BAB 30 🪐

1.7K 115 2
                                    

Bahhar terus memandu laju ke atas lebuh raya. Dia sudah mengarahkan Willy dan James untuk turut mencari. Aaron pula kekal di rumah untuk menjaga Aleen.

Bahhar terus mengetuk sterengnya apabila GPS yang dipasang pada tubuh Felora tidak berfungsi. Selama ini semuanya berjalan dengan baik. Dia dapat mengesan pergerakan Felora sejak dari dulu lagi kerana GPS yang tertanam di dalam tubuh Felora.

Semuanya kerana dia mahu melindungi Felora daripada Iskandar. Pertemuan mereka di pulau sudah disusun oleh Bahhar sendiri. Dia tahu siapa Felora dan kisah keluarga Felora.

Oleh kerana itu dia cuba mendekat dengan Felora. Tetapi luahan cinta Felora padanya dulu hampir memusnahkan niat asalnya. Dia mahu menggunakan Felora sebagai balas dendam kepada Iskandar tetapi semuanya berubah kepada cinta.

Dan sekarang cintanya pada gadis itu semakin membunuhnya. Dia dihidangkan dengan sebuah kebenaran bahawa ibu Felora membunuh ibunya. Kebenaran yang hampir membuatkan dia gila dan menyeksa Felora.

Tetapi sekarang, semuanya sudah hilang. Felora melarikan diri daripadanya dan dia hilang kesan jejak gadis itu.

Panggilan telefon yang tiba-tiba muncul menyentak Bahhar dari lamunan.

"Dah jumpa?" Soal Bahhar dengan laju.

"Kami dapat kenal pasti pemilik kereta yang bawa Madam pergi. Orang tu adalah ayah kepada Ruby," jelas Willy.

Bahhar yang berhenti di lampu isyarat terus menyumpah. Dia tidak sangka lelaki tua itu masih dekat dengan diri Felora. Ruby juga sudah hilang daripada pandangannya sejak tempoh hari.

"Alamat rumah dia?" Soal Bahhar.

Willy terus memberi maklumat rumah Uncle Bob. Bahhar terus menamatkan panggilan tersebut selepas menerima maklumat tersebut.

Saat dia menekan pedal pemecut, tiba-tiba muncul sebuah lori dari arah bertentangan dan merempuh keretanya ke bahu jalan.

Selepas itu, kereta milik Bahhar terus berasap dan lori tersebut langsung melarikan diri.

Bahhar membuka matanya dan memandang sekeliling yang sudah kabur.

"Maafkan aku," ucapnya sebelum pandangannya gelap.

🪐

Aleen mula berasa tidak sedap hati. Ketiadaan Bahhar di rumah menambahkan lagi rasa takut dalam dirinya.

"Aaron. Mana Bahhar?" Soal Aleen.

Aaron pula tidak senang duduk sejak tadi. Hanna pula kekal berada di sisi Aleen.

"Dia akan balik kejap lagi." Aaron cuba bertenang.

"Semuanya salah saya. Kalau saya tak beritahu dia, pasti dia takkan keluar," luah Aleen.

"Aleen. Semuanya tak pernah kita jangka. Jadi jangan salahkan diri awak," pujuk Aaron.

"Betul tu Miss. Tuan Muda pun tak tahu tentang semua ni. Jadi ianya bukan salah Miss," tambah Hanna pula.

Aleen hanya menunduk ke bawah. Dia kesal kerana memberitahu segalanya pada Bahhar. Tetapi dia benci dengan wajah Felora. Wajah yang menghancurkan dunianya dan dunia Bahhar. Wajah yang memusnahkan keluarga indah mereka suatu ketika dahulu.

Tiba-tiba telefon Aaron berbunyi. Aaron segera mengangkat dan menjawabnya.

"Dekat mana? Aku pergi sekarang," jawabnya lagi.

BAHHAR'S [ C ]Where stories live. Discover now