BAB 28 🪐

1.5K 117 0
                                    

Iskandar keluar daripada keretanya dan terus berjalan laju ke dalam lobi Neptune. Ho. Berita yang dia terima daripada Qari membuatkan darahnya mendidih.

Qari yang sudah menunggu kedatangan Iskandar segera berjalan mendapatkan Iskandar. Dia sudah bersedia dengan segala kata makian daripada Iskandar.

"Apa yang dah berlaku?" Soal Iskandar dengan rasa marah yang cuba ditahan.

Suasana lenggang di bahagian lobi itu cukup mencabar dirinya.

"Semua pekerja hantar surat berhenti. Dan semua pelabur dah beralih pada Valine," jelas Qari dan menunduk ke bawah.

"Jahanam!!" Laungnya sehingga bergema ruang lobi yang kosong itu.

Selepas itu, Iskandar terus ketawa terbahak-bahak. Dia tidak sangka Bahhar akan melakukan semua itu dalam masa yang singkat.

"Kau dah bunuh Aleen?" Soal Iskandar selepas tawanya berhenti.

"Belum lagi Tuan. Saya dapat maklumat dia dah sedar. Dan Bahhar bawa dia ke tempat lain," ucap Qari sebelum wajahnya ditumbuk oleh Iskandar.

"Kau fikir aku suka dengan berita bodoh ni? Aku nak kau bawa jantung Aleen depan mata aku. Jejak Aleen dan heret dia depan aku. Jangan sampai Bahhar tahu rahsia tu!" Tekannya dengan wajah yang sudah memerah.

"Baik Tuan," jawab Qari dan berundur ke belakang sedikit.

Tiba-tiba muncul Mike dari pintu masuk. Iskandar terus menjeling tajam ke arah lelaki yang berbadan sasa itu.

"Mana Felora?" Soal Iskandar.

"Saya masih tak dapat culik dia," jawab Mike dan menayangkan wajah kosong.

"Kau memang nak mati ke Mike? Sebelum malam ni, aku nak Felora ada depan mata aku. Kalau tak aku bunuh anak kau," ugut Iskandar dan terus beredar ke lif.

Qari juga hanya menuruti langkah Iskandar. Mike pulang berpatah balik keluar untuk menyelesaikan tugasnya.

🪐

Aaron meletakkan semangkuk bubur di meja sebelah katil Aleen. Semua alatan perubatan yang penah dicucuk ke tubuh Aleen sudah ditanggalkan. Dan sekarang Aleen hanya berehat di bilik yang dikhaskan oleh Aaron untuknya.

"Makan ni dulu." Aaron menyuakan sudu pada Aleen.

"Saya nak Bahhar. Mana Bahhar?" Soal Aleen dengan nada lemah.

"Bahhar dalam perjalanan ke sini. Dia minta awak makan ni dulu," jelas Aaron.

Walaupun dia tahu Bahhar tidak dapat datang ke situ kerana mempunyai hal penting di Valine. Semuanya mula menjadi kelam kabut selepas Iskandar menyuarakan hajatnya untuk menjual separuh daripada saham Neptune. Ho yang awalnya adalah milik Aleen.

"Saya nak Bahhar," ulang Aleen sekali lagi.

Aaron mengeluh perlahan. Dia cuba untuk bertenang dan bersabar kerana Aleen yang baru sahaja sedar sejak semalam.

"Sabar ya Aleen. Nanti Bahhar ke sini," pujuknya lagi.

"Saya nak Bahhar. Bukan awak, Aaron," luah Aleen.

Aaron terus tersenyum tipis. Dia terus berdiri dan tersenyum kelat.

"Awak berehat lah dulu. Makan bubur tu untuk pulihkan tenaga awak. Nanti Bahhar akan datang sini. Saya keluar dulu," tutur Aaron dan terus berlalu keluar.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now