BAB 25 🪐

1.5K 113 2
                                    

Felora bangun dari katil dan bergerak ke arah pintu biliknya. Dan tekaannya tepat. Pintu itu sudah berkunci dari luar. Tubuhnya terus melurut ke lantai kerana berasa kecewa. Kenapa Bahhar melakukan semua ini padanya?

Sedang dia bersedih, tiba-tiba telefonnya berbunyi di atas katil. Dengan laju Felora bangun dan mengeluarkan telefonnya daripada beg tangannya. Nama Ruby yang tertera di atas skrin itu membuatkan Felora berbelah bagi.

Tetapi dia tahu sebab Ruby menghubunginya saat itu. Dengan rasa terpaksa, dia terus menyambut panggilan itu.

"Ya." Felora duduk semula di birai katil itu.

"Baby, you dekat mana? Kenapa tak datang office lagi? Mister Jacob dah sampai ni," ujar Ruby dengan nada cemas.

"I tak berapa sihat. Ada yang akan gantikan I nanti," jawab Felora dengan rasa kecewa.

Mahu memberitahu Ruby tentang hal sebenar iainya akan menambahkan masalah. Dia tahu Ruby akan memberitahu Iskandar tentang semua yang berlaku. Gadis yang dianggap sebagai sahabat itu tidak boleh dipercayai lagi.

"You jangan cakap Bahhar orangnya baby." Nada suara Ruby mula berubah ketat.

"He's my husband. Dah menjadi tanggungjawab dia untuk cover I. You jangan bimbang. I percaya pada dia." Felora mula berdebar. Boleh ke dia percaya pada Bahhar?

"You tak kenal dia dengan lebih dalam baby. He's psycho. Lelaki tu kejam baby. Semua yang dia nak, dia akan usaha untuk dapatkan. You kena minta pisah dengan dia sebelum terlambat," pesan Ruby dengan nada risau.

"Siapa yang patut I percaya sekarang ni? Kawan I atau suami I sendiri?" tanya Felora dengan nada rendah.

"Apa maksud you? Kita ni dah kawan lama baby. I ada dengan you sejak you habis sekolah. You tak percayakan I ke?" Ruby mula membuat nada suara sedih.

"Cukuplah Ruby. I penat. I nak rehat. Apa-apa hal you cuba berbincang dengan Bahhar. I dah sihat nanti I masuk office." Felora terus menamatkan panggilan tersebut.

Dia terus berbaring di atas katil dengan pelbagai jenis rasa yang mengetuk hati. Adakah selama ini dia dimanipulasi oleh ayat Bahhar? Atau sebenarnya Ruby cuba membantunya untuk larikan diri daripada semua masalah itu? Tetapi Mister Jacob sendiri yang memesan padanya supaya jangan percayakan Ruby lagi.

Sedang dia memikir tentang semua masalah itu, satu nama mula masuk ke dalam akal fikiran.

Ya.

Hanya lelaki itu sahaja yang sentiasa bersamanya sejak mama dan papanya masih hidup.

🪐

Semua pekerja yang berada di tingkat tersebut mula terkejut selepas melihat kedatangan Bahhar di situ. Ketiadaan Felora di sisi Bahhar memberikan mereka semua pelbagai spekulasi yang dibuat.

Aaron di sebelahnya juga sudah memegang file besar. Bahhar hanya memasang wajah ketat. Dia sudah bersedia dengan semua itu malah terlalu awal persiapan itu sudah ada.

Ruby yang berdiri di luar bilik mesyuarat menggigit bawah bibirnya kerana berasa geram. Dia tidak sangka lelaki itu sejenis yang tidak tahu malu.

"Ada masalah ke Ruby?" soal Bahhar dan berdiri tepat di hadapan Ruby.

"Kau memang tak tahu malu Bahhar." Tekan Ruby dengan rasa marah.

"Aku ke kau? Aku rasa kau dah boleh kemas meja dan barang-barang kau. Sebab aku akan campak kau balik ke tempat asal kau," tutur Bahhar dan terus berjalan melintasi Ruby untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Ruby yang mahu berkalih kerana ingin masuk ditahan oleh Aaron. Ruby terus menjeling ke arah Aaron di sebelahnya.

"Kau siapa nak halang aku," bentaknya kasar.

"Aku akan ganti tempat kau Ruby. Sebab apa? Sebab syarikat ni akan diuruskan oleh Bahhar lepas ni. Dan ini semua atas persetujuan Felora juga. Ada bantahan?" Aaron menayangkan wajah yang tiada riak kepada Ruby.

"What? Aku tak percaya. Syarikat ni milik Felora sahaja. Dan aku dah bekerja dengan dia sejak 5 tahun yang lalu. Kau yang takde hak untuk rampas tempat aku," balas Ruby. Matanya terus ditajamkan ke arah Aaron.

"Sayangnya itu dulu. Bukan sekarang. Aku Cuma nak beritahu kau Ruby. Segalanya dah terkantoi pada Felora. She knows that you backstabbing her," bisik Aaron sebelum melebarkan senyum.

Ruby terus tergamam saat itu. Dadanya terus berdebar laju. Felora tahu? Tapi tadi Felora masih mengangkat panggilannya.

Aaron hanya tersenyum sinis dan melanggar bahu Ruby supaya dia dapat masuk ke dalam bilik mesyuarat. Pintu mesyuarat itu juga dikunci dari dalam.

Ruby terus beredar dengan segera. Dia perlu memaklumakn semua itu kepada Iskandar. Dia tidak mahu berada di dalam satu tempat yang sama dengan Bahhar. Dan dia juga harus menyakinkan semula Felora tentang dirinya.

🪐

Ketukan di pintu mengejutkan Felora. Dia terus berjalan ke arah pintu dengan wajah yang penuh berharap. Dia hanya berharap semoga Madam Kyla di pintu itu.

Saat pintu itu terbuka, senyumannya terus mati. Wajah Bahhar yang sinis itu membuatkan Felora berpatah semula ke arah katil. Sudah seharian dia duduk di dalam bilik itu tanpa makanan. Mujurlah botol airnya masih mengandungi separuh air.

"Kenapa muka kau macam tu?" soal Bahhar. Dingin.

"Aku kena ketawa ke kalau aku kena kurung macam ni? Apa masalah kau, Bahhar? Aku tak suka semua ni. Ugutan dengan ugutan. Aku benci," luah Felora.

"Sebab kau degil. Kau tak nak dengar arahan aku kan. Jadi aku terpaksa guna ugutan untuk kawal kau."

Bahhar membuka butang bajunya satu per satu. Felora mula berasa berdebar. Apa pula yang mahu dilakukan oleh Bahhar saat itu.

"Macam mana dengan Mister Jacob?" soal Felora sekadar pengalih topik.

"Kau still nak tanya tentang mamat tu berbanding dengan aku yang suami kau ni?" sindir Bahhar dan mencampakkan bajunya ke atas lantai.

Felora yang duduk di birai katil itu mula berdebar. Dia masih tidak bersedia tentang semua tugasnya sebagai seorang isteri.

"Why? Takut?" soal Bahhar saat dia berdiri di hadapan Felora. Felora terus menoleh ke arah lain.

"Esok. Neptune. Ho akan hancur. Percaya tak?" soal Bahhar dan ketawa kecil.

"Kau gila ke Bahhar. Syarikat tu takkan musnah dalam masa sehari," balas Felora dan memberanikan diri untuk menatap wajah Bahhar di hadapannya.

"Ini aku lah Felora. Anak Iskandar. Kau ingat aku akan jadi budak nerd ke? Ikut flow satu-satu? No need for that. Lambat." Bahhar mula bertingung di hadapan Felora.

Tangan Felora diambil dan dikucup lembut. Felora mula berasa tidak selesa. Lelaki itu bukan lelaki yang dia sukai suatu ketika dahulu. Lelaki di depannya ini tidak tumpah seperti musuh ketatnya sendiri.

"Aku akan pastikan yang dia mati dan kita hidup bahagia. Itu yang kau nak kan?" soal Bahhar dengan nada lembut.

"But not with this situation Bahhar," jawab Felora dengan nada ketar.

"Lama-lama kau akan terbiasa. Jangan keluar. Kejap lagi kita makan sama-sama. Aku nak bersihkan badan dulu," ucap Bahhar dan sempat mengucup bibir Felora sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air.

Felora terus membulatkan matanya saat merasai benda lembut di bibirnya itu sebentar tadi. Debar di hati tidak dapat ditafsir. Sama ada berdebar kerana suka atau takut. Dia sendiri keliru. 

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now