BAB 31 🪐

2.1K 135 7
                                    

Felora membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya putih yang menerjah matanya membuatkan dia memejam semula. Rasa sakit di kepala masih terasa. Malah tubuhnya juga berasa cukup lemah.

Selepas berjaya membuka mata, dia terus terpandang pada sekeliling bilik yang bewarna putih semuanya. Tubuhnya juga berbaring di atas sebuah katil berona sama dengan bilik itu. Tangannya juga dicucuk dengan branula.

Dia cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya. Tubuhnya bagaikan lumpuh saat itu.

Pintu yang terbuka di hadapannya membuatkan jantung Felora berdegup kencang. Wajah sinis Iskandar saat itu membuatkan dia berasa takut. Iskandar terus berjalan mendekati katilnya dengan senyuman sinis yang masih ada di wajahnya.

"Dah bangun?" Soalnya dan ketawa halus.

Felora yang mahu membuka mulut tidak berjaya. Dia sendiri tidak tahu kenapa tubuhnya menyekat segala gerakan.

"Tak payah nak berusaha nak bangun. Hanya mata dan jantung kau je yang masih berfungsi. Mungkin otak kau juga kan," tutur Iskandar dan berpusing ke belakang.

Felora terus melihat di hadapannya sebuah skrin besar. Tidak lama selepas itu, muncul gambar sebuah keluarga. Dia mula berasa berdebar saat melihat gambar keluarga tersebut.

"Sebabkan degupan jantung kau akan terhenti nanti, aku akan ceritakan semua yang berlaku," ucap Iskandar dan ketawa galak.

Felora terus terkedu. Degupan jantungnya akan terhenti? Dirinya mula diserbu dengan rasa takut.

"Kau tahu siapa budak lelaki tu?" Iskandar menoleh ke arah Felora.

Hanya air mata sahaja yang mengalir saat itu. Felora tidak mampu untuk menggerakkan kepalanya.

"Itu anak aku. Anak kesayangan aku. Tapi apa dia buat sekarang. Dia dah hancurkan bapa dia sendiri. Dan adik dia tu adalah punca semua ni," jelas Iskandar.

"Aku ingat kalau gunakan adik dia, dia akan dengar cakap aku semula. Tapi sayangnya dia tahu semua benda yang aku buat pada mak dia. Haish. Sayang betul. Kalau tak, dia boleh gantikan tempat aku."

Iskandar mengeluh perlahan dan menukar gambar itu kepada gambar yang lain. Dan saat itu mata Felora mula membulat. Gambar ibunya sekarang terbentang di hadapannya.

"Muka dia sama kan dengan kau? Sebab dia mak kau. Dan dia kekasih aku," ujar Iskandar dan tersenyum tipis.

"Takde siapa yang tahu sebenarnya Matilda adalah kekasih aku sehinggalah mak suami kau bocorkan rahsia itu pada ayah kau. Dan kau tahu nasib yang akan menimpa pada seseorang kalau dia ganggu kepunyaan aku. Fredy kurung Matilda dalam rumah tapi Matilda dapat larikan diri. Dan Matilda bunuh Sofea pada hari yang sama," jelas Iskandar dan ketawa lagi.

Dada Felora mula berasa sakit. Segala yang diketahuinya saat ini cukup memberi satu tekanan dalam kepalanya.

"Aku ingatkan Aleen dan Bahhar takde dekat rumah waktu tu. Tapi Aleen nampak kejadian Matilda bunuh Sofea depan mata dia. Dan Matilda larikan diri ke rumah Fredy. Bodoh kan? Dia hanya beritahu aku yang dia tak sengaja. Tapi apa aku boleh buat? Dia cinta pertama aku. Dan aku hapuskan mayat Sofea. Aleen pula? Aku tidurkan dia dengan dadah yang aku beri sama pada kau sekarang. Tapi lebih kuat," sambung Iskandar.

Felora terus memandang ke arah wayar yang disambung ke lengannya. Dia tahu dadah itu sentiasa disalur ke tubuhnya.

"Dan Bahhar anggap aku yang bunuh mak dia. Tapi kenapa mak dia masuk campur urusan aku. Kalau mak dia senyap, semua ni takkan berlaku."

"Oh ya. Kau mesti pelik kenapa aku bakar rumah Fredy tu kan? Sebab aku marahkan dia. Dia kurung Matilda dalam rumah tu. Dan silap aku sendiri, Matilda tak dapat dikeluarkan waktu tu. Dan semua tu hancur dalam kebakaran tu termasuk kakak kau. Untung kau takde dekat sana kan? Kalau tak kau takkan dapat kahwin dengan anak aku."

Iskandar berjalan ke birai katil itu dan tersenyum sinis. Dia benci saat melihat wajah Felora yang sama seperti Matilda. Tetapi hati gadis itu cukup berbeza dengan kekasihnya.

"Jangan risau. Bahhar akan menyusul kau nanti. Kau boleh jumpa dia dalam syurga. Anak aku tu memang tak kenang budi. Sama macam mak dia," maki Iskandar dan duduk di sebuah kerusi sambil mengisap rokok.

Felora terus memejam matanya. Rasa pening mula berganda-ganda di dalam kepalanya. Pandangannua juga menjadi semakin kabur.

"Aku dah hilang semuanya dalam dunia ni. Neptune. Ho milik Sofea ni pun dah dihancurkan oleh anak lelaki dia. Jadi aku dah malas nak pertahankan. Aku akan teman kau untuk hembuskan nafas terakhir. Takde lah kau sunyi sangat kan?" Tutur Iskandar dan ketawa lagi.

🪐

Aaron terus menyekat Ruby yang tiba-tiba muncul di hadapan bilik hospital itu. Bahhar masih tidak sedarkan diri selepas kemalangan yang berlaku. Aleen pula setia menanti abangnya untuk sedar.

"Bagi aku jumpa dengan Bahhar," ucap Ruby dengan wajah cemas.

"Untuk apa? Aku tak izinkan," tegah Aaron dengan nada kasar.

"Semuanya tentang Felora. Kalau kita lambat, Felora akan mati," jelas Ruby.

Aaron terus terkedu. Willy dan James masih mencari keberadaan Felora saat ini. Malah mayat Uncle Bob yang ditemui di rumahnya juga menyekat pencarian mereka. Iskandar pula hilang sejak pagi lagi.

Tiba-tiba bunyi sesuatu benda yang terjatuh dari dalam bilik. Aaron segera masuk dan melihat Bahhar yang terduduk di atas lantai. Aleen pula mula gelabah kerana dia tidak dapat menggerakkan kakinya dengan kuat lagi.

"Bahhar."

"Bawa aku pergi sana, Ruby. Bawa aku pergi jumpa dengan Felora," pinta Bahhar dengan rasa sakit yang mencucuk di bahagian pinggangnya.

"Badan kau masih tak pulih Bahhar," cegah Aaron.

"Bahhar. Kau dalam bahaya sekarang. Badan kau masih perlukan rehat," pujuk Aleen pula.

"Diam! Aku nak selamatkan isteri aku. Bawa aku ke sana Ruby!!" Jeritnya kasar.

Ruby mula serba salah. Dia tidak berdaya untuk memapah tubuh sasa Bahhar keluar. Aaron pula seolah sedang berdebat dengan dirinya sendiri.

"Bawa aku dengan Bahhar ke sana," luah Aaron dan membantu Bahhar untuk bangun.

"Aaron! Saya tak benarkan! Bahhar perlukan rehat!" Tegah Aleen dengan nyaring.

"Maaf Aleen. Tapi buah hati aku dalam bahaya sekarang," ucap Bahhar dengan nada perlahan.

Dan mereka semua berjalan keluar dari bilik itu. Aleen terus menangis teresak-esak. Dia tahu apa yang bakal berlaku kepada Bahhar kelak. Hanna yang baru sahaja masuk ke dalam bilik pelik apabila melihat Aleen menangis teresak-esak.

🪐

Di dalam kereta, Bahhar cuba untuk menahan rasa sakit. Luka pembedahannya juga kembali terbuka. Tubuhnya juga masih terasa lemah kesan ubat bius.

"Kau yakin Bahhar?" Soal Aaron. Dia sudah cuak apabila melihat banyak darah yang mengalir ke atas tempat duduk itu.

Ruby pula hanya memandu keretanya ke sebuah tempat.

"Aku okay. Tapi isteri aku perlukan aku sekarang."

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now