Aina berjalan dengan wajah yang sembab ke dalam kedai rotinya. Beberapa pelanggan yang melihat wajah Aina berasa pelik. Selalunya wajah itu dihiasi dengan senyuman manis.
"Kenapa dengan Aina?" Soal seorang pelanggan lelaki kepada Daniel.
"Tak tahu. Nanti aku tanya. Kau nak beli ni je ke?" Soal Daniel dan mengangkat sebuku roti itu.
Lelaki itu terus mengangguk. Selepas selesai membayar lelaki itu terus keluar. Daniel juga terus meletakkan papan tanda 'Closed' di pintu kedai.
Dirinya terus menuju ke arah Aina yang duduk di dapur. Dia pelik melihat Aina yang menangis teresak-esak di situ.
"Kenapa ni?" Soalnya dan duduk melutut di hadapan Aina.
"Takde apa," balas Aina dan mengesat air matanya.
"Bohong. Awak tak kan menangis macam ni tanpa sebab. Explain to me."
"Fel..."
Belum sempat Aina menghabiskan ayatnya, dirinya kembali menangis. Selepas itu dia terus keluar daripada dapur dan berjalan naik ke rumahnya di tingkat atas.
Daniel yang mendengar nama Felora disebut berasa marah. Dia tidak suka jika wanita idamannya itu menitiskan air mata. Hatinya terluka. Dia akan membalas semula perbuatan Felora itu.
🪐
Pada malam itu, Felora berjalan perlahan-lahan sewaktu menuruni tangga. Dia hanya berharap supaya Bahhar melupakan janji mereka itu.
Saat Felora membuka pintu, mulutnya hampir menjerit apabila melihat Bahhar yang bersandar di dinding rumah itu. Kehadiran lelaki itu di situ sahaja sudah cukup menakutkan dirinya.
"Jom."
Tangan Felora terus dipegang oleh Bahhar. Felora pula resah apabila dia tidak dapat melepaskan tangan Bahhar. Akhirnya dia hanya menuruti langkah Bahhar ke tepi pantai.
Mereka berdua duduk di atas pasir itu sambil menghadap pantai. Tambah pula, bulan pada malam itu adalah bulan penuh. Jelas terdampar pantai di hadapan mereka berdua.
Felora hanya memeluk lututnya. Kardigen yang dipakai ditarik supaya terasa hangat. Angin pantai itu sudah cukup menyejukkan dirinya.
Felora menoleh ke arah Bahhar di sebelah. Lelaki itu hanya bersantai sambil memejam mata. Pakaian Bahhar yang kelihatan santai itu membuat penampilannya makin menyerlah. Tambah pula rambut Bahhar yang lebat itu turut ditampar dengan angin pantai.
Tapi Felora sedar. Pasti hubungan Bahhar dan Aina sudah terjalin pada petang tadi. Siapa je yang akan menolak Aina. Gadis paling cantik di pulau itu. Sayang jika Bahhar menolak gadis secantik itu.
"Dah habis tenung?" soal Bahhar dan membuka mata.
Felora terus memandang ke depan. Dia tidak sangka Bahhar perasan dengan renungannya.
"Kenapa kau tak cakap dekat aku tentang perempuan tu?" Soal Bahhar.
Dada Felora mula berdegup laju. Dia berasa cemas dengan soalan Bahhar. Terasa suaranya tersekat di kerongkongnya.
"Fe-lo-ra," sebut Bahhar satu per satu.
"Sebab dia suka dekat awak. Jadi saya temukan dia dengan awak," luah Felora dengan nada debar.
YOU ARE READING
BAHHAR'S [ C ]
RomanceXxx Hubungan yang tumbuh secara tiba-tiba dan lesap sekelip mata. Start : 9 Ogos 2024 End : 22 Ogos 2024