2
                                    

Sewaktu Felora berjalan ke arah lif, dirinya bertembung dengan Ruby yang baru sahaja tiba di tingkat itu. Wajah terkejut Ruby membuatkan Felora berasa pelik. Seolah tidak mahu berjumpa dengannya.

"You dari mana?" Soal Felora.

"Err. I dari tingkat bawah. Beri dokumen dekat Han," jawab Ruby dengan  nada teragak.

"Mesyuarat dua hari lepas. Nanti beri laporan dekat I. I nak balik dulu," ucap Felora dan berura-ura untuk beredar tetapi ditahan oleh Ruby.

"Kenapa?" Mata Felora tajam menatap mata Ruby.

"You tak nak jelaskan apa yang berlaku? Kalau daddy I tahu macam mana? Apa yang I perlu cakap dekat dia?"

"Beritahu je lah macam biasa. I dah kahwin. Settle. Kenapa? You tak boleh terima I dah kahwin ke?"

Soalan Felora membuatkan Ruby tersentak. Dia mula kehilangan ayat untuk merespon semula. Bahhar yang berjalan ke arah mereka menyekatnya lagi untuk bersuara dengan Felora.

"Ingat laporan mesyuarat tu Ruby. Jangan lupa. I tak nak ada satu kesalahan pun," tutur Felora dan berjalan masuk ke dalam lif.

Bahhar hanya berjalan melintasi Ruby bagaikan Ruby tidak wujud di matanya. Selepas pintu lif tertutup, Ruby terus menayangkan wajah bengang. Bermaki-makian dia sebut saat itu.

"Miss Ruby?" tegur Kate yang baru keluar dari tandas. Dia agak terkejut saat melihat wajah Ruby yang agak ketat itu.

Ruby hanya merengus dan berlalu pergi. Dia masih marah dan bengang dengan apa yang sudah berlaku. Dia perlukan seseorang untuk menyelidik tentang perkahwinan antara Felora dan Bahhar. Bahhar tidak boleh mengambil Felora daripadanya. Hanya Felora sahaja senjatanya untuk kekal senang di dalam dunia itu.

🪐

Di bahagian lobi lengan Felora dipegang oleh Bahhar sehingga membuatkan tubuhnya terdorong ke belakang. Wajah Bahhar yang sinis itu ditatap geram oleh Felora.

"Lepaskan lah!" Bentak Felora dengan nada perlahan. Mujurlah tidak ramai pekerjanya berada di bahagian lobi.

"Macam mana kau datang sini? Kereta kau dah hancur," tanya Bahhar. Itulah persoalannya selepas dia melihat kemunculan Felora di situ.

"Kau fikir aku ada sebuah kereta je?" Perli Felora dan menolak tubuh Bahhar supaya menjauh sedikit.

"Hahaha. Aku lupa kau ni anak orang kaya. Bukan budak pulau dulu," sindir Bahhar semula.

Felora yang malas hendak bertekak terus membuka langkahnya. Tetapi Bahhar tetap melelar tangannya supaya berhenti.

"Nak apa lagi Bahhar?!"

"Balik dengan aku. Aku tak nak kau drive sendiri," arah Bahhar dan menarik tangan Felora.

Felora terus merentap tangannya daripada dipegang oleh Bahhar.

"Aku tak nak balik dengan kau. Hidup aku bukannya bergantung pada kau. Jangan sibuk dengan urusan hidup aku!" Marah Felora dan terus berlari keluar ke arah keretanya.

Bahhar hanya mengeluh kasar. Degil betul isterinya itu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi kasar. Bahhar terus merentap dan mengangkat panggilan tersebut.

Aaron, Willy dan James yang baru muncul di lobi memandang pelik ke arah wajah ketat Bahhar.

"Kenapa?" Soal Aaron.

"Aku nak korang follow ke mana Felora pergi. Jaga keselamatan dia," arah Bahhar.

"Kau nak ke mana?" Aaron mula berdebar.

"Iblis tu nak jumpa dengan aku. Jaga Felora baik-baik. Kalau berlaku apa-apa dekat dia. Nahas kau orang bertiga."

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now