Felora melangkah masuk ke dalam rumah selepas selesai mencuci kakinya yang terkena pasir pantai. Dia terus menuju ke ruangan kaunter. Buku pendaftaran dibelek untuk melihat sama ada terdapat penginap baru.
Tetapi tiada. Felora terus tersenyum senang. Dapatlah dia berehat pada malam itu dengan lebih awal.
Saat dia mahu kembali ke biliknya, dia melihat Bahhar yang duduk di hujung tangga di bahagian atas. Pandangan mata lelaki itu ke arah Felora membuatkan Felora berdebar.
"Onnu tak de dekat rumah sampai hari esok," ucap Bahhar.
Felora yang sudah sampai di tingkat atas mengangguk faham. Dia sudah tahu jika hari Jumaat, Nek Onnu akan bergerak ke rumah ibadah di atas gunung di pulau itu.
"Kejap." Tahan Bahhar apabila melihat Felora ingin berlalu ke bilik.
"Kenapa?" Soal Felora pelik.
"Kau okay?"
Felora mengerutkan dahinya. Petang tadi juga, Bahhar bertanyakan hal itu kepadanya. Nampak sangat ke wajahnya bermasalah.
"Saya okay. Kenapa? Muka saya ni ada tulis sesuatu ke?"
"Tak. Aku nak tidur," balas Bahhar dan berlalu ke biliknya.
Felora menaikkan keningnya sebelah. Dia pelik dengan sikap Bahhar ketika itu. Tiba-tiba sahaja bertanya tentang dirinya. Itu bukan sikap lelaki itu.
🪐
Aaron yang sedang memerhati kawasan kampung kecil itu hanya mengeluh perlahan. Sudah lebih tiga buah kampung, dia mencari. Tetapi jejak Tuan Muda masih belum ditemui.
Telefon yang berdering nyaring membuatkan Aaron mengeluh buat kali kedua. Terdengar rengusan kasar saat dia menjawab panggilan itu.
"Kenapa?" Soalnya dengan nada tinggi.
"Tuan Aaron. Cik Muda Aleen tiba-tiba memberontak."
Perempuan yang menghubunginya itu sudah terketar-ketar memberitahu.
"Apa dia?!!" Nada suara Aaron semakin meninggi.
Dua orang anak buahnya yang baru sampai di situ juga terkejut dengan reaksi Aaron. Tiba-tiba sahaja lelaki itu menjerit kuat.
"Secara tiba-tiba Cik Muda Aleen memberontak. Nadi dia juga berdegup laju." Nada suara takut mula terdengar di telinga Aaron.
"Jangan bagi sesiapa masuk bilik dia. Tunggu aku balik!" Arahnya dan terus memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluar.
"Kenapa bos?" Soal Willy.
"Aku terpaksa balik ke Singapura. Aku nak kau orang cari Tuan Muda sampai jumpa. Nanti aku kembali semula. Cari sampai dapat," tekannya sebelum beredar ke kereta.
Willy memandang ke arah James. Dia sudah mengerutkan dahinya kerana pelik dengan situasi itu.
"Nampaknya kita berdua je lah," luah James dan mengeluh perlahan.
Willy juga begitu. Mahu tidak mahu, mereka perlu membawa pulang Tuan Muda itu dengan segera.
🪐
Felora mengeluarkan tepung yang masih ada sedikit. Dia mahu mencuba membuat roti sendiri. Dulu, Nek Onnu sempat mengajarnya cara membuat roti.
Semua bahan sudah dia letakkan di atas meja. Resepi yang masih diingati dan cuba untuk diingati diperah sehabis mungkin. Dia hanya berharap semua itu menjadi.
Sedang asyik dia menguli doh yang hampir sempurna itu, muncul Bahhar di sebelahnya. Nyaris sahaja doh itu melayang ke wajah Bahhar.
![](https://img.wattpad.com/cover/335488611-288-k248162.jpg)
YOU ARE READING
BAHHAR'S [ C ]
RomanceXxx Hubungan yang tumbuh secara tiba-tiba dan lesap sekelip mata. Start : 9 Ogos 2024 End : 22 Ogos 2024